Ini antara program yang akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi, sebagai menyokong usaha
kerajaan merancakkan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang
diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa
membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.Beliau berkata selain itu Felda juga memperuntukkan RM60 juta bagi membaiki rumah-rumah kampung tradisi di sekitar rancangan, di samping berbelanja RM100 juta setahun untuk program pendidikan dan latihan kemahiran serta biasiswa kepada 5,000 anak generasi baharu.
Menurutnya 30 peratus atau 2,000 orang daripada jumlah itu terdiri daripada anak-anak dari luar Felda.
"Kerajaan berharap pihak swasta, badan korporat serta syarikat berkaitan kerajaan akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat melalui CSR," katanya. - BERNAMA Utusan online-dalam negeriu) Posted by abnmula ata 12.50 am on Sept.,29,2012.
No comments:
Post a Comment