Sunday, February 24, 2013

Isu 'haiwan' fatwa menghina-Ezam Mohd Noor



Senator Ezam Mohd Noor
SHAH ALAM 24 Feb. - Pemimpin yang menyamakan rakyat seperti haiwan hanya kerana menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu dihukum dengan sewajarnya kerana membuat 'fatwa' yang menghina.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, sebagai pemimpin, mereka sepatutnya menjadi model dan contoh yang baik kepada rakyat dan bukannya melakukan perkara negatif.

Katanya, kenyataan menyamakan manusia sebagai haiwan adalah satu kenyataan tidak bertanggungjawab selain merupakan satu manifestasi seorang pemimpin yang hilang kewarasan dan pertimbangan.

"Anak muda dan masyarakat sudah matang berfikir dan mampu menilai sesuatu kenyataan oleh seseorang pemimpin.

''Justeru, pemimpin begini perlu dihukum sewajarnya dengan menolak mereka pada pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita semasa melancarkan Himpunan Informasi Anak Muda (HIAM) di Seksyen 28 di sini hari ini.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.21 noon on February 25,2013.

No comments: