Saturday, March 16, 2013

Isu pengganas Sulu:Semua pihak mahu segera tubuhkan "Suruhanjaya Diraja (RCI) dan membuka kertas putih...


UNTUK SIASAT SIAPAKAH DALANG-DALANG DISEBALIK INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU DAN DI SEMPORNA,DI SABAH.

Sebahagian daripada penyokong yang telah mempamirkan sokongan mereka terhadap kematian 10 orang angkatan bersenjata kita ketika bertempur dengan pengganas tentera Sulu pengikut Jamalul Kiram III di Lahad Datu dan di Semporna di Sabah. Jadi bila mereka dengar ada acara penerangan tentag INSIDEN di temapt tersebut akan di terangkan di anjung Masjid Negara oleh badan-badan Ngo Selangor? Maka berduyun-duyunlah mereka datang mendengarnya.Jika majlis ini disusun lebih teratur dan secara menyeluruh? Tidak secara mendadak? Sudah tentu pulohan ribu rakyat yang cintakan tanah air akan datang mendengarnya.


Oleh Haji Abu Bakar Ninggal                        
March 16,2013 at7.58pm.

Justeru Presiden Aquino sendiri yang telah mendedahkan bahawa Jamalul Kiram III yang telah menghantar pengganasnya mendarat di bumi Lahad Datu dan Semporna lengkap dengan senjata-senjata yang moden dan telah berjaya membunuh polis Malaysia pada 2 hb.Mac dan 3 hb.sebanyak 8 orang?
Jamalul Kiram III
Jamalul Kiram III itu, buklanlah orang kaya sehingga ongkos merawat sakit buah pinggangnya pun dibantu oleh Pejabat kebajikan Filipina.

Juster itu, maka timbulah tanda tanya dikalangan pemerhati politik Filipine dan juga di Malaysia. Apakah ada dalang disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata oleh pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu dan di Semporna yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.

Atau pun Jamalul Kiram itu telah diperalatkan oleh golongan-golongan tertentu di Filipina atau pun di Malaysia untuk kepentingan pihak terbabit.

Berdasarkan dengan beberapa fakta yang telah di dedahkan oleh beberapa pihak di Filipina sendiri termasuk pihak-pihak media,pihak risikan di negara itu dan juga kerajaan Filipina sendiri.

Setelah beberapa pihak akhbar Filipina termasuk akhbar harian Filipina The Inquiere Daily dan juga agency berita-berita asing,Reuters melaporkan ada pertemuan antara pemimpin pembangkang dari Malaysia dan pemimpin MNLF, Nur Misuari.
Lagi sebahagian para hadirin yang diambil dari sudut-sudut yang lain yang berada di jalan raya dan juga di anjung-anjung Msjid Negara yang hadir di perhimpunan aman pada tangah hari Jumaat pada tanggal 15/03/2013. anjuran badan Ngo TIBAI( Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) .Pengerusinya ialah Zaihid Mohd Arif.
Bahkan Agency Reuters turut menyiarkan gambar pertemuan antara pemimpin pembangkang dari Malaysia dengan Nur Misuari tetapi tidak menyatakan bilakah gambar itu diambil dan di mana lokasinya?

Suatu hal yang menjadi tanda tanya siapakah Jamalul Kiram ini dan bagaimana beliau boleh mampu mengongkosi sebauh pasukan bersenjata yang begitu lengkap dan canggih alat-alat senjatanya yang memerlukan jumlah wang yang sangat besar juga.

Presiden Aquino III
Tanda tanya ini terjawab,apabila kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino III dengan berani telah menegaskan bahawa ada dalang disebalik pencerobohan kumpulan pengganas yang diketuai Jamalul Kiram di Sabah dan beliau menyatakan terdapat pihak- pihak yang membantu yang menyediakan sumber dana bagi membolehkan kumpulan pengganas itu menceroboh Sabah.

Disamping itu Malaya-Business Insight telah melaporkan keluarga Jamalul Kiram sebenarya tidak mampu dan berani bertindak sejauh itu disebabkan kedudukan kewangan mereka.

Sedangkan Jamalul Kiram sendiri tidak mampu membayar ongkos rawatan penyakit buah pinggang yang sedang dideritainya.

Menurut Presiden Aquino,bahawa ongkos rawatan Jamlul Kiram dibantu oleh pejabat Kebajikan Filipina untuk membayar ongkos dialisis.Lebih anih lagi bahawa Jamalul Kiram tidak mampu mempunya pegawai keselamatan pribadi bagi mengawal keselamatannya.
 Tidak pasti Jet Peribadi yang dinaiki oleh Jacel Kiram punya siapa? Setakat ini media Filipina masih belum mahu mendedahkan Jet Pribadi ini kepunyaan siapa yang bermurah hati menyediakan Jacel Kiram III kemudahan untuk menggunakan.Adakah dalangnya? Sama -sama kita tunggu beritanya.
Baru-baru ini ketika anak perempuan Jacel Kiram pulang dari Manila ke Tawi-Tawi dengan menaiki Jet Pribadi Persendirian.Jet siapakah itu sehingga kini masih belum diketahui lagi.Mungkin esok atau lusa atau jangkan masa yang tidak berapa lama lagi terdedahlah siapkah dalang-dalangnya.

KEMELUT INI SANGAT BAHAYA

Kemelut bersenjata ini boleh dikatakan sangat merbahaya jika tidak ditangani sewajarnya oleh Malaysia yang sedang diceroboh dengan kerajaan Filipina itu sendiri.

Kerana ia boleh melarat sehingga mencetuskan perang di rantau kita ini.Justeru itu, banyak tokoh-tokoh politik di Malaysia merasa gusar meminta Putrajaya agar segera ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) dengan seberapa segera agar membolehkan pihak berkuasa Malaysia melakukan siasatan yang serius untuk mengetahui siapakah dalangnya di sebalik kejadian yang mengejutkan ini?
Hishammuddin Hussin

MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA

Pada tanggal 14 hb.Mac,2013 (menerusi Utusan online-Dalam Negeri) ketika beliau berada di Sandakan, Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussin telah berkata,Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang disebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Seterusnya Menteri Dalam Negeri itu berkata,siasatan yang menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak-pihak yang membiayai militan dari Selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara. 

"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarya yang berlaku....ini akan kami lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.

"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini menyentuh keselamatan nasional,"katanya.

Datuk Seri Hishammuddin berkata demikian pada sidang media,di Ibu Pejabat Daerah (IPD)Sandakan iaitu,selepas beliau mendengar taklimat berhubung dengan situasi semasa di Sandakan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan oleh ACP Rowel Marong.
Tun Dr.Mahathir Mohammad
TUN DR.MAHATHIR SOKONG

SEHUBUNG dengan itu menerusi portal The Malaysian Insider, tanggal Mac 15,2013. Bekas Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr.Mahathir Mohammad telah menyatakan persetujuanya berhubung dengan cadangan  Putrajaya untuk menubukan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan penglibatan pihak ketiga dalam insiden pencerobhan militan Sulu di Lahad Datu,Sabah.

"Kalau semua setuju boleh buat suruhajaya," kata bekas Perdana Menteri itu kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Yayasan Keamanan Global Perdana Menteri.

"Siasat kemungkinan penglibatan pihak ketiga... masalahnya semua operasi  libatkan duit, dari mana duit orang yang mendakwa sebagai Sultan Sulu datang?"tanyanya.

Nah...! Sebahagian lagi para penyokong yang sedia berjuang memepertahankan kedaulatan bumi Malaysia di Sabah, jika diperlukan.Bila ditanya oleh penceramah," Bersedikah anda turut berjuang sama mempertahankan tanah air kita? Secara sepontan mereka telah menjawab dengan suara yang lantang,"Kami bersedia demi untuk mempertahankan kedaulatan negara,bangsa, agama dan raja-raja kami".
Tun Dr.Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu turut menegaskan,secara pribadi beliau tidak merasakan Sultan Sulu. Jamalul Kiram III mempunyai begitu banyak dana (wang) bagi membiayai militan yang mendakwa mereka adalah "Tentera Kesultanan Sulu" itu di Sabah.

"Dari mana duit itu datang? Saya tidak rasa Sultan (Jamalul Kiram III) itu orang kaya... kerajaan Filipina sendiri mengakui dia orang miskin?" soalnya lagi.

DEMONSTRASI AMAN OLEH NGO-NGO SELANGOR

Memandangkan konflik yang ujud di Lahad Datu dan di Semporna,di Sabah itu amat berbahaya jika tidak ditangani dengan segera.Maka beberapa badan Ngo-Ngo di Selangor selepas "Solat Jumaat" pada tengah hari kelmarin iaitu setelah selesai "Solat Juma'at" telah mengadakan demonstrasi aman di depan Masjid Negara. 

Ketika ini Peguam Zulkifli Nordin dan Datuk Ibrahim Ali masih belum tiba di pentas(di atas lori) untuk digunakan sebagai platform untuk berceramah memberi penerangan kepada rakyat Malaysia tentu insiden berdarah di Lihat Dartu dan di Semporna,Sabah.
Demonstrasi cara aman itu diadakan semata-mata untuk mempamirkan sokongan padu berhubung dengan cadangan yang telah dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammuddin Hussin, bahawa  Putrajaya akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan membuka kertas putih dengan seberapa segera berhubung dengan insiden pertempuran berdarah di Lahd Datu dan Semporna,di sabah pada awal bnulan Mac 2013.

Keperluannya? Ialah untuk menyiasat siapakah dalang-dalang yang miang keladi dan dayus yang berada di sebalik pertempuran antara Angkatan Bersenjata Malaysia dengan tentera pengganas Sulu yang telah berjaya menceroboh Lahad Datu dan Semporna,Sabah.

Gambar atas dari kiri: Zulkifli Nordin bekas peguam DSAI. Sebelahnya Hamizon bekas Ketua Pemuda keADILan Selangor. Sebelahanya yang punya bold pen merah  Mursyiddul Am TIBAI  Sdr. Zaid Mohd Arif,AJK pemuda keADILan yang anjurkan perhimpun aman Ngo-Ngo Selangor .Yang membelakangkan camera itu ialah Ng Lam Yong,AJK keADILan Pusat dari ethnik CINA. Penulis sendiri pengasas dan Timbalan Ketua keADILan Gombak. Kami semua telah berhijrah semula ke Umno disebakan sudah mengetahui kelentong dan temberang DSAI. Anihnya? Gombak itu dekat sekali dengan Msjid Negara.Tapi tidak nampak langung muka hidung para pemimpin Umno Gombak tunjuk sokongan moral pada perhimpuanan aman itu.Kenapa begitu? Dalam politik "window show"sangat penting. Hai...! Dah menonggeng kalah 4-0 pada PRU ke:12 pun masih nak jadi Lord? Buanglah budaya ini jika hendak pulih semula kekuatan anda...jangan mimpi di siang hari...nanti menonggen lagi?Muhasabah dirilah....Jika anda tak sayang orang? Jangan harap orang dan Allah swt akan sayang anda...?Jika tak pandai berpidato macam Zulkifli dan Zaid? Beri sokongan moral pun memadailah.....
Akibat dari pertempuran yang mengejutkan ituIa mengakibatkan 9 orang angkatan bersenjata Malaysia mati ditembak pihak musuh dan jadi korban dalam pertempuran itu dan 1 orang terkorban akibat kejadian kemalangan jalanraya ketika menghantar barang-barang kerperluan angkatan bersenjata yang sedang bertugas di tempat tersebut di atas.

Ura-ura dan cadangan Menteri Dalam Negeri itu dengan serta merta pula disokong dengan  kuat oleh bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohammad,dihari yang sama juga iaitu, pada hari Khamis, pada tanggal Mac 14,2013 menerudsi portal blog The Malaysian Insider dan sokongan Tun Mahathir itu telah disiarkan pada tanggal  Mac 15,2013 oleh The Malaysian Insider juga.

MENYOKONG DAN MENGGESA SEGERA DITUBUHKAN  (RCI).

Demonstrasi aman di depan Masjid Negara ,selepas "Solat Jumaat' pada tengah hari kelmarin itu,di adakan secara tergesa-gesa oleh Ngo TIBAI sebagai penerajunya.

Penulis telah dihubungi dan dimaklumkan oleh Mursyiddul Am TIBAI Sdr. Zaid Mohd Arif, ketika hampir waktu maghrib pada petang Khamis,malam Jumaat.
Dr Hasan Ali Presiden JATI

Disebabkan ketika Zahid Mohd Ariff menghubungi penulis itu secara kebetulan Azan Maghrib mula berkumandang di TV? Lantas penulis berkata,,"InsyaAllah saya akan hadir dan akan bersolat Jumaat di Masjid Negara,"tegas penulis rengkas.

Penulis tiba di Masjid Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari. Penulis sungguh bernasib baik bahawa masih ada 2 atau 3 ruang parking kereta masih kosong. Penulis melafaskan perkataan,"Syukur Alhamdulillah! Masalah parking kereta dah tidak ada problem lagi."

Sebaik sahaja Imam Masjid Negara selesai membaca doa selepas solat Jumaat itu, maka dengan jelas menerusi alat pembesar suara kedengaran pengumuman dari jurucakap pihak penganjur yang mengumumkan bahawa penerangan-penerangan bersabit dengan INSIDEN pencerobohan oleh pengganas dari Sulu ke atas bumi Lahat Datu dan Semporna,di Sabah akan dimulakan dalam masa 5 minit lagi.

Juru acara perhimpuan aman itu ialah Sdr.Ghani Haron telah mengambil kesempatan  menerangkan secara rengkas berhubung dengan tujuan (motif) perhimpuan aman yang sedang di adakan di depan Masjid Negara, sebaik sahaja kita semua orang-orang Melayu yang beragama Islam telah melakukan ibadah Solat Jumaat.

Solat Jumaat yang memang menjadi tanggung jawab kita setiap hamba-hamba Allah tentang apa yang diwajibkan oleh agama Islam. Selaku pengikut agama Islam kita harus tunduk sujud kepada penciptaNya iaitu Allah SWT yang ampunya alam ini sekurang-kurangnya 5 waktu di dalam sehari semalam.

"Baru sebentar tadi? Kita baru sahaja selesai melakukan tanggung jawab kita terhadap Allah dengan melakukan solat Jumaat.

Kini kita berkumpul di sini pada tengah hari ini ialah,dengan tujuan untuk menerangkan kepada hadirin sekalian yang hadir diperkarangan Rumah Allah, di Masjid Negara ini mengenai tanggung jawab kita terhadap negara.
 Zulkifli Nordin Naib Presiden PERKASA
"Bahawa kini kita mempunyai tanggung jawab kita terhadap negara yang telah di amanahkan oleh Allah SWT untuk kita memelihara ,menjaganya dengan segala kudrat Iradat yang dikurnikan oleh Allah kepada kita semua.

"Justeru itu,motifnya kita berkumpulan di depan Rumah Allah yang mulia ini,semata-mata mahu memberitahu anda semua bahawa bumi kita di Lahad Datu dan di semporna,di Sabah,telah diceroboh oleh musuh.

Diceroboh oleh musuh dari luar negara kita iaitu bermula pada 11hb.Februari 2013  dan bermula pada 2 hb.Mac,2013 telah berlaku pembunuhan yang kejam oleh pengganas Sulu terhadap polis Malaysia di Lahad Datu dan di Semporna.

Akibatnya,angkatan bersenjata kita telah menjadi korban pembunuhan itu. Mereka mendakwa yang mereka itu adalah tentera pengikut Jamalul Kiram III yang mengakui kononnya beliau adalah perwaris Sultan Sulu,Filipina"katanya.

Sdr.Ghani Haron berkata,akibat dari insiden itu tentera kita telah terkorban sebanyak 10 orang dan angkatan bersenjata kita pula dimaklumkan telah berjaya membunh pihak pengganas lebih kurang 67 orang dan sekaligus berjaya memberkas dan pihak polis kita sedang menjalankan siasatan lebih daripada seratus orang pengganas-pengganas yang disyaki terlibat dengan tindakan pengganas itu.

Menurutnya,kita bertemu pada tengah hari ini? Ialah untuk mempamirkan secara rasmi bahawa kita berdiri teguh menyokong segala tindak-tanduk angkatan bersenjata kita. Maka kita juga tidak putus-purtus terus mendokan keselamatan mereka di medan tempur.

Semoga mereka berjaya menumpaskan kumpulan pengganas yang sedang menceroboh bumi kita secepat mungkin.
Datuk Ibrahim Ali Presiden PERKASA

Disamping itu di depan Rumah Allah yang mulia ini,kita juga menyokong penuh segala keputusan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia yang berpusat di PUTRAJAYA.

Sekaligus kita mahu mendesak pihak yang berkuasa di PUTRAJAYA di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,selaku Perdana Menteri Malaysia, agar segera menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) dan membuka kertas putih bagi membolehkan pihak yang berkuasa di PUTRAJAYA segera menjalankan siasatan.

Melakukan siasatan yang lebih menyeluruh dan secara detail berhubung dengan adanya Dakwaan yang mengatakan seseungguhnya,ada dalang-dalang di dalam negara kita ini yang miang keladi dikhabarkan turut bekerjasama dengan dalang-dalang di Filipina,sehingga berlakunya insiden korban jiwa pada angkatan bersenjata kita,di Lahad Datu dan di Semporna,Sabah.

HASAN ALI KESAL

Datuk Hasan Ali Presiden JATI dan juga selaku ADUN kawasan Gombak Setia atas tiket PAS,tapi kini jadi ADUN bebas akibat dipecat dari keahlian PAS.

Beliau merupakan tokoh ngo yang pertama diminta memebri ucapannya.Dalam kesempatan itu beliau dilihat telah berucap dengan nada yang lantang dan berapi-api. Pada suatu peringkat di dalam ucapannya itu?

Ketika jenazah anggota polis yag dihantar ke Tengganu untuk dikebumikan Ustz Hadi Awang tidak pun  datang menziarahi jenazah itu. Beliau pernah jadi Menteri Besar Trengganu. Rasullullah SAW ada bersabda bahawa hak orang muslim terhadap muslim yang lain itu di antaranya ialah menziarahi jenazah dan mengiring jenazah itu hingga ke tanah perkuburan.Apakah keputusan politik itu boleh membelakangkan sabda Rasulullah SAW?
Beliau telah menyatakan kekesalan terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu,parti PKR,PAS dan DAP yanag menurutnya,dilihat telah membisu seribu bahasa dalam isu-isu pencerobohan pengganas-pengganas bersenjata dari Sulu yang telah berjaya mendarat di bumi Lahad Datu dan di Semporna dan telah membunuh angkatan bersenjata kita di Lahad Datu dan di Semporna,di Sabah itu dengan cara yang amat kejam sekali?

Dalam konteks itu? Hasan Ali telah memajukan pertanyaan, apakah sebenarnya telah terjadi dengan Ustz Hadi Awang,Presiden PAS.Apa telah jadi dengan Datin Dr.Wan Azizah, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan apa telah jadi dengan Lim Kiat Siang dari DAP.

Menurut Datuk Hasan Ali,jika dalam soal hendak menolong kepentingan bumipoutra Melayu,isu agama Islam seperti dalam isu hendak menggunakan kalimah Allah untuk di cetak di dalam Bible versi bahasa Melayu? Parti DAP/PKR dilihat begitu aktif dan lantang menyatakan pendiriannya?

Kenapa ketiga-tiga mereka ini mengambil sikap membisu seribu bahasa ketika mana bumi Lahad Datu dan Semporna diceroboh oleh pengganas tentera Sulu oleh pengikut Jamalul Kiram III? Apakah Lahad Datu dan Sempurna yang merupakan di antara daerah-daerah Sabah itu tidak di anggap oleh mereka termasuk sebahagian dari bumi berdaulat Sabah dan Malaysia umumya?
Jeneral Hj.Musa bersama-sama tenteranya lengkap dengan senjata yang cangih-cangih belaka yang mana ongkos untuk memiliki senjata-senjata tersebut memerlukan jumlah wang ringgit yang sangat besar juga...Siapakah yang menyediakan dananya? Isu itu jadi tanda tanya pada banyak orang.

Sikap terus membisu oleh mereka ini sungguh menghairankan kita?Apakah mereka ada agenda-agenda tertentu?

Justeru itu,Hasan Ali menyeru pada para pengundi di Malaysia pada Pilihanraya Umum ke:13 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi itu. Maka dengan segala kekuatan yang ada pada kita, jom..marilah kita beramai-ramai tolak parti PAS, PKR dan DAP ini dari arena politik tanah air Malaysia ini.Semua undi anda mesti diberikan kepada Umno -BN.Kita kemubikan mereka pada PRU ke:13 ini.

"Setujukah anda? Kita lupakan mereka dari pandangan dan kita lupakan mereka dari ingatan kita.Untuk apa kita mesti peduli pada mereka? Ketika bumi Lahad Datu dan Semporna di ceroboh? Mereka bukan hendak tolong bantu?

Bahkan mereka nyap...aje.. (diam saja).Justeru kita tak usah pedulikan mereka.Agar mereka insaf dan sedar bahawa rakyat tidak boleh mereka tipu-tipu dengan manisfeto kosong,"katanya dan telah disambut oleh para hadirin dengan sebulat suara
Angkatan bersenjata kita sedang bertindak melapskan peluru motar ke arah musuh-musuh pengganas Sulu yag sedang bersembunyi di dalam semak samun di sekitar ladang kelapa sawit di Lahad Datu,Sabah.
Hasan Ali seterus bertanya, apakah mereka sudah bersiap sedia untuk berhijrah ke Sulu,di Selatan filipina? Anak gadis ketika ditanya bersetujukah dia jika di tunangkan atau di nikahkah dengan jejaka itu dan ini? Jika dilihat dia terus diam sahaja? Ertinya dia setujulah tu...

Menurut Hasan Ali, jika pucuk pimpinan parti-parti pembangkang terus membisu dengan pertanyaan adakah mereka kini dah benar-benar telah bersedia berhijrah ke Sulu, ke Selatan Filipina? Tidak mendapat respon dari mereka dan dilihat mereka terus menerus diam aje....Ertinya? Kita buat kesimpulan bahawa mereka itu bersetujulah....?
Justeru itu,diharapkan mereka bolehlah cepat-cepatlah batalkan kerakyatan mereka dari terus-menerus jadi rakyat Malaysia di pejabat JPN Malaysia?

Lihatlah...! Betapa susah dan sangsaranya angkatan bersenjata kita terpaksa meranduk payah dansemak samun yang tebal untuk menjejaki pengganas-pengganas Sulu yang telah berjaya mendarat dan membunuh angkatan bersenjata kita di Lahad Datu,di Sabah. Apakah ini Sandiwara?Kerpada bekas tentera yang dah bersara yang ada mengatakan angkatan bersenjata kita hanya men jejak pengganas di bawah rumah dan di reban ayam aje. Bukalah mata mu wahai lt.Jeneral Khir apakah gambar di atas ini di reban ayam atau di bawah rumah?
Zulkifle Nordin dan Datuk Ibrahim Ali ketika memebri ucapan mereka.Kedua-duanya menyeru kepada Putrajaya segera tubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan membuka kertas putih dengan segeranya.

Menurut mereka dengan adanya Suruhanjaya Diraja itu? Maka mudahlah bagi kerajaan menjalankan siasatan terhadap dalang-dalang negara yang di dakwa bersubahat dengan musuh-musuh negara dengan cara detail dan menyeluruh.

Andainya terbukti mereka ini terlibat? Mereka ini boleh kita nyahkan dari muka bumi negara Malaysia ini, sesuai dengan tindak-tanduk mereka yang boleh dianggap sebagai penderhaka negara.Dalam isu kedaultan negara kita mesti segara hapuskan anak cucu cicit KITOL yang menyuntik kuman-kuman yang boleh membahayakan keselamatan rakyat Malaysia.

Cucu cicit Si Kitol yang masih berkeliaran di negara kita ini harus segera dibasmikan dengan apa cara pun demi surviaval dan keamanan dan keselamatan Malaysia yang telah kita bina berpuloh-puloh tahun lamanya agar tetap subur dan aman jaya buat selama-lamanya. (Posted at 1958 hrs on March 16,2013.


No comments: