March 02,2013 at 6.49pm.
Mengambil kira suasana dunia sekarang ini,maka bukanlah masa yang sesuai bagi rakyat Malaysia mencuba pemimpin baharu untuk memimpin negara,kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Abdul Taib berkata,pada pandangan beliau tempoh beberapa tahun akan datang juga bukan masa yang sesuai bagi menguji kemampuan pemimpn baharu untuk mengemudi negara ke arah yang maju.
Pada pandangan penulis pula?Kerajan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,masih releven dan tidak perlu ditukar ganti.Tidak ada sebab kenapa pimpinan beliau harus ditukar? Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memimpin negara dengan baik.
Datuk Seri Najib Tun Razak,harus di beri mandat yang lebih kuat lagi iaitu,dengan cara memberi undi yang lebih besar,melebihi daripada 2 per 3 di dalam parlimen pada PRU ke:13 yang akan datang ini.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. |
Menurutnya,Malaysia telah melalui saat mencabar pada tahun 1997 apabila negara hampir jatuh dalam kegawatan ekonomi.
Nasib baik Tun Dr.Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menghalang percubaan timbalannya yang juga Mentri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan bantuan kewangan dari Tabung Kewangan Antarabagsa (IMF),katanya
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud |
Beliau berkata pengalaman dan keadaan Malaysia dalam melalui kegawatan tahun 1997 kini digunakan oleh beberapa negara Eropah untuk menangani masalah ekonomi mereka.
Dalam kes Sarawak,beliau berkata bahawa pembanguna di Karidor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) menyaksikan pelaburan lebih 2 billion yang kesemuanya dari negara-negara ASEAN.
Beliau juga mahu dewan itu membantu kerajaan dalam menggalakan lebih ramai menjalani latihan kemahiran untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang ditawakan di Score.
Penulis sangat bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud di dalam satu majlis di Kuching baru-baru ini.
Di mana beliau ada berkata,bahawa sesungguhnya bukan pada masa yang sesuai, bagi rakyat Malaysia, hendak cuba-cuba menukar dan memberi kuasa pada pemimpin baru iaitu,pemimpin-pemimpin dari parti-parti pembangkang untuk mengemudi Malaysia pada masa ini dan juga pada masa beberapa tahun yang akan datang.
Dengan berkata demikian? Ini, bererti Tan Sri Abdul Taib Mahmud meminta dan menyeru pada rakyat Malaysai,agar terus menyokog Umno-BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, pada PRU ke:13 yang di adakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Sekaligus menolak keras parti-parti pembangkang yang didapati telah gagal menepati janji di 4 buah negeri yang dikuasainya pada pilihan raya umum pada 8 hb.Mac,2008 dulu,iaitu Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan.
Setakat 4 buah negeri yang Allah SWT uji dan beri rezeki pada pembangkang sebagai percubaan untuk melihat kebolehan parti-parti pemabngkang? Rezeki dan ujian Allah SWT telah kurnikana itu?
Malangnya telah mereka abaikan amanah yang telah Allah kurniakan itu tidak dijaga dengan baik? Malah telah diabaikannya.Segala kata-kata tidak dikotakan.Segala janji-janji tidak ditepatinya? Kini? Bernafsu besar pula hendak ke Putrajaya pada PRU ke:13 ini?
Rakyat Malaysia benar-benar telah mengenali Tan Seri Abdul Taib Mahmud,Ketua Menteri Sarawak yang memang tidak asing lagi bagi rakyt Malaysia. Beliau merupakan seorang tokoh yang punya banyak pengalaman dalam politik dan sekaligus sudah punya banyak pengalaman dengan ilmu mentadbirkan negeri Sarawak.
Sebelum beliau dihantar balik ke Sarawak oleh pucuk pimpinan pusat menjadi Ketua Menteri di Sarawak. Beliau dalam jangka masa yang panjang juga telah memegang jawatan Menteri beberapa tahun di pusat.
Ertinya,beliau cukup kaya dengan pengalaman mentadbirkan satu-satu kementerian dan sekaligus beliau cukup kaya dengan ilmu politik untuk dijadikan asas yang penting bagi beliau mentadbirkan negeri Sarawak di mana beliau selaku Ketua menterinya hinggakan kini Sarawak semakin makmor.
Justeru beliau semacam mengharapkan pada rakyat Malaysia tidak akan melakukan kesilapanm pada PRU ke:13 ini.Keluarlah mengundi dengan azam dan tekad Umno-BN harus mendapat kemenangan besar melebihi 2 per 3 di dalam parlimen Malaysia.
Satu undi untuk Umno-BN bererti anda sedang menempa satu masa depan yang gilang gemilang untuk anda,anak cucu dan cicit anda. Satu undi untuk Umno-BN bererti semakin bertambah kerja-kerja transformasi yang akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib untuk rakyat Malaysia dari masa ke masa.Satu undi untuk Umno-BN bererti satu kedaulatan Raja-Raja Melayu, satu kedaulatan bangsa,bahas,agama bangsa Melayu yang beragama Islam.
Dalam konteks dunia sekaranag ini iaitu di ketika ekonomi sedunia dilihat begitu tidak menentu keadaannya? Negara-negara di Eropah yang dulu-dulunya tidak disangkan akan menjadi muflis jika dilihat secara mata kasar?Tetapi kini telah menjadi muflis dengan teruk sekali iaitu,seperti Grece,Portugal dan beberapa buah negara lagi kini sedang menghadapi keadaan untuk jadi muflis.
Ujudnya keadaan sedemikian adalah bertitik tolak oleh tindaka tanduk para pemimpin yang jadi KEMUDI di negara-negara tersebut tidak begitu cekap untuk mentadbirkan negara-negara mereka mengikut lunas-lunas ilmu pentadbiran yang sebenanya yang sangat diperlukn oleh sesuatu tokoh pemimpin politik di negara-negara tersebut.
Datuk Sri Anwar Anwar Ibrahim |
Akan tetapi beliau ada menyebut bahawa Malaysia telah melalui saat-saat mencabar pada tahun 1997 apabila negara hampir jatuh dalam kegawatan ekonomi.
Dalam konteks itu? Beliau berkata,nasib baik Tun Dr.Mahathir Mohamad,ketika itu Perdana Menteri Malaysia, menghalang percubaan timbalanya yang juga Menteri Kewangan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan bantuan kewangan dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), katanya.
Tan Seri Abdul Taib berkata,jika Anwar berjaya dalam cubaannya pada masa itu? Malaysia kini akan menjadi seperti Indonesia yang menghadapi kejatuhan nilai mata wang,pelabur menarik diri dan rakyat menderita kerana tidak mempunai pekerjaan.
Pengalaman dan keadaan Malaysia dalam melalui kegawatan ekonomi pada tahun 1997 itu? Kini digunakan sebagai contoh oleh beberapa negara Eropah untuk memngatasi atau pun menangani masalah ekonomi mereka.
Berdiplomasi cara kelas pertama,penulis lihat Tan Seri Abdul Taib Mahmud,Ketua Menteri Sarawak yang hebat kewibawaannya itu,terang-terangan semacam tidak dapat menerima dan tidak mahu mengakui bahawa Anwar Ibrahim?
Walaupun Anwar yang diagung-agungkan oleh parti-parti pembangkanag kononnya satu-satunya tokoh politik berkemampuan untuk jadi Juru Mudi kepada kapal Malaysia yang punya rakyat seramai 28,000 juta. Tidak diakui oleh penulis,tidak diakui oleh Tan Seri Abdul Taib Mahmud dan tidak juga diakui oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.
Penolakan secara tidak langsung ini? Penulis begitu yakin semata-mata berdasarkan dengan formula dangkal yang hendak digunakan oleh Anwar Ibrahim semasa kegawatan ekonomi telah melanda negara pada tahun 1997 itu? Kalau Tun Dr.Mahathir tidak menentangnya? Tidak dapat dibayangkan apa telah terjadi pada negara kita di hari ini?
Sungguh mengkecewakan Tun Dr.Mahthjir dan juga keseluruhan rakyat Malaysia.Justeru itulah agaknya di anatara sebaba-sebab Tun Dr.Mahathir Muhamad memecat Anwar dari kabinetnya dan sekaligus dari keahlian Umno pada tahun 1998,.
Bagi Tun Dr.Mahathir bahawa Anwar Ibrahim, fasal cakap nombor satu,tapi bila tiba waktu bertindak untuk mengatasi soal-soal yang kritikal yang sedang melanda negara Malaysia? Anwar semacam tidak mampu mengorbitkan idea-idea yang positif yang dapat menyelesaikan satu-satu isu yang kritikal.?
Dalam konteks ini teringat penulis dengan kata-kata seorang pengarang Inggersi yang tersohor bernama William Somerset Mougham yang ada menulis dan membuat analisanya tentang ahli-ahkli politik:
"Berhubung dengan tokoh-tokoh pemerintah dan politikus saya temui,mereka itu tidak mempunyai kebolehan yang luar biasa. Dari sini saya mengambil kesimpulan bahawa mana-mana pemerintah tidak memerlukan kepintaran yang begitu tinggi.
"Mungkin saya terlalu gopoh membuat kesimpulan ini.Tetapi sebenarnya tidak.Saya tidak gopoh.Sebab perbualan-perbalan mereka yang biasa saya dengar tidak mempunyai erti yang sepatutnya.
"Sehingga kadang-kadang saya terfikir bahawa pengetahuan politik dapat dibuktikan,apabila seseorang itu boleh bercakap perkara-perkara yang karut-marut dengan cara yang istimewa dan memukau.
Dari hasil analisa yang penulis lakukan tentang ketokohan Anwar di dalam dunia politik?Anwar boleh dikatakan punya ciri-ciri kebijaksanaan sepertimana yang dikatakan oleh Wiliam Somerset Moughan di atas itu.
Anwar adalah seorang ahli pidato yang ulung di Malaysia ini.Ini tidak boleh dinafikan. Cara-cara dia bercakap,cara-cara dia berpidato? Anwar boleh dan mampu mempengaruhi para pendengarnya? Dengan kata lain?
Sesungguhnya Anwar Ibrahim berkebolehan bercakap tentang perkara-perkara yang karut-marut,tetapi dengan cara yang istimewa dan memukau setiap pendengarnya.Maka jadi perkara-perkara yang karut-marut itu bertukar jadi benar belaka.
Bak kata Tun Dr.Mahathir,"Anwar ni, syaitan pun boleh dipengaruhinya," Itulah keistimewaan Anwar sebagai seorang politikus.Tokoh-tokoh politik dari DAP sedar dengan keistemewaan semula jadi yang dimiliki oleh Anwar ini.
Tanpa Anwar Ibrahim DAP dan PAS ini? Tidak dipedulikan oleh sesiapa pun. Percayalah.....itulah sebabnya Nik Aziz Nik Mat bermati-matian akan membela Anwar.
Bersama-sama Anwar-lah PAS berada di puncak jaya.Menambah kuasa politik di Kedah dan mempunyai suara majoriti di dalam DUN Kelantan. Dan di Selangor pula ADUN dari PAS berpeluang jadi exco.Bukankah ini semacam menumpang tuah nama Anwar Ibrahim yang tersohor.
Biar pun di dalam Parlimen DAP kini punya suara yang lebih dari PKR dan PAS? Akan tetapi demi surviaval politik DAP itu sendiri? Mereka sanggup menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di dalam parlimen demi program jangka panjang DAP itu sendiri dengan menggunakan Anwar di front line-nya.
"Kerana orang-orang yang kenamaan(ahli politik) amat pintar menggunakan cara-cara yang palsu ketika melayani orang-orang yang mereka temui di dalam kehidupan sehari-hari ini,disamping menyembunyikan apa yang sebenar,apa yang tersimpan di dalam sanubari mereka.
"Saya hanya berhubung dengan sebilangan kecil sahaja orang-orang politik.Tetapi saya memberi perhatian berat kepada semua orang. Saya tidak menganggap seseorang itu sebagai tujuan akhir.Tetapi menganggap satu bahan yang berguna kepada saya sebagai penulis.
"Sya telah menitik beratkan kepada orang-orang yang tidak terkenal.Kerana orang-orang yang tidak terkenal ini biasanya merka lebih realis.Sebab itulah masyarakt biasa ini merupakan sebuah taman subur bagi seorang penulis.Tingkah laku orang-orang ini tidak dirancangkan. Peribadi dan keistimewaan mereka tidak terbatas sentiasa merupakan satu bahan yang tidak putus-putus.
"Sementara yang dikatakan,orang-orang besar dan tokoh-tokoh politik itu pula? Biasanya seorang yang kerdil,mempunyai berbagai-bagai konflik jiwa yang bertentangan.,"tegasnya,(posted by abnmulya at 1849pm on March 02,2013).
No comments:
Post a Comment