Thursday, October 18, 2012

Awasi anak guna pelan telefon mudah alih

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Ibu-ibu yang ingin menghubungi anak-anak atau anak-anak yang ingin menghubungi ibu bapa yang sudah berusia secara mudah di rumah kini tidak perlu bimbang kerana mereka kini dapat melaksanakannya dengan menggunakan telefon mudah alih mengenakan bayaran hanya RM8 sebulan.

GAMBAR HIASAN SAHAJA.
 Ini merupakan tawaran terbaharu yang disediakan oleh REDtone Mobile Sdn. Bhd. dengan kerjasama CELCOM - pengendali telefon mudah alih perdana negara ini. Pelanggan hanya perlu memohon talian pasca bayar dengan komitmen bulanan hanya RM8 dan boleh menikmati panggilan percuma bagi kawasan diliputi rangkaian REDtone di seluruh negara, kata Pengarah Pemasaran dan Teknikal Hussein Resources Sdn. Bhd., Adnan Sajad Hussein.

Sebagai contoh, seseorang ibu yang ingin mengetahui perkembangan anaknya di sekolah boleh melanggan pelan RM8 bagi dirinya dan anaknya dan boleh berhubungan secara percuma setiap hari. Anak-anak bekerja juga boleh melakukan perkara yang sama dengan ibu bapa mereka yang berusia.

"Ia sama seperti walkie talkie," katanya. Beliau memberi keyakinan bahawa pelan itu bukan satu muslihat jualan tetapi terbukti dari ribuan yang telah menikmati perkhidmatan itu pada masa ini.

Adnan berkata, matlamat dan tarikan lain pelan itu, antara lain, para pelanggan boleh mengekalkan nombor telefon mudah alih sedia ada masing-masing, komitmen bulanan boleh dikongsi dalam satu kumpulan, hanya satu kadar sepanjang hari jika digunakan membuat panggilan ke rangkaian lain.

Pakej korporat juga tersedia dan boleh diberikan kepada pekerja serta keluarga dan rakan-rakan masing-masing pada kadar rendah, panggilan percuma dan penjimatan.

Adnan berkata, Hussein Resources, agen yang dibenarkan bagi memasarkan pelan itu di Lembah Klang, kini memasarkan secara agresif pelan itu yang menyediakan peluang perniagaan bagi usahawan yang ingin menubuhkan pusat kutipan di bawah syarikat itu.

Katanya, perbadanan, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan lain yang ingin mengurangkan bil telekomunikasi masing-masing boleh melanggan perkhidmatan itu. - BERNAMA(utusan online-dalam negeri),Posted by abnmulya at 12.01pm on October 19,2012.

No comments: