PASUKAN keselamatan membuat kawalan ketat di laluan masuk ke Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah dalam Ops Daulat yang masuk hari ke-10 hari ini. - UTUSAN
SANDAKAN 14 Mac - Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.
"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya.
Hishammuddin berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan di sini, hari ini selepas mendengar taklimat berhubung situasi semasa di Sandakan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong. - BERNAMA( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 2153 hrs on March 14,2013.

No comments:
Post a Comment