Friday, June 19, 2015

Sikap angkuh DAP punca pakatan berpecah

20 Jun 2015 1:20 AM 

KUALA LUMPUR 19 Jun – Pemimpin akar umbi PKR menyelar keangkuhan DAP yang terlalu cepat membuat keputusan membubarkan pakatan pembangkang sehingga meletakkan senario politik negeri Selangor dalam keadaan genting dan berkemungkinan berhadapan dengan pilihan raya negeri (PRN).

Presiden Kelab Akar Umbi PKR, Johari Musa berkata, perbezaan pendapat dalam pakatan pembangkang telah wujud sejak penubuhannya namun perpecahan mula timbul sejak Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan,

Lim Guan Eng secara terbuka memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurut, tindakan Guan Eng itu merupakan satu provokasi menyebabkan pemimpin-pemimpin Pas yang lain bangkit menentang demi mempertahankan Abdul Hadi sehingga memberi kesan kepada pakatan ketiga-tiga parti.

“Saya sudah menduga benda ini dari awal lagi, perpecahan ini akan berlaku sebab kita semua tahu sikap angkuh DAP sendiri malah sejak dari awal Guan Eng menyatakan tidak serasi dengan Presiden Pas.

 “Jadi, kalau tidak suka pada bapa, anak-anaknya pasti marah dan kesannya kepada Selangor kerana negeri ini diperintah oleh pakatan rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng semalam yang mendakwa PKR turut bersetuju bahawa pakatan pembangkang ketika ini sudah tidak lagi wujud.

Guan Eng dilaporkan berkata, perkara itu dinyatakan dengan jelas oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang beranggapan pakatan antara DAP, PKR dan Pas tidak lagi berfungsi.

Sementara itu, Johari yang juga Naib Ketua Cabang PKR Lembah Pantai berkata, jika kemelut tersebut gagal diselesaikan, kerajaan negeri Selangor bakal dibubarkan untuk PRN dan sekiranya perkara itu berlaku,

PKR akan mengalami kesukaran untuk menang. Katanya, ini kerana PKR sendiri sedang berdepan dengan kemelut dalaman sejak pemecatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kegagalan pemerintahan sekarang melaksanakan manifesto pilihan raya umum lalu.

“Saya tidak nampak PKR akan kuat kalau berdiri sendiri kerana sejak Abdul Khalid dipecat, pemerintahan sekarang tidak bekerja untuk rakyat menyebabkan pengundi dan rakyat kecewa. 

“Selain itu, keputusan yang dibuat PKR sekarang hanya membabitkan persetujuan pemimpin atasan sedangkan dulu mereka akan meminta pandangan ahli terlebih dahulu demi kebaikan parti,” jelas beliau.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 5.57 am on June 20,2015.

Thursday, June 18, 2015

DR. MAHATHIR KORBAN PRINSIP SENDIRI

KAMIL MASLIH;19 Jun 2015 1:14 AM 

KUALA LUMPUR 18 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan telah mengorbankan prinsip dirinya sendiri apabila memilih media asing sebagai saluran untuk ‘menyerang’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepemimpinan UMNO. 

Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, masyarakat masih belum melupakan saranan Dr. Mahathir agar berhati-hati dengan media asing yang dikatakan mempunyai agenda zionis serta sering kali memburuk-burukkan Malaysia.

“Memang saya rasa kali ini Tun Dr. Mahathir menyerang Datuk Seri Najib dan kepemimpinan UMNO habis-habisan kerana saya lihat beliau sudah sanggup mengorbankan prinsip dirinya sendiri, memang kita boleh katakan agenda beliau menyerang Najib dan kepemimpinan UMNO adalah serius,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahrir mengulas mengenai sebuah artikel daripada media antarabangsa, The New York Times yang telah mewawancara Mahathir di Putrajaya berkenaan kritikan-kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam wawancara berkenaan, Dr. Mahathir juga melontarkan pandangan bahawa UMNO dikuasai golongan ‘Napoleon kecil’ yang menyekat kemasukan individu-individu berbakat dan bijaksana dalam parti semata-mata untuk membolehkan golongan berkenaan terus berkuasa.

Menurut Shahrir, beliau yakin Dr. Mahathir menggunakan platform media asing kerana menyedari desakan-desakannya terhadap Najib tidak mendapat sambutan daripada barisan pimpinan UMNO dan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Ini bukan sebarangan punya media asing, ini adalah The New York Times, media daripada Amerika Syarikat. Saya fikir ini berlaku kerana beliau sedar beliau tidak mendapat sambutan, sebab itu beliau mungkin sanggup mengambil langkah luar biasa sehingga mengorbankan prinsipnya,” katanya. 

Berhubung kritikan Dr. Mahathir terhadap UMNO, Shahrir berkata, pandangan bekas Perdana Menteri itu tidak tepat kerana UMNO bersifat inklusif dan memberi peluang kepemimpinan kepada pelbagai lapisan termasuk golongan muda dan wanita.

“Kalau beliau hendak kata UMNO semakin lemah pun, beliau sepatutnya sedar bahawa UMNO telah berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 buah pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) kepada 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya.( Utusan online-politik).Posed by abnmulya  /Haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 6.31 am on June 19,2015.

Ngo cadang Dr.Mahathir jalani ujian kesan pembohongan

Publishe 18 Jun 2015 @ 7.19 pm.

Menurut Pengerusi Citizens for Accountable Governance Malaysia (CAGM), Md Zainal Abidin, hanya dengan cara itu sahaja orang ramai boleh mempercayai kata-kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015.

Satu pertubuhan bukan kerajaan dikenali sebagai Citizens for Accountable Governance Malaysia (CAGM) menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani ujian mengesan pembohongan dengan mesin poligraf sebelum berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut pengerusinya, Md Zainal Abidin, hanya dengan cara itu sahaja "orang ramai boleh mempercayai kata-kata Dr Mahathir".

"CAGM bersedia menanggung kos mendapatkan mesin ujian poligraf dan bersedia membayar yuran pakar dalam atau luar negeri untuk melakukan ujian poligraf ke atas Dr Mahathir pada masa dan tempat yang sesuai dengan beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

CAGM sebuah NGO yang baru ditubuhkan menarik perhatian orang ramai apabila mengancam menyaman Dr Mahathir sebanyak RM100 bilion akibat salah urus wang negara sewaktu menjadi perdana menteri dari tahun 1981 sehingga 2003.

Ia kemudian membuat tawaran wang sebanyak RM1 juta kepada mana-mana individu yang boleh mendedahkan dokumen "kekayaan tersembunyi" Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meragui CAGM dan waktu kemunculannya ketika Dr Mahathir menyerang pentadbiran Najib. Dalam kenyataan petang ini juga,

CAGM mendakwa mengkaji video-video Dr Mahathir dan menyimpulkan beliau seorang "pembohong tegar" berdasarkan jawapannya kepada media yang bertanya soalan-soalan sensitif..

Dr Mahathir juga dakwanya mempamerkan  ciri-ciri "hilang ingatan terpilih" apabila menjawab soalan.

 "Hanya dengan lulus ujian ini orang ramai boleh mempercayai beliau dan mempunyai kredibiliti berhadapan Najib Razak dalam debat menerusi televisyen.

"Kami harap Dr Mahathir akan menerima permintaan kecil kami ini," katanya. – 18 Jun, 2015( Gambar dan tulisan dipetik dari The Malaysian Insider).Posted by abnmulya / Haji abu bakar Ninggal.blogspot.com at  2154 hrs on June 18,2015.

Wednesday, June 17, 2015

Perpecahan pakatan pembangkang sudah dijangka


18 Jun 2015 1:31 AM Khairy JAMALUDDIN beramah mersa dengan sebahagian pelajar yang mendapat Anugerah Program Penajaan Biasiswa Pendidikan Petronas 2015 di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak ,Selangor, semalam. Turut kelihatan Raiha Azni Abd. Rahman ( kanan ). UTUSAN/Zakaria Idris

KUALA LUMPUR 17 Jun – Perpecahan dalam pakatan pembangkang menepati jangkaan apabila masing-masing tidak mendukung ideologi bersama serta saling menuding jari mencari kesalahan sejak penubuhannya.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sekarang adalah masa yang tepat untuk rakyat melihat dan memahami mengenai pakatan pembangkang yang tidak mempunyai daya tahan kerana pilihan yang ‘dihidangkan’ tidak diiikat dengan pemikiran dan aspirasi bersama.

“Sejak dahulu lagi kita beranggapan mereka ini adalah gabungan sementara, tidur sebantal tetapi mempunyai mimpi yang berbeza. Akhirnya perbezaan mimpi itu yang telah memecahkan mereka.

“Retak menanti belah itu sudah pun pecah dan saya melihat mereka tidak ada ideologi yang kukuh untuk dikongsi bersama bagi menjadi harapan kepada rakyat, maka ikatan itu sememangnya rapuh,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2015, di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd. Rahman.

Beliau mengulas pengumuman Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, Lim Guan Eng bahawa pakatan pembangkang yang mula terbentuk pada tahun 2008 sudah tidak lagi wujud.

Guan Eng dilaporkan berkata demikian selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP menerima usul Muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan parti itu tetapi dalam masa sama mahu terus bekerjasama dengan PKR.

 Sementara itu, Khairy turut menafikan desas-desus Pas dan Barisan Nasioanal (BN) akan bergabung dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Setakat ini, kita di BN dan juga UMNO tidak membuat sebarang perancangan atau khabar untuk bergabung dengan Pas,” katanya.

Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menyampaikan anugerah kepada kira-kira 318 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang teknikal dan bukan teknikal. ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 5.40 am on June 18,2015.
.

Tuesday, June 16, 2015

Najib beri jaminan isu 1MDB akan diselesaikan segera

MOHD. ASRON MUSTAPHA 15 Jun 2015 1:21 AM 


NAJIB TUN RAZAK melambaikan tangan selepas menghadiri Majlis Penerangan Perdana (RMK-11, GST, jawapan isu-isu semasa) di Dewan Tun Hussein Onn , PWTC di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh (dua dari kiri). UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

KUALA LUMPUR 14 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan segala isu yang membelenggu kerajaan terutama yang melibatkan soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diselesaikan tahun ini.

Jaminan tersebut diberi Perdana Menteri semasa beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan jentera penerangan UMNO bahagian seluruh negara dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara.

Menurut Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Ha­san Hamzah, beberapa langkah penyelesaian konkrit yang telah dan bakal diambil kerajaan serta pengurusan 1MDB dijelaskan secara terperinci oleh Najib.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak memberi masa kepada Perdana Menteri untuk menangani segala isu tersebut satu-persatu dengan meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara sebagai keutamaan.

“Perdana Menteri memberi jaminan isu 1MDB akan diselesaikan dalam masa beberapa bulan ini. Beliau yakin isu itu boleh diselesaikan tetapi memerlukan masa. Jadi kita berilah masa kepada Perdana Menteri.

“Kami wakil NGO berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, banyak fakta yang didedahkan sebenarnya jauh berbeza dengan apa yang diputar-belitkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas maj lis tersebut di sini hari ini.

Pada majlis itu, Najib meluangkan masa lebih sejam menerangkan pelbagai isu antaranya 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selain turut menjawab serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. bangan yang sama,

Hasan berkata, negara ini tidak boleh dilihat mempunyai dua nakhoda kerana jika itu berlaku, kepentingan bangsa, agama serta negara bakal menjadi taruhannya.

“Atas dasar itu, kami menggesa Perdana Menteri menyelesaikan permasalahan antara beliau dengan Dr. Mahathir secara ukhuwah terutamanya sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, dalam sesi penerangan kali ini, Perdana Menteri memperincikan setiap isu yang menjadi polemik sekarang selain menggariskan penyelesaiannya.
“Penjelasan sebeginilah yang dinantikan oleh jentera parti dan berdasarkan maklum balas daripada hadirin, saya dapat melihat riak keikhlasan mereka kerana yakin dengan penjelasan terperinci oleh Presiden,” jelasnya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya ./ Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot. com at 11.45 am on May 15,2015.

Saturday, June 13, 2015

Samad Said menyertai DAP.Beliau berfahaman sosialis. Tak menghairankan beliau menyertai DAP parti yang berfahaman sosialis juga.Tapi dah terlalu lewat dah....




Ahad,June 14,2015.@2,16pm

Penulis memang mengenali Sdr.Samad Said dan isterinya Puan Salmi Manja sejak penulis bermastautin di Singapur sejak tahun 1951 iaitu semasa Singapura masih berada di tangan penjajahan British lagi.
Penampilan Satrawan negara Malaysia,Samad Said,
ala style Pejuang besar Vietnam Utara melawan
Amerika pada perang 1960an hingga 1975. 
Ho Che Minh.

Dari  segi perbezaan usia penulis dengan Samad Said? Penulis hanya muda tiga tahun sahaja dari beliau.

Di Singapura dulu kami sering bertemu muka dengan Sdr.Samad Said dan isterinya Puan Salmi Manja,di ketika aktiviti-aktiviti pergerakan badan-badan sastera dan kesenian di Singapura yang sering  menganjurkan pertandingan majlis baca sajak,majlis berdebat,majlis  pidto dan sebagainya di Balai Raya di Singapura.


Di majlis-majlis pidato,di majlis-majlis pertandingaan membaca sajak dan sebagainya yang merupakan pilihan utama aktiviti-aktivit isterinya,Puan Salmi Manja selaku seorang penulis sajak yang terkenal di ketika itu.

Sdr.Samad Said ketika itu sedang betugas di akhbar Utusan Melayu dan kemudiannya di Straits Times dan Berita Harian di bawah pimpinan wartawan tekenal Sdr.Samad Ismail.


Bagi kami?  Samad Ismail ini, lebih dikenal dengan panggilan Pak Samad aje. Penulis dan beberapa orang lagi wartawan yang bertugas di akhbar Utusan dan Berita Harian,di Malaysia ini?

Merupkan anak-anak muridnya sebagai (Pak Samad) yang pernah menjadi guru penulis dan kawan-kawan kami semasa mengikuti kursus wartawan di Singapura,di Jalan Pagak,di Kg.Melayu ,Singapura.

Pak Samad Ismail sering memberi kursus dan ceramah-ceramah di bidang kewartawanan,di Kg.Pagak,Singapura anjuran salah sebuah pertubuhan yang cergas bergerak di bidang sastera,kesenian dan kebudayaan Melayu dan sebagainya.

Pak Samad  Ismail ini,semasa hayatnya,ketika masih bermastautin di Singapura , bertugas di akhbar Strait Times dan Berita Harian,di Singapura sebagai Ketua Pengarang ,Sangat popular namanya di bidang kewartawanan dan sekaligus segala tulisan-tulisan politiknya sangat ditakuti dan disegani terutama oleh penjajah British yang ketika itu masih menjajah Singapura. 

Tulisan Pak Samad  tegas,tajam dan menyengat.Pada pilihan Raya Umum untuk mendapatkan 'pemerinth Sendiri" ( self goverment) di Singapura dari penjajahan Briish. 

Penulis turut jadi pengundi yang sah dan termasuk pada pilihan raya terkemudinnya iaitu semasa Lee Kuan Yew yang memimpin parti (PAP) People Action Parti, di Singapura berkuasa setelah berjaya dengan kemenangan besar menggulingkan kerajaan Lim Yew Hock.

Pak Samad Ismail turut serta terlibat sebagai salah seorang tokoh politik Melayu bersama-sama Lee Kuan Yew menubuhkan(pengasas) pari PAP di Singapura, untuk digunakan sebagai satu wadah yang sah untuk mencapai kemnerdekan Singapura dari  penjajah British.
Arwah Presiden Soekarno dari Indonesia sedang berunding dengan 
 Presiden Vietnam Utara sekitar tahun 1956
Difahamkan disebabkan tidak sependapat dengan cara politik Lee Kuan Yew itu? Maka Samad Ismail ( Pak Samad)didapati telah keluar meninggalkan pari PAP yang sama -sama ditajanya itu. 

Apabila Berita Harian dan Strait Times mebuka cawangan pejabatnya di Kuala Lumpur,maka Pak Samad Ismail dilihat terus berpindah bertugas di Kuala Lumpur memimpin akhbar yang sama juga di K-Lumpur.


Lantas Pak Samad Ismail membawa bersama-sama beliau beberapa orang para pemberita dan juga beberapa orang "sidang pengarang" Berita Harian/ Strait Times, termasuk Sdr.Samad Said,Shukur Haron  dan lain-lain lagi. Tak dapat penulis sebutkan nama-nama mereka.Dah lupa dah...


Banyak lagi golongan sasterawan yang dulu bertugas dan mengasah bakat penulisan mereka di bidang penulisan dan sastera di Singapura melalui majalah-majalah dan akhbar-akhbar terbiatan Singapura.

Kemuduannya ada yang bak sireh pulang ke gagangnya,ada yang  berhijrah dan lantas bermastautin di Kuala Lumpur dan di Selangor,di Malaysia, telah dipilih dan diangkat oleh kerajaan Malaysia sebagai sasterawan negera.

Sebagai sasterawan negara banyak jenis insentif telah diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mereka.

Nama-nama mereka ialah seperti Pak Samad Ismail,Keris Mas,Abdullah Husin, Osman Awang,nama penanya ( Tongkat Waran) dan beberapa orang lagi termasuk tokoh sastera negara yang bernama Samad Said, menetap di Singapura, kemudian berhijarah ke Malaysia dan jadi rakyat Malaysia.

Mereka telah diberi kerakyatan Malaysia oleh pemerintahan Malaysia yang selama ini ditunjangi oleh parti politik Umno/BN sejak mencapai kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 dulu hingga kini.

Samad kini dah berusia 80 tahun dan penulis kini dah berusia 77 tahun. Ertinya kami ini telah berada di tempat benar-benar di penghujun jalan perjuangan untuk menghabiskan sisa-sisa usia senja yang masih dipinjamkan oleh Allah swt., di dunia yang maya pada ini.

Menerusi portal Malaysiakini penulis dapati bahawa Samad Said mengambl keputusan menyertai parti DAP mulai semalam iaitu, pada tanggal 13/06/2015. Kit Siang telah memberi gelaran politik pada Samad Said sebagai "Pahlawan Ubah". 

Bagi Saya kemasukan Samad Said ke parti DAP itu tidak menghairankan. Jika kita ikuti setiap sajaknya,setiap cerpennya dan setiap noverl-novelnya dan di setiap ceramah politiknya di majlis-majlis ceramahnya di parti-parti pro-pembangkang?? 

Ternyata Samad Said ini? Sejak dulu-dulu lagi adalah seorang yang berfahaman kiri iaitu, orang yang berfahaman idelogi sosialis. Konsep perjuangan politiknya ialah mahukan semuanya sama rata,sama rasa belaka.
Presiden Vitanam Utara Ho Chi Minh
 mendapat lipuitan dari majalah Times.

Beliau adalah anak didik Pak Samad Ismail. di dunia kewartawanan. Jika Pak Samad  Ismail ( Pak Samad ) itu tidak menganut fahaman idelogi politik sosialis juga? 

Mana bisa? Dia bersama Lee Kuan Yew telah mengasas dan menubuhkan parti PAP ( People Action Party) Parti sosialis  di Singapura?

Penulis berada di Vietnam Selatan,di Saigon, selama 8 tahun iaitu bemula dari tahun 1967 hingga 1975.

Iaitu semasa perang Amerika di Vietanm Selatan dengan Vietnam Utara. Pemimpin yang jadi hero pejuagn kebngasan Vietnam Utara tersohor ketika itu ialah  Ho Che Minh menganuti idelogi politik sosialisme.

Sewaktu perang dulu pun gambar Ho Chi Minh,walau pun dilaranag diedarkan di Vietnam Selatan?

Tetapi tetap bersepah di sana sini di Saigon. Kini Saigon dah pun di bawah takluk Vietnam Utara berm ula pada tahun 1975.

Ketika penulis membuat lawatan di Saigon selepas perang pada tahun 1990 dan 1993? Wah duh gambar Ho Chi Minh di dapati semakain bersepah di sana sini di dinding di pejabat kerajaan Vietnam di Bandar Ho Chi Minh. Penulis sangat cam dengan wajah Ho Chi Minh itu.

SEMACAM PEJUANG  VIETNAM  UTARA  PRESIDEN  HO CHI MINH?


Pejuang politik yang bernama Ho Che Minh ini? Seorang pejuang berfahaman sosialis yang sangat rapat hububngannya dengan para pemimpin tanah besar  China seperti Mao Zee Tong, Chong Eng Lai dan sebagainya. Bapak Bong Karno( Presiden Soekorno) di Indonesia pun m erupakan kawan rapat dan rakan seperjunagna dengan Bong Karno.

Jika kita lihat  penampilan Samad Said, dari segi pakaian, rambut,janggut dan misainya?  Jika dilihat dari jauh- jauh? 

Bahawa penampilan beliau itu tak ubah menyerupai semacam pejuang politik Vietnam Utara, yang menganut fahaman politik idelogi sosialis Presiden Ho Che Minh,bapak perjuanagn Vietanam Utara, pejuang politik sosialis yang pekat melekat.

Perbezaannya misai dan janggut Ho Chi Minh tak setebal semacam Samad Said. Itu merupkan perbezaan yang sangat nyata.
]
Saigon, ibu kota Vietnam Selatan sebelum di rampas oleh Vietnam Utara, pada peperangn 1965 hingga 1975 bernama Bandar Saigon.(Saigon city).
Bekas Presiden Ho  Chi Minh dengan pos 
istimewanya

Tetapi setelah di tawan oleh pejuang Vietnam Utara,pada 1975 di mana pemimpin besar yang jadi idola mereka ialah,Ho Che Minh? 

Maka bandar Saigon yang menjadi IBU KOTA Vietnam Selatan,semasa era peperangan dengan jolokan oleh para pelancong seluruh dunia sebagai Kota Paradise.

Kini nama ibu kota Saigon itu telah bertukar iaitu, sejak 1975  degan nama barunya sebagai Ho Che Minh City. 

Mengambil nama besar pejuang nasionalis mereka yang sangat dipuja puji  oleh rakyat Vietnam Utara.

Bekas Presiden Ho Chi Minh,dianggap oleh mereka sebagai pejuang nasional Vietnam Utara yang merupakan "Bapa Kemerdekan Vietanm." 

Bapak  Kemerdekaan Vietnam yang berjaya mengalahkan Amerika dalam peperangan merebut semula Vietanm Selatan menjadi satu. Vietnam Utara dan Selatan kini dah jadi satu. Macam Jerman Barat dan Jerman Timur. Vitnam Utara dan Vietnam Selatan kini mempunyai para penduduknya lebih 80 juta orang ramainya.

TERLALAU LEWAT MENYERTAI DAP

Bagi penulis.Yang menyedihkan? Kenapa Samad Said terlalu lewat menyertai parti DAP di ketika usia Samad Said dah berusia 80 tahun? 

Boleh dikatakan dah terlalu lewat sekali,iaitu di ketika usianya benar-benar sedang berada di penghujung senja dengan tenaga lahir dan batin yang dah tak segagah mana?Jika tenaga lahir dan batin itu telah jadi mengendur? Pasti sumbangannya terhaap parti DAP turut jadi mengendur juga.

TIDAK MEMUDARATKAN UMNO/BN.

Jika kita bercakap fasal kesannya terhadap kekuatan Umno/BN dengan adanya Samad Said berada di dalam parti DAP? 

Sesunggunya! Bagi hemat penulis dan mungkin juga lain-lain pengulas politik tempatan pun sependapat dengan penulis. Tak punya kesan apa-apa pun( harmless) dan tidak boleh memudaratkan keutuhan Umno/BN itu sendiri? 

Biarkanlah Samad Said berada di arena politik pilihan beliau itu sendiri?
Kiri:Dharmala N.S. Timbaln Setiausaha
Agong DAP bergambar dengan Setiausaha
Parlimen ( Risdkdag ) Sweden Sdr.Gunnar
 Stenarv pada tahun 1996 ketika menghadiri
 seminar perjuagan Hak Asasi manusia,
di Stockholm.

Arwah Sasterawan Abdul Muluk bin Daud.Nama penanya ( Dharmala N.S.) sahabat karib penulis dan beliau merupakan pengarang majalah( Intisari dan Dzul Nurain) kepunyaan penulis sendiri,adalah tokoh sasterawan yang telah menyertai parti DAP berbelas tahun lamanya. 

Menurut beliau, pada PRU ke-11 tahun 2004 ketika itu Pak Lah jadi PM. Beliau mengambil keputusan keluar meninggalkan DAP dan beliau berkata,dari segi politik jika dia terus berada di dalam DAP?


Beliau tidak ada masa depan yang cerah yang akan diberikan oleh DAP kepadanya. DAP tidak ikhlas melayan  para pemimpin Melayu yang menyertai DAP. 

Semata-mata untuk dijadikan oleh DAP sebagai alat. Pada Pilihan Raya Umum 1999? Beliau tewas teruk.

Dharmala N.S.diletakkan oleh DAP bertanding di kawasan yang tak selamat iaitu, di kawasan Parlimen Segambut, di dalam kawasan parlimen Wilayah Persekutan.

Di kawasan Parlimen Segambut itu sendiri tak ada kawasan DUN.Sedangkan pengundinya sangat besar jumlahnya. Jadi,tidak ada langsung tenaga sampingan yang boleh membantu segala kerja-kerja parti dalam menghadapi sesuatu pilihan raya umum itu? Sangat menyedihkan.

Bilangan pengundi Melayu tidak sebesar pengundi Cina dan India. Jika tidak punya wang poket sendiri untuk ongkos belanja pilihan raya  di kawasan tersebut? Tak usah harap akan menang.Hilang wang pertaruan sudah pasti. 

Tak usahlah turut bertanding. Terutamanya calon Melayu dari DAP.Kawasan tersebut dulunya ialah kubu kuat parti GERAKAN yang didominasi oleh keturunan Dr.Lee.

Para pemimpin Melayu diletakkannya bertanding di kawasn yang tak selamat.Tidak seperti calon-calon DAP dari kaum Cina diletakan di kawasan selamat belaka. 

Semasa berada di dalam DAP Dharmala N.S.atau ( Abdul Muluk Daud) jawatannya ialah sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP.  Ditugaskan memberi ceramah politk di kawasan-kawasan miniriti Melayu dan juga di kawasan-kawasan majoriti Melayu di serata Malaysia.

Disamping itu beliau juga diminta menulis teks ucapan dalam bahasa Melayu untuk tokoh-tokoh politik DAP dari kaum Cina yang akan berucapa di dalam bahasa Melayu.

Semasa beliau berada di dalam parti DAP? Boleh dikatakan kebanyakan ucapan tokoh-tokoh DAP itu akan menggunakan Teks ucapan yang telah ditulis oleh Dharmala N.S. Baik pun mereka berucapa di majlis kempen-kempen pilihan raya di merata tempat atau pun berucap di Dewan Negeri dan di parlimen dan sebagainya?

Imbohannya pula boleh dikatakan tidak berbaloi dengan kerja-kerja yang telah beliau lakukan. Besar kemungkinan sasterawan negara Samad Said akan ditugaskan menggalas segala kerja-kerja yang dibuat oleh arwah Dharmala N.S. nanti?

Selaku Timbalan Setiausaha  Agung DAP? Banyak kisah-kisah sogsang yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan DAP pusat telah Dharmala N.S.ceritakan pada peulis.Biarlah semuanya itu penulis jadikan bahan rahsia untuk penulis sendiri. 

Ia merupakan cerita yang karut-marut sifatnya? Jika ada pucuk pimpinan DAP yang cuba mendabik dada kononnya mereka semua adalah para pemimin yang suci bersih dari segala perbuatan yang bersifat noda. 

Segala apa yang telah didedahkan oleh Dharmala N.S. pada penulis itu? Tetap berada di dalam buku catitan penulis berhubung dengan perbuatan-perbuatan songsang yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan DAP lakukan?

Tak ada bumi yang tidak pernah diimpa hujan? Tiada ada satu pun lautan PUN didun ia ini yang tidak dilanda gelombang? Selagi manusia itu bergelar manusia? Perbuatan silap dan salah yang disengajakan atau tidak disengajakan pasti telah atau pun akan berlaku?

ORANG-ORANG MELAYU TAK KISAH PUN.


Orang-orang Melayu sebilngan besarnya langsung tak ambil kisah dengan kemasukan Samad Said di dalam DAP itu. Lantaklah Samad Said dengan pilihannya itu. "Tak ada aku kisah," komen mereka kebanyakannya bila ditanya oleh penulis di sana sini?

Persoalannya? Lazimnya insan-insan yang telah berusia lanjut itu kekuatan tenaga lahir dan batinnya pasti dah begitu menurun dan kendur sekali? 

Ini tak boleh dinafikan.Penulis yang telah berumur 77 tahu itu sudah terasa kesan penurunannya di segala aspek batang tubuh.Tak segagah semacam di zaman muda dulu?

Justeru  itu mampukah Samad Said yang dah begitu lanjut usianya sebagai tokoh politik baru Melayu DAP yang mana telah diberi gelaran yang hebat oleh Kit Siang sebagai (panglima ubah)membuat perubahan terhadap (landskape politik) Malaysia yang boleh dinilai akan memberi manfaat yang sangat besar pada perjuangan DAP yang berangan-angan besar di Malaysia?

Yang paling nyata? Kini DAP dilihat sedang berkemelut politik dengan PAS begitu tegang? Umumnya rakyat Melayu dilihat begitu meluat melihat lagak dan gelagat DAP yang angkuh ini. Pemimpin besar golongan ulama' PAS langsung tidak dihormatii oleh DAP.

Tidak menghormati pemimpin PAS golongan ulama? Bererti tidak menghormati orang-orang Melayu yang tidak menjadi anggota parti PAS pada keseluruhannya. Ulama' itu adalah pewarsi Nabi.

Orang yang beragama Islam walaupun berlainan fahaman politik?  Tetapi tetap menghormati para ulama' yang jadi pewaris nabi itu.

Mampukah Samad Said memperkasakan DAP lebih perkasa lagi dan sekaligus membawa DAP ke Putrajaya? Satu-satunya tempat (putrajaya) dah lama dah....jadi idaman dan impian DAP?

Rakyat Malaysia telah menyaksikan iaitu sejak tahun 1999 PAS dan PKR didapati telah bekerja sekuat tenaga ke arah itu ( ke Putrajaya) terutamanya pada PRU ke-12 dan PRU ke-13? 

Malangnya, sejauh yang rakyat Malaysia lihat (PR) tidak berjaya berbuat apa-apa pun? Tang tu tang tu juga DAP? Cakap aje banyak tetapi hasilnya tang tu...tang tu aje...Poorlah.luu...

Walaupun Umno/BN hilang kuasa ( dua pertiga) di dalam Parlimen? Pun begitu? Yang pentingnya Umno/BN tetap punya kuasa politik "simple majoriti" di dalam parlimen untuk membolehkan kekal sebagai kerajaan pusat Malaysia pada PRU ke-12 dan PRU ke-13.

Hakikat ini harus diakui oleh pembangkang. Ertinya rakyat Malaysia lebih redza bernaung di bawah payung Umno/BN. Tiada yang lain melainkan Umno/BN aje.

Umno/BN sahja untuk dijadikan sebagai tembok besar untuk memagar dan melinduni keselamatan mereka sekeluaraga khasnya untuk rakyat Malaysia umumnya yang berjumlah sebanyak 30 juta orang itu.

Tentang penambahab kerusi DAP di Parlimen?Kalau ada tambahan Ahli Parlimen pun ialah Ahli Parlimen DAP hanya di kawasan lazimnya majoriti pengundi kaum Cina aje? DAP boleh kalah pada sesuatu pilihan raya umum? 

 Peristiwa ini boleh berlaku seperti yang telah berlaku pada PRU ke-11 pada Tahun 2004.Beberapa orang tokoh-tokoh DAP pusat telah tewas pada PRU ke-11 semasa Pak Lah jadi PM.

Kit Siang kalah.Karpal Singh pun kalah. Bebberapa orang lagi tokoh utama DAP pusat telah kecundang. Tak dapat penulis sebutkan kerana dah terlupa disebabkan kaum athnik Cina ketika itu telah sebulat hati telah mengundi parti MCA  dan parti GERAKAN? 

Bilakah MCA dan Gerakan nak rampas semula kawasan-kawasan tersebut yang telah ditawan oleh DAP pada PRU ke-12 dan PRU- ke -13 itu? Nak tunggu bulat itu datang menggolek ke? Atau pipeh itu datang melayang ke?

Sedangkan dari segi bantuan? Bermacam-macam peruntukan telah dicurahkan untuk kaum Cina dari kerajaan Umno/BN ke kawasan-kawasan itu?( Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot. com at 1416 hrs on June 14,2015).

Friday, June 12, 2015

10 Sebab Apa Yang Mendorong Serangan Tun Mahathir.





Jumaat: June 12,2015 @ 11.50 pm.

Di dalam tulisan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui blognya pada hari ini,di mana beliau ada menyatakan 10 sebab apa yang mendorong Dr.Mahathir Mohamad,bekas Perdana Menteri Malaysia melakukan seranagn politik terhadap beliau dan kerajaan Umno/BN pimpinan beliau.
Datuk Seri Najib Tun Razak,
Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Di bawah ini ada kami petik kesemua sebab-sebabnya apa yang mendorong Dr. Mahathir menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jadi bahan bacaan  ANDA yang mengikuti blog ini. 

Sekaligus untuk memberi penerangan kepada semua lapisan rakyat Malaysia seluas-luasnya tetang kedudukan yang sebenar ujudnya kemelut politik antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Mahathir Mohamad di mana dilihat bermula sejak  2 atau 3 bulan yang lalu hingga masih berlarutan hingga kini.

Terutamanya dalam isu jawapan Datuk Seri Najib Tun Razak,selaku Perdana Menteri, berhubung dengan isu 1MDB yang telah menjadi "IBU" dari segala serangan Mahathir Mohamad terhadap kewibawaan Datuk Seri Najib.

Rakyat Malaysia umumnya telah menyaksikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, sejak beliau diangkat oleh rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia,bahawa beliau telah banyak melakukan reformasi tentang masaalah kebajikan untuk rakyat dan negara Malaysia,walau pun beliau baru sahaja bertugas memegang teraju pemerintahan negara belum pun cukup 7 tahun. 

Akan tetapi dianggap oleh Mahathir kononnya seggala-galanya negatif belaka. Yang anihnya dan yang dikesalkan bahawa Mahathir itu bekas Perdsana Menteri Malaysia yang diangkat oleh parti Umno-BN memerintah Malaysia selama 22 tahun.

Ertinya Umno telah memberi peluang yang paling teristimewa pada beliau menikmati kenikmatan hidup jadi peneraju negara.Menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 .

Jika tanpa ehsan Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-2,ayahanda kepada Datuk Seri Najib menerima Mahathir masuk semula ke dalam Umno setelah dipecat oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahmana Putra Al-Haj,sudah pasti Mahathir tak merasai memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Pun begitu? Demi kepentingan pribadinya yang tidak dapat dipenuhi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak? Maka Mahathir dilihat begitu TEGA menyerang Datuk Seri Najib,Presiden Parti Umno dan Pengerusi  Barisan Nasinoal yang sedang menjadi peneraju kerajaan Persekutuan Tanah Melayu( kerajaan pusat) Malaysia.

Tindakan Mahathir ini dilihat sungguh anih dan ajaib? Tokoh Umno yang telah bersara dari jawatan yang paling tinggi di dalam Umno dan kerajaan? Didapati menyerang tokoh Umno yang paling tinggi jawatannya hasil lantikan oleh Umno itu sendiri dan rakyat secara demokrasi yang sedang meneraju negara?

Kenapa ini terjadi? Tindakan Mahathir itu sangat dikesalkan dan sama sekali didapti tidak adil ? Tokoh politik Umno serang tokoh politikUmno? Dulu semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi,jadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pun diserang oleh Mahathir.

Mahathir dilihat telah menyerng Pak Lah bertubi-tubi sebelum dan menjelang pilihan Raya Umum (PRU-ke-12) tahun 2008. Ekoran dari serangan songsang oleh Mahathir yang bertubi-tubi terhadap Pak Lah dengan berbagai-bagai isu yang tak berhujung pangkal itu? Akibatnya Umno/BN hanya mendapat 140 kerusi sahaja kerusi Parlimen pada PRU ke-12 itu.

Kemerosotan itu? Suka atau tidak suka? Mahathir mesi mengakui adalah berpunca, adalah disebabkan krititkan Mahathir yang tidak henti-hentinya terhadap pemerintahan Pak Lah dan peribadi Pak Lah itu sendiri.

Kini Mahathir telah menyerang kerajaan yang diteraju oleh Datuk Seri Najib pula? Apakah ertinya dan matlamat sebenar tindakan Mahathir ini? Anggota Umno serang anggota Umno? 

Ini merupakan satu petanda buruk dan merbahaya sebagai satu signal bahawa Mahathir semacam sangat suka lihat jika Umno/BN tumbang di dalam Pilihan Raya yang akan datang? Sungguh tidak adil tindakan Mahathir ini dan sekaligus dianggap beliau dah durhaka pada parti Umno.Beliau layak dipecat dari menganggotai parti Umno.

Seharusnya! Selaku orang yang dah jadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun atas nama parti Umno itu sendiri? Mahathir seharusnya memberi sumbangan positif  yang terdaya olehnya ketikaa usianya yang sudah begitu tua itu demi untuk kekuatan dan nama baik Umno bukan sebaliknya? 

Justeru itu,pendedahan Datuk Seri Najib berhubung dengan sebab-sebab apa yang mendorong serangan Mahathir terhadap Datuk Seri Najib itu? Harus anda baca dan diteliti oleh seluruh anggota Umno/BN khasanya dan rakyat Malaysia a umumnya agar mereka itu benar-benar faham dan mengerti apa yang mendorong tak henti-henti Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Sekaligus serangan Mahathir yang songsang ini harus ditentang semaksimanya. Bukan Setakat hanya oleh pejuang Umno/BN sahaja,malah oleh rakyat Malaysia keselurhannya, jika kita tidak mahu parti-parti pembangkang yang didapati sentiasa berkrisis itu berjaya ke Putrajaya. 

Jangan sekali-kali kita benarkan kemakmoran dan keamanan,kestabilan iklim sosial negara yang telah diujudkan oleh Umno/BN selama ini? Akan bertukar jadi hura -hara akibat kemelut politik antara Datuk Seri Najib dengan Mahathir yang tidak jujur dan ikhlas itu dibiarkan tanpa tindakan yang posotif boleh menjejaskan nama baik Umno/BN.

Tindakan Mahathir yang jahat lagi songsang itu harus ditentang sekuat tenaga yang anda ada.. Dulu Pak Lah telah diserangnya. Kini Datuk Seri Najib pula jadi sasarannya?Jika didiamkan tindakan Mahathir yang bersifat songsang itu berterusan? Esok atau lusa selagi beliau maaih hidup?

Siapa pula yang jadi jadi target sasarannya yang paling utama? Jika satu PM dah jadi bilangan yang ke-2 PM yang telah jadi mangsa zalimnya? Tidak mustahil akan menjadi  PM yang nombor 3 pula yang bakal jadi mangsanya?

Begitu sifatnya manusia dan nafsunya. Jika dari satu isteri dah jadi punya 2 isteri? Maka isteri yang ke -3 dan isteri yang ke-4 tidak lagi menjadi masalah dan ketakutan baginya.Beliau dah ada luas pengalaman untuk jadi pandai pembohong dan jadi pandai temberang.

Di bawah ini ada penulis papakan tulian Datuk Seri Najib berhubung dengan 10 sebab yang men dorong Mahathir membuat seranagn politik terhadap Dartuk Seri Najib Tun Razak.



(10 SEBAB-SEBABNYA  MENDORONG MAHATHIR SERANG NAJIB?) 

1.Ramai yang bertanya – apa yang mendorong Datuk Seri Najib Tun  Mahathir menyerang Perdana Menteri?

Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

2.  Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

 3.  Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

4.  Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya.

Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya

5.  Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah “hilang”. Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu,

Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

6.  Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik.

Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus.

Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

7.  Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan – oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC – untuk membuat kesimpulan.

Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

8.  Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB – beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

9.  Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

10.  Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi?

Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan.J

Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang? Saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa dakwaan Tun adalah salah, pada pilihan raya akan datang – selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia. ( Dipetik secara langsung dari Najib Razak.Com. blog kepunyaan PM).Posted by abnmulya at 2350 hrs on June 12,2015).