Sunday, March 17, 2013

PM puji keberanian anggota ATM.

Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 17 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada anggota pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana mempertaruhkan nyawa mereka bagi melindungi kepentingan rakyat Malaysia.

Najib menyatakan demikian dalam Facebooknya ketika pasukan keselamatan negara termasuk dari ATM sedang menjalankan operasi mengesan dan memburu pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Entri Perdana Menteri itu merujuk kepada mesyuarat beliau bersama pesara pegawai-pagawai tertinggi ATM semalam di mana Najib menyifatkan mereka sebagai "anggota yang berani dengan pelbagai pencapaian ke arah melindungi negara mereka".
Peluru motar mesti dilepaskan bertalu-talu sebelum  mendekati kawsan yang disyaki di mana pengganas-pengganas Sulu dipercayai masih berslindung.
Lebih 200 bekas pegawai tinggi kanan ATM menghadiri majlis itu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya. "Tugas mereka terletak pada bahu anggota yang tidak kurang berani yang kini berjuang untuk kita di Lahad Datu," katanya.

Dalam hal ini, Najib meminta semua rakyat Malaysia menghargai usaha pasukan keselamatan negara dan menyokong mereka dalam apa cara yang boleh.

Sementara itu, dalam tweet terbaru beliau, Najib menggesa rakyat Malaysia untuk berdiri teguh di belakang setiap perjuangan anggota pasukan keselamatan negara.

Angkatan bersenjata kita terpaksa meranduk semak samun,mendaki bukit,menuruni lurah dan paya untuk menjejaki  pengganas-penganas Sulu dipercayai masih berbaki di semak samun Lahad Datu,di Sabah.
"Hari yang anda lalui, ingatlah apa yang pasukan keselamatan kita tempuhi. Tunjukkan empati anda dan berdiri teguh di belakang perjuangan mereka. Mereka memerlukan sokongan anda," katanya.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas Sulu pada 5 Mac lepas selepas beberapa rundingan dengan kumpulan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Februari lepas gagal.

Sejak konflik pencerobohan tercetus, seramai lapan anggota polis dan seorang anggota tentera terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas tersebut. Seorang lagi anggota tentera turut terbunuh dalam kemalangan melibatkan trak tentera yang terbabit dalam Operasi Daulat. - BERNAMA(UTUJSAN ONLINE-DALAM NEGERI). Posted by abnmulya at 1.30 am on March 18,2013.

No comments: