Sunday, February 24, 2013

Lagi kawasan hutan Kedah ditarah

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH 
utusankedah@utusan.com.my MOHD. 

Johari Baharom dan seorang penduduk, Abu Bakar Salleh (kanan) meneliti saiz balak yang ditebang semasa meninjau kesan pembalakan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun, Kedah semalam. - UTUSAN/ Halim Khalid 

KUBANG PASU 24 Feb. - Ketika isu penerokaan hutan di Gunung Inas di Baling dan di Tasik Pedu terus diperkatakan, rakyat negeri ini dikejutkan pula dengan kegiatan pembalakan yang didakwa dijalankan secara rakus di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin di sini.

Operasi mengeluarkan balak di kawasan seluas 145 hektar itu diluluskan oleh kerajaan Pas Kedah sejak lebih sebulan lalu yang dipercayai bagi projek pembangunan tanah dan dianugerahkan kepada pegawai tertinggi dalam Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS).

 Meskipun aktiviti berkenaan mendapat kelulusan tetapi ia didakwa dijalankan secara rakus sehingga mengakibatkan kawasan hutan terbabit yang dahulu dilitupi dengan rimbunan menghijau pelbagai jenis pokok dan tumbuhan ditarah sehingga gondol.(Utusan online-dalam negeri)Posted by abnmulya at 12.o7 noon on Feb 25,2013.

No comments: