Friday, March 1, 2013
Hanya 60 orang dengar ceramah pembangkang
Oleh MOHD SHARIZA ABDULLAH
SEBAHAGIAN kecil penyokong pakatan pembangkang yang menghadiri ceramah parti itu di Taman Saga, Alor Setar, Kedah malam tadi. - UTUSAN
PROGRAM ceramah politik anjuran pakatan pembangkang di Taman Saga, Alor Setar hanya dihadiri segelintir penyokong parti itu, di Alor Setar malam tadi. -
UTUSAN ALOR SETAR 2 Mac - Pembangkang di Kedah kelihatan semakin ditinggalkan penyokongnya apabila sambutan untuk majlis-majlis ceramah mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin dingin, termasuk ceramah yang diadakan di Taman Saga, dekat sini malam tadi.
Kehadiran lima penceramah termasuk Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh ternyata masih belum mampu menarik minat orang ramai apabila hanya kira-kira 60 orang sahaja menghadiri ceramah tersebut.
Dalam ceramah hampir tiga jam itu, mereka cuba menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah seburuk-buruk kerajaan termasuk tuduhan rasuah dan amalan kronisne yang kononnya tidak berlaku dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang.
Dr. Ismail umpamanya, mendakwa negeri di bawah pakatan pembangkang lebih cekap diurus tadbir berbanding semasa di bawah kerajaan BN.
Namun beliau yang juga Exco kerajaan negeri tidak pula menggunakan pentas ceramah itu untuk menjelaskan isu status kewangan Kedah yang didakwa menanggung beban hutang mencecah RM3 bilion iaitu tertinggi sejak pakatan pembangkang menerajui negeri ini. - UTUSAN(Utusan online-piliharaya).Posted by abnmulya at 1345 hrs onMarch,02,2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment