SEBAHAGIAN ahli Perkasa dan penyokong Pas mengadakan demonstrasi semasa majlis perasmian kerja naik taraf Pasar Teluk Bahang oleh Lim Guan Eng, di Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/SAZALI CHE
DIN
BALIK PULAU 3 Mac - Lebih 50 orang ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan penyokong Pas berkumpul 'menyambut' ketibaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang hadir merasmikan kerja-kerja naik taraf Pasar Teluk Bahang di sini.
Kumpulan tersebut membawa pelbagai sepanduk mengecam Guan Eng berhubung kenyataan kontroversinya hujung tahun lalu yang meminta Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Sepanduk yang bertulis perkataan seperti Kami Pertahan Majlis Syura, Save Kalimah Allah dan Lim Guan Eng Tidak Akan Selamat dinaikkan semasa ketibaan Setiausaha Agung DAP itu kira-kira pukul 8.30 pagi.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 1`701 hrs on March 04,2013.
No comments:
Post a Comment