Tuesday, November 13, 2012

Datuk Seri Najib : Jika BN Berkuasa Di Selangor? Projek Kondo 29 Tingkat Di Batalkan.

Datuk Seri Najib nombor dua dari kiri serdang menikmati juadah-juadah jamuan perayaan Depavali.Sebelah beliau ialah Datuk Samy Vellu dan berbaju merah kanan sekali ialah Dato'Seri Utama Dr Rais Yatim,Menteri penerangan.


November 13,2012
at 8.50 pm.

Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan bahawa Barisan Nasional akan membatalkan projek membangunkan sebuah Kondominium 29 tingkat yang yang terletak kira- kira 100 meter sahaja dari Kuil Sri Subramaniar Swamy,di kompleks Batu Caves itu,jika Barisan Nasional berjaya mengambil alih kerajaan negeri Selangor pada PRU ke :13 nanti.

Datuk Seri Najib ketika memeberi ucapan.Sementara YB Senator  Datuk Seri G. Palanival dan Dato' Sri S.Samy Vellu bertepuk tangan tanda setuju dan teruja tentang apa yang telah diucapkan oleh Datuk Seri Najib Tun Rqazak itu.
Jaminan itu diberi oleh Perdana menteri Malaysia,Datuk Seri Najib,dalam ucapan utamanya di dalam majlis rumah terbuka menyambut Perayaan Depavali kaum India,di pusat keagamaan,di kompleks Batu Caves, pagi ini,anjuran parti MIC,di depan kira-kira 20,000 orang para tetamu berbilang kaum yang hadir di majlis perayaan tersebut pagi ini.

Gambar di atas: Sebahagian daripada para tetamu yang berbilang kaum yang telah membanjiri majlis rumah terbuka perayaan Depavali MIC di dalam salah satu khemah besar yang telah didirikan.Majlis ini merupakan kali yang kedua diadakan oleh MIC di kompleks kuil Batu Caves itu.

Datuk Seri Najib berkata,kerajaan sedar kepentingan Kuil Batu Caves kepada penganut agama hindu itu sendiri. Khabar pembangunan projek perumahan mewah berdekatan mendorong beliau untuk membuat jaminan berikut.

"Saya nak menyatakan ini,BN akan pertahankan kompleks Batu Caves ini seandainya BN berjaya ambil alih kerajaaan negeri Selangor. Projek kondominium 29 tingkat itu akan dibatalkan,kita tidak mahu pembangunan di kawasan ini boleh mengancam kompleks Batu Caves.

Nombor dua dari kiri memakai kemeja putih baju koperat Gabungan Ngo-Ngo Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail,Presiden Gabungan dan yang berbaju hitam bersalut dengan pokok padi warna merah ialah Datuk Sri Hj.Noh Omar Menteri Pertanian dan Asas Tani yang turut hadir di majlis perayaan majlis terbuka Deepavali.
"Jaminan yang saya buat ini merupakan janji kerajaan BN.Apabila  berjanji mesti ditepatinya." katanya semasa berucap di majlis rumah terbuka sambutan Depavali anjuran MIC di komplek tersebut. Janji Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah men dapat tepukan yang gemuruh oleh para hadirin berpuloh ribu ramainya.

Datuk Seri Najib seterusnya berkata bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menjadikan kawsan Kuil ,di kumpleks Batu Caves, untuk dijadikan sebagai tapak warisan dunia dan Kabinet juga telah membincangkan bahawa Kuil Hindu di kompleks Batu Caves ini dijadikan Tapak Warisan Dunia Unesco.

Dari kiri Datuk Dr Rahman Ismail dan Dato' Sri Liow Tiong Lai,Menteri Kesihatan bersama isterinya.
"Kini ada sedikit soal teknikal,Malaysia masih merupakan anggota World Heritage Commision,kita tidak boleh buat permohonan kerana akan  ada pertembungan,tapi tempoh kita akan berakhir pada 2015,dan kita akan kemukakan secara rasmi,kepada Unesco,sebagai Tapak Warisan Dunia,Batu Caves," ujarnya lagi.

Di samping itu Datuk Seri Najib juga telah mengumumkan bahawa akan menjadikan cuti perayaaan Depavali akan turut dilaksanakan di Labuan.

Di antara meja yang dipenuhi oleh sebahagian AJK dan ahli-ahli Gabungan Ngo-Ngo Gombak  pagi tadi di  di bawah kanopi besar diperkarangan Kuil di kompleks di Batu Caves.
"Secara simbolik,Kabinet sudah putuskan cuti Deepavali dilanjutkan kepada Labuan kerana mereka juga layak menerima sebagai cuti umum

Mengakhiri ucapan beliau,Datuk Seri Najib menyeru kepada masyarakat India untuk bersama-sama kerajaan pimpinannya agar terus mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan Barisan Nasional.

"Yang hak menmgatasi yang batil.Yang benar tetap menjadi kenyataan.Justeru marilah kita terus bekerjasama lebih erat lagi.Orang India akan mendapat pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional," katanya dengan tegas.
Sebahagian daripada tetamu kaum Tiong Hua yang telah hadir di majlis Perayaan Deepavali di perkarangan Kuil di kompleks Batu Cave pagi ini.

BEBERAPA ORANG MENTERI LAIN HADIR.

Di majlis Majlis Terbuka Perayaan Deepavali anjuran MIC itu boleh dikatakan mendapat sambutan dari rakyat berbilang kaum begitu meriah sekali.Ada beberapa orang  menteri-menteri yang hadir  untuk sama-sama meraikan majlis terbuka perayaan Deepavali  anjuran parti MIC itu pagi tadi.

Diantaranya ialah YB Datuk Seri Hj.Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani. Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan. YB Senator Dato'Raja Nong Chik,Menteri Wilayah Persekuituan.Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim,Menteri Penerangan.

Semasa hendak meninggalkan majlis sambutan perayaan Deepavali itu,Datuk Seri Najib bersalam-salaman dengan para hadirin. Apakah yang sedang dikatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, hinggakan Datuk Dr Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak bagi penggal 2004-2008 kini merangkap Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail ketawa besar?
Timbalan Menteri Kewangan  Dato' Donald Lim Siang Chai. Mantan Menteri Kerja Raya Datuk Seri  S.Samy Vellu. Presiden MIC dan merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator G.Palanival.YB Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Buroh.

Tidak cukup tangan bagi Datuk Seri Najib untuk menyambut salam dari rakyat. Lazimnya,rakyat amat teruja dapat melihat pemimpin negaranya secara dekat. Dan gembiranya tidak terkira jika berpeluang dapat bersalam dengan dengan beliau.Dalam suasana beginilah,kadang-kadang petugas keselamatan yang sombong telah berlaku kasar pada rakyat.Menolak rakayt yang hendak bersalaman dengan Datuk Seri Najib itu sesuka hati oleh petugas-petugas keselamatan itu.Penulis kena tolak dengan kasar semalam pagi, ketika nak ambil gambar Datuk Seri Najib ketika beliau berada di meja juadah makanan.
Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan Datuk Dr Rahman Ismail telah membawa hampir seratus orang lebih AJK dan ahli-ahli badan-badan gabunganya ke majlis tersebut. Begitu juga dengan Umno Bahgian Gombak,di bawah ketua Hj.Rahim Kamaruddin, penulis lihat telah menghantar AJK Bahagian dan ahli-ahli mereka dalam jumlah yang besar juga ke majlis tersebut.(Posted by abnmulya.blogspot.com at 2050 hrs on November 13,2012).






No comments: