Saturday, April 28, 2018

CALON PKR MULA KEPEN FITNAH PERDANA MENTERI.KERAJAAN.

Dakwa Perdana Menteri Ugut pegawai kerajaan
Mahathir  ( tengah)


Mohd .Hafiz Abd.Mutalib
28 April 2018 11:59 PM

 LANGKAWI 29 April - Calon PKR bagi Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan terus memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika berucap dalam ceramah gabungan pembangkang PKR di Dewan Ho Peng di sini malam tadi, Dr. Mahathir mendakwa Najib mengugut pegawai kerajaan untuk dikenakan tindakan jika mereka tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya nanti.

Sedang Perdana Menteri dilihat tidak pernah mengeluarkan sebarang ugutan atau cuba menakut-nakut pegawai kerajaan sebaliknya kerajaan sedia ada telah memberi pelbagai keistimewaan dan menjaga kebajikan kakitangan awam selama ini.

“Najib telah menguasai institusi kerajaan termasuk polis, tentera dan jabatan-jabatan lain. Kita lihat, Perdana Menteri menyuruh pegawai kerajaan yang lemah semangat untuk menipu rakyat.

“Sekiranya pegawai kerajaan ini tidak mengikut arahan mereka akan dikenakan tindakan,” kata bekas Perdana Menteri itu. Selain itu, Dr. Mahathir dalam ceramah tersebut turut menuduh Perdana Menteri menjual tanah di Langkawi bagi mencari wang membayar hutang negara.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga mendakwa Najib tidak membawa sebarang pembangunan di Langkawi sepanjang menjadi Perdana Menteri sejak 2009.

Ternyata tuduhan tersebut tidak berasas memandangkan Najib dilihat tidak pernah melupakan Langkawi malah Perdana Menteri membawa pelbagai perubahan termasuk memperuntukkan RM1.3 bilion untuk pembangunan di pulau bebas cukai itu baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE ( Posted by anmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2.14 am on April,29,2018.

NAJIB HADAPI SAINGAN EMPAT PENJURU DI PEKAN

Add caption
PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak selaku calon Barisan Nasional (BN) P085 Pekan tersenyum ketika menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Umum ke-14 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah pagi ini. - GAMBAR/BERNAMA 

Mohamad SHOFI Mat Isa 
28 April 2018 11:41 AM.
PEKAN 28 April - Parlimen Pekan bakal menyaksikan pertandingan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon Barisan Nasional (BN) dengan calon gabungan pembangkang PKR daripada PPBM, Zahid Mat Arip; Kapten (B) Ahiatudin Daud mewakili Pas dan calon Bebas, Datuk Paduka Abd. Kadir Sainudin.
Pengumuman tersebut dibuat pada pukul 11.30 pagi ini oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pekan, Mohd. Yusli Ibrahim Mohd. Yunus di Padang Arena Mahkota di sini.

Berikut senarai calon Parlimen Pekan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalamnya:
P.085 PEKAN (89,076 pengundi)

1. Datuk Seri Najib Tun Razak (BN)
2. Ahiatudin Daud (Pas)
3. Zahid Mat Arip (gabungan pembangkang PKR)
4. Datuk Paduka Abd. Kadir Sainudin (Bebas) Penyandang: Datuk Seri Najib Tun Razak (BN) 

Majoriti: 35,613 undi

N.20 PULAU MANIS (20,430 pengundi) M: 92.19 %

1. Datuk Seri Khairuddin Mahmud (BN)
2. Zainuddin Noh (Pas)
3. Abu Bakar Lebai Sudin (gabungan pembangkang PKR)

Penyandang: Datuk Khairuddin Mahmud (BN)
Majoriti: 5,596 undi

N.21 PERAMU JAYA (32,356 pengundi) M: 92.53%

1. Datuk Sh. Mohmed Fuzi Sh. Ali (BN)
2. Abu Kassim Manaf (Pas)
3. Datuk Salim Abd. Majid (gabungan pembangkang PKR)
Penyandang: Datuk Sh. Mohmed Fuzi Sh. Ali (BN)
Majoriti:7,627 undi

N.22 BEBAR (15,002 pengundi) M: 68.88 %
1. Datuk Fakhruddin Mohd. Ariff (BN)
2. Mohd. Nazhar Othman (Pas)
3. Afif Syirol Abdul Rahman (gabungan pembangkang PKR)
Penyandang: Datuk Fakhruddin Mohd. Ariff (BN) Majoriti: 6,715 undi

N.23 CHINI (21,288 pengundi)
M: 90.57 %  C: 0.26 %  I: 0.10 %   L: 9.07 %
1. Datuk Seri Abu Bakar Harun (BN)
2. Mohd. Fadhil Noor Abdul Karim (Pas)
3. Mohamad Razali Ithnain (gabungan pembangkang PKR))
Penyandang: Datuk Seri Abu Bakar Harun (BN)
Majoriti: 7,675 undi
Dalam PRU-14, Perdana Menteri mempertahankan kerusi Parlimen Pekan untuk penggal ke-10.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), beliau mengekalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976 setelah memperoleh 35,613 majoriti undi.
Beliau menduduki kerusi berkenaan selepas memenangi pilihan raya kecil Parlimen Pekan tanpa bertanding pada 1976 yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang juga bapa beliau dan Perdana Menteri kedua. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmuya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 7.45 pm on April 28,2018.

'"CHEK ( IBU) BERSAMA SAYA= NIK ABDUH


TUAN SABARIAH TUAN ISHAK (tiga dari kanan) dibawa oleh petugas Pas semasa proses penamaan calon Parlimen Bachok di Pejabat Tanah dan Jajajan Bachok pagi ini. - UTUSAN ONLINE 

Asma Hanim Mahmood
28 April 2018 @ 2.45 pm.


KOTA BHARU 28 APRIL - Calon Pas bagi kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menganggap kehadiran ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak untuk bersama semasa proses pencalonan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah tanda restu dan isyarat yang sangat baik.

Nik Mohamad Abduh berkata, ibunya memberi sokongan kepadanya untuk mewakili Pas sebagaimana ketika dia bertanding di Parlimen Pasir Mas pada PRU-13.

“Macam lima tahun lepas, ‘chek’ (ibu) juga bersama saya dan memberi semangat besar kepada saya untuk meneruskan legasi ayahanda.

 “Kehadiran bonda juga memberi semangat untuk seluruh jentera Pas di Bachok terutama muslimat,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok di sini hari ini.

Balu kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu hadir sejak pagi di Markaz Pas Pantai Irama di sini untuk memberi sokongan bersama kira-kira 2,000 penyokong Pas kepada Nik Abduh dan calon-calon Pas yang lain.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan abangnya Nik Omar yang membuat kejutan sebagai calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, beliau enggan mengulas.

Sebelum ini, Nik Omar mengaku tidak mendapat restu ibunya untuk bergiat aktif dalam politik kerana cenderung kepada gabungan pembangkang PKR. - UTUSAN ONLINE ( Posd by abnmulya // haji abu bakar ninggal. blogspot.com. at 7.08 pm on April 28,2018.

SAINGAN TIGA PENJURU DI GUA MUSANG

Tengku Razaleigh Hamzah,calon BN sedanag bersalaman dengan orang2 asli di Gua Musang pagi tadi.


ARMUNI TUAN LAH
28 hb.April 2018 @ 3.45 pm.


GUA MUSANG 28 April - Parlimen Gua Musang menyaksikan penyandangnya, Tengku Razaleigh Hamzah daripada Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan kerusi itu apabila disahkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengumuman tersebut dilakukan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusoff di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini sebentar tadi.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang akan dicabar calon PKR, Mohd. Nor Hussin dan calon Pas, Abdullah Hussein. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff (BN) akan ditentang calon PKR, Mohd. Othman Yusoff dan Md. Sidek @ Saupi Ab. Razak dari Pas.


 Bagi kerusi DUN Paloh, calon baharu, Amran Arifin (BN) akan ditentang Noraini Husin (PKR) dan Azman Ahmad (Pas). Bagi DUN Galas pula, Mohd. Syahbuddin Hashim (BN) turut berdepan saingan tiga penjuru apabila calon PKR, Nasir Dollah dan calon Pas, Suhaimi Mat Deris diterima bertanding. - UTUSAN ONLINE ( posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 6.35 pm on April 28,2018.

Sunday, April 22, 2018

DAP KUASAI GABUNGAN PEMBANGKANG PKR

Tentukan calon menteri lebih awal bukti parti itu dominan 


Mohd. Hafiz  Abd.Mutalib
23 hb.April 2018 @ 3.00 am.


ARAU 22 April - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengumumkan sendiri ca­on menteri untuk Kabinet Ba­yangan gabungan pembangkang PKR memberi gambaran jelas bahawa parti tersebut yang sebenarnya menguasai pakatan itu.

Katanya, situasi tersebut berbeza dengan Pas yang sentiasa berpegang kepada aturan ditetapkan Allah bukannya membuat keputusan awal termasuk menentukan calon Perdana Menteri ketika pilihan raya masih belum berlangsung.

“Kita tidak pernah menentukan siapa yang patut jadi menteri atau sebagainya. Kita lawan dahulu, apabila menang baru kita tentukan. Menentukan lebih awal (calon menteri ) saya lihat sebagai tidak patut.

HASHIM JASIN
“Kita juga tidak pernah mere­but jawatan sebaliknya apabila tiba masa, kita akan melaksanakannya,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas majlis pengisytiharan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Madrasah Ad­diniah Al-Islamiah (MADI), Jejawi Dalam, di sini kelmarin.

Guan Eng dalam satu ceramah di Teluk Intan, Perak baru-baru ini mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming bukan sahaja sebagai calon di kawasan itu malah akan dilantik sebagai menteri jika gabungan pembangkang PKR menang dalam PRU-14.

Dalam majlis tersebut, Hashim telah mengumumkan calon Pas yang bakal bertanding di semua 15 kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) dan dua Parlimen iaitu Padang Besar dan Kangar.

Sementara itu, calon Pas bagi Parlimen Arau tidak diumumkan pada majlis itu dan dijangka kerusi tersebut akan diwakili oleh Hashim sendiri yang pengumuman mengenainya bakal dilakukan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Antara yang menarik perhatian dalam majlis itu apabila Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik diumumkan bertanding di kerusi Parlimen Padang Besar sekali gus menjadi satu-satunya calon ‘import’ parti itu di Perlis.( Utusan on line).Posted by Abnmulya // haji abu bakar ninggal blgspot,com at 12.43 noo on  Aprl,22 ,2018.

Wednesday, April 18, 2018

Mengimbas Kembali Segala Aktiviiti Datuk Dr.Rahman Ismail Melalui Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Pimpinannya 03 Minggu Yang Lalu.






Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
April 17 hb.April,2018 @ 10 pm.


Photo2 di bawah ini adalah mengimbas kembali beberapa aktiviti2 Gabungan Ngo-Ngo Gombak di bawah pimpinan Presidennya, Datuk Dr.Rahman Ismail, mantan Ahli Parlimen Umno Gombak, pada siri Pilihan Raya Umum pada tahun 2004 pada siri PRU ke-11.

Dalam 3 minggu ini maka aktiviti2 dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak dilihat begitu ketara didapati sibuk mengadakan aktiviti-aktiviti mereka mendekati rakyat dalam kontek memperkasakan mood PRU/14 yang rakyat dah tahu dah akan di adakan dalam masa terdekat.

Pada PRU/14 ini!!! Pucuk Pimpinan tertinggi Umno Pusat pemulis di fahamkan telah menaikan taraf Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan juga badan ngo-ngo lain di seluruh Malaysia.

Dengan diberi mandat politik yang sama taraf politik dengan Perhubungan Umno-Umno Negeri, Bahagian-Bahagiannya dan cawangan Umno itu sendiri.


Trend perubahan ini dilakukan dengan tujuan agar Umno dapat berganding bahu dalam segala sudut pergerakannya dan
tindakkan sederaf bergerak bekerja menggalas komitmen masing-masing dalam perjalanan untuk pertempuran dengan PH yang di ketuai ole mantan PM Umno Mahathir Mohamad yang sandang jawata PM atas tiket Umno 22 tahun yang lalu.

Kini Mahathir telah pun keluar dari Umno dan pada masa  ini telah menggabungkan dirinya dengan pihak gabungan PH. Mahathir kini ternyata sedang bersengkokol dengan DAP yang punya Ahli Parlimen yang majoriti berbanding dengan parti2 lain seperti PKR/PAN.

Ertinya? Barisan Nasional bermusuh ketat dng DAP. Mahathir menggabungkan dirinya dengan PH semata-semata depa dilihat begitu berhasrat untuk gulingkan Datuk Seri Najib sekaligus hendak mengkuburkan parti Umno yang telah nobatkan sebagai PM selama 22 tahun.

Jika kita orang2 melayu bercakap fasal isu budi? Sesunggunya Mahathir itu tidak tahu kenang " Budi Umno?" Tak ubah macam " Kacang lupakan kulit?"Itulah sebabnya Datuk Seri Najib,Presiden Umno, begitu tega menamakan bahawa pertarungan Politik pads PRU/14 kali ini? Merupakan sebagai IBU pada segala pertarungan politik yang sangat sengit pertempuranya di era ini.

Justeru itu? Semangat bekerja di dalam team Barusan Nadional harus digembeling secara serius dan meksima dengan cara bahu membahu dan cara kerjanya harus di susun rapi. Qualiti kerjanya mesti dengan satu saf, bahu membahu dalam konteks untuk menyelaras barisan depan dan juga di segala sudut gerakan dan tindakan dan sekaligus untuk memperkasakan barisan depan  Barisan Nasionl dengan susunan tugas yang paling rapi .

Tugas-tugas itu pula harus di galas dengan komitmen masing-masing dan komitmen-komitmen itu harus dengan mengandungi kuasa ledakkan ombaknya yang amat kuat kuasanya bak besi hursani kental sifatnya ketika dalam perjalanan menuju kepada IBU segala peperangan politik dengan gabungan PH .

Tugas besar dan maha penting itu mesti digalas oleh Barisan Nasional dengan kerperkasaan yang paling hebat ledakan ombaknya pada PRU/14 ini dengan komitmen Barisan Nasional harus mara melanggar roboh semua benteng-benteng pertahanan musuh agar jadi porak peranda dan sekaligus jadi hancur berkecai segala benteng-benteng pertahanan musuh-mush akibat pukulan hebat bak angin tsunami melanda Acheh beberapa tahun yang lalu.

Pada gambar atas dari (kiri ) Datuk Dr.Rahman berada dalam majilis santai minum pagi makan nasi lemak,di restauran (Neknab) di simpang 3 Gombak tanggal 24/03/18.

Pada tanggal 28/03/18 Datuk Dr.Rahman ,photo atas ( kanan) ketika di adakan majlis minum pagi di Sg.Kertas .di HomestayHj.Roslan di Sg.Kertas.

Photo barisan bawah ( kiri) sebaik sahaja dah selesai di majlis santai minum pagi di Sg.Kertas,Datuk Dr.Rahman bergegas ke rumah pangsa Cempaka,dekat Wira Damai,Datuk Dr,Rahman pergi ziarahi di rumah wanita yang telah patah kaki kanannya,akibat kemalangan jalan raya.

Beliau penulis lihat memberi sumbangan wang tunai pada ibu yang malang itu dan juga kepada 3 orang anak2 kecil ibu itu,

Pada tanggal 14/04/18 Datuk Dr.Rahman Ismail telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahun ke-8
Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di mana beliau adalah Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sejak ditubuhkan Pada tahun 2010 hingga 2018.

Photo barisan bawah nombor 2 Dr,Dr.Rahman dengan AJK Gabungan Ngo-Ngo Gombak bergambar. Photo bawah (kanan) Datuk Dr.Rahman minum teh dengan Datuk Roslan Ali Omar, di restauran Nelayan,di Gombak Utara,pada masa rehat Mesyuarat Agung Tahunan Ke-8 Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu pada petang 14/04/18

Segala aktiviti2 itu penulis di fahamkan di ongkosi semua oleh Datuk Dr.Rahman Ismail dengan wang poketnya sendiri. Sebagai ahli perniagaan yang dah bertaraf jutaan.Sumbangan itu?Di lihat tidaklah menjadikan beban padanya demi Kemenangan parti Umno/BN pada PRU ke-14 yang akan tiba tak berapa lama lagi.

Monday, April 9, 2018

Tolak pembangkang untuk kesinambungan pembangunan

"Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika meninjau " class="maxed Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika meninjau jabatan-jabatan kerajaan selepas perasmian Pusat Transfomasi Bandar (UTC) Tawau hari ini. -fotoBERNAMA 

 April 2018 5:14 PM 

TAWAU 9 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Sabah menolak parti-parti pembangkang seperti Parti Warisan Sabah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, sebaliknya memilih Barisan Nasional (BN) demi kesinambungan pembangunan di negeri itu.

Terima kasih atas maklum balas!","mute_confirmation_text":"Kami akan menyemak iklan ini untuk meningkatkan pengalaman anda pada masa hadapan.

Kami akan gunakan maklum balas anda untuk menilai iklan di tapak ini. "Yang berbudi adalah kerajaan BN, cuba lihat manifesto BN dan kalau orang kata kita ini negara bankrap, BN tidak boleh menyediakan UTC, Lebuh Raya Pan Borneo, naik taraf sekolah-sekolah daif, sedia bekalan air dan letrik luar bandar serta tambah lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

"Apa janji kita dalam tempoh lima tahun iaitu pemberian BR1M RM1,200 tetapi kita bagi lebih daripada itu dengan tahun ini kita bagi RM2,000," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau di sini hari ini.  


Turut hadir ialah isteri Najib Datin Sri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan dua timbalannya Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali.

Menurut Najib, selain memberikan BR1M, kerajaan BN juga telah menyediakan peruntukan berjumlah RM1 bilion untuk membaik pulih dan menaiktaraf 120 buah sekolah daif di Sabah menggunakan kaedah Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

Katanya kemampuan kerajaan menyediakan peruntukan besar serta mengagihkan BR1M untuk dinikmati rakyat jelas menafikan dakyah pembangkang kononnya negara ini sebuah negara bankrap. Sebaliknya tegas Najib kerajaan BN telah menguruskan kewangan negara dengan cekap dan berkesan sehingga apabila hasil negara bertambah, hasil itu juga dikembalikan kepada rakyat.

"Kalau rakyat hadapi kos sara hidup, kita tambah BR1M. Pembangkang pada mulanya kutuk BR1M sebagai dedak tetapi alih-alih ada pula BR1M dalam manifesto mereka.

"Itulah pembangkang yang dahulu, hari ini dan esok sentiasa cakap lain. Sebab itu cakap orang pembangkang tidak boleh pakai dan rakyat hanya boleh yakin kepada BN.

"...jangan alih-alih lagi, jangan ubah-ubah lagi yang sudah kita yakin," katanya sambil menasihatkan rakyat agar mengekalkan perkara baik supaya kesimbungan kebaikan dibawa BN dapat diteruskan.

Pada akhir ucapannya, Najib turut mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk menaiktaraf Pasar Tanjung UTC Tawau bagi keselesaan para peniaga. -BERNAMA

 
( Posted by abnmulya  // Haji Abu bakar Ninggal.blogspot.com at 1219 am on Aril 10,2018

Najib, 1MDB dan 14 lain berjaya batal saman Mohamad Ezam

Najib,1MDB dan 14 lain berjay batal saman Mohamad Ezam.

SUWni Mokhtar
April 09,2018 @  4.49PM.


KUALA LUMPUR 9 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman bekas senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan 13 bekas ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung kerugian dialami syarikat itu berjumlah AS$3.65 bilion.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan demikian selepas bekas senator itu tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memulakan tindakan saman yang turut menamakan syarikat itu dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Mahkamah memerintahkan Mohamad Ezam membayar kos sebanyak RM63,000 kepada semua defendan.
Mohamad Ezam memfailkan saman itu pada 14 April 2017 dengan menamakan 1MDB; Najib; Kerajaan Malaysia dan 13 bekas Ahli Lembaga Pengarah 1MDB berhubung dakwaan kerugian yang dialami 1MDB berjumlah AS$3.65 bilion.

Dalam penyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, semua defendan bertindak secara melulu dengan menyebabkan sejumlah AS$3.65 bilion dibayar kepada pihak yang tidak berhak hingga menyebabkan kerugian kepada syarikat 1MDB.

Oleh itu, plaintif menuntut kesemua defendan menanggung kerugian syarikat 1MDB dengan membayar sejumlah AS$3.65 bilion kepada syarikat berkenaan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya  // Haji Abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.7 pm on April 0,2018