Sunday, April 22, 2018

DAP KUASAI GABUNGAN PEMBANGKANG PKR

Tentukan calon menteri lebih awal bukti parti itu dominan 


Mohd. Hafiz  Abd.Mutalib
23 hb.April 2018 @ 3.00 am.


ARAU 22 April - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengumumkan sendiri ca­on menteri untuk Kabinet Ba­yangan gabungan pembangkang PKR memberi gambaran jelas bahawa parti tersebut yang sebenarnya menguasai pakatan itu.

Katanya, situasi tersebut berbeza dengan Pas yang sentiasa berpegang kepada aturan ditetapkan Allah bukannya membuat keputusan awal termasuk menentukan calon Perdana Menteri ketika pilihan raya masih belum berlangsung.

“Kita tidak pernah menentukan siapa yang patut jadi menteri atau sebagainya. Kita lawan dahulu, apabila menang baru kita tentukan. Menentukan lebih awal (calon menteri ) saya lihat sebagai tidak patut.

HASHIM JASIN
“Kita juga tidak pernah mere­but jawatan sebaliknya apabila tiba masa, kita akan melaksanakannya,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas majlis pengisytiharan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Madrasah Ad­diniah Al-Islamiah (MADI), Jejawi Dalam, di sini kelmarin.

Guan Eng dalam satu ceramah di Teluk Intan, Perak baru-baru ini mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming bukan sahaja sebagai calon di kawasan itu malah akan dilantik sebagai menteri jika gabungan pembangkang PKR menang dalam PRU-14.

Dalam majlis tersebut, Hashim telah mengumumkan calon Pas yang bakal bertanding di semua 15 kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) dan dua Parlimen iaitu Padang Besar dan Kangar.

Sementara itu, calon Pas bagi Parlimen Arau tidak diumumkan pada majlis itu dan dijangka kerusi tersebut akan diwakili oleh Hashim sendiri yang pengumuman mengenainya bakal dilakukan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Antara yang menarik perhatian dalam majlis itu apabila Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik diumumkan bertanding di kerusi Parlimen Padang Besar sekali gus menjadi satu-satunya calon ‘import’ parti itu di Perlis.( Utusan on line).Posted by Abnmulya // haji abu bakar ninggal blgspot,com at 12.43 noo on  Aprl,22 ,2018.

No comments: