Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai |
"Berbanding 2008 ada beza, nampak ada perkembangan positif...kita harap mereka akan mengingati BN (Barisan Nasional) yang sejak dulu berusaha menyelesaikan isu, masalah rakyat," katanya kepada pemberita semasa melawat pasar di Pandamaran di sini, hari ini.
Pada kunjungan itu, beliau bersama-sama pemimpin tempatan, jentera parti dan Ketua Pemuda MCA Klang Datuk Ching Eu Boon menyampaikan 1,000 beg sumbangan mengandungi kuih tart dan limau mandarin kepada masyarakat setempat tidak mengira bangsa sempena perayaan Tahun Baharu Cina esok.
Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, Dun Pandamaran yang dikuasai DAP sejak 2008 kini dibelenggu masalah seperti kutipan sampah yang tidak teratur dan jalan raya yang berlopak dan berlubang. Oleh itu, beliau meminta para pengundi di kawasan itu memberikan peluang kepada BN untuk mengubah keadaan hidup mereka dalam pilihan raya umum nanti.
Mengenai calon MCA Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili parti itu.
Beliau juga berkata MCA Selangor menghormati keputusan Adun Kuala Kubu Baru dari MCA, Wong Koon Mun yang telah menyuarakan hasratnya bulan lepas untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kali ini. Lim juga mengucapkan terima kasih kepada kesudian Wong untuk membantu calon MCA yang dipilih untuk menggantikan beliau semasa kempen pilihan raya nanti.
Pada pilihan raya umum 2008, Wong yang mendapat 6,555 undi mengalahkan calon DAP K.K Annamalai Ramu yang mendapat 6,107 undi. – Bernama(Dari Sinar harian-politik).Posted by abnmulya at 11.32 am on February 10,2013.
No comments:
Post a Comment