Thursday, March 14, 2013

Gerak Bersatu bangkit kesedaran masyarakat pertahankan kedaulatan

Senator Ezam Mohd Noor
KUALA LUMPUR 14 Mac - Gerakan Bersatu yang menghimpunkan lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan mahasiswa mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu mempertahankan kedaulatan negara serta berwaspada terhadap ancaman musuh yang datang daripada pelbagai cara dan arah.

Penyelaras Bersatu, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, peristiwa serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah sewajarnya membuka mata setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan muda bahawa keamanan dan kestabilan negara boleh diganggu-gugat pada bila-bila masa.

"Bersatu yang merupakan gerakan gabungan NGO dan persatuan mahasiswa lahir daripada kesedaran bahawa tanggungjawab mempertahankan negara tidak boleh terbeban kepada pasukan keselamatan semata-mata.

"Visi kita adalah memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa pentingnya untuk bersatu memainkan peranan masing-masing di dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 9.57 am on March 15,2013.

No comments: