Wednesday, March 27, 2013

Gesa siasat bekas jeneraal ATM langgar sumpah perwira

Omar Saleh (tengah) bersama Hamdan Mohd. Salleh (kiri) dan Mejar (B) Harith Ismail menunjukkan salinan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya Ampang, semalam. 

KUALA LUMPUR 26 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendesak agar satu siasatan terperinci dilakukan terhadap bekas-bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa melanggar sumpah setia dan ikrar perwira mereka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Jawatankuasa JMM, Mejar (B) Harith Ismail berkata, sumpah setia serta ikrar yang dilafazkan mereka ketika mula perkhidmatan seharusnya ditaati sampai bila-bila. "Perbuatan mereka ini adalah contoh yang tidak baik terhadap kor yang pernah mereka anggotai semasa dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terkenal dengan semangat juang serta kesetiaan terhadap raja dan negara. "

Di manakah sumpah setia serta maruah mereka terhadap Yang Dipertuan Agong dan perwira-perwira yang gugur semasa pemerintahan mereka," soalnya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini, hari ini.

JMM yang turut diwakili oleh Timbalan Presiden, Omar Saleh dan Pengarah Kebangsaannya, Hamdan Mohd. Saleh hari ini membuat dua laporan polis terhadap Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein dan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berhubung isu tersebut.

Baru-baru ini, Md. Hashim dalam satu ceramah di Taman Serai Perdana, Bagan Serai, Perak, memperlekehkan aset pertahanan negara termasuk mempersoalkan sama ada radar pertahanan negara berfungsi atau sebaliknya.

 Datuk Abdul Ghafir turut melakukan perkara sama semasa berpidato di pentas ceramah anjuran pembangkang. Menurut Harith, sebagai bekas pegawai bawahan, beliau merasa amat sedih dan kecewa dengan perbuatan Md. Hashim dan Abdul Ghafir itu.

 "Selain itu, kami juga ingin tahu kebenaran tohmahan itu, jika betul apa sebenarnya yang mereka lakukan semasa bertugas dulu," ujarnya yang turut menegaskan, soal keselamatan negara adalah perkara utama dan tidak seharusnya dipolitikkan.(Utujsan online-dalam negeri).Posted by abnmulya t 1910 hrs on March 27,2013.

No comments: