Tuesday, June 18, 2013

Mesyuarat Agong : Gabungan Ngo-Ngo Gombak Yang ke:3

Datuk Dr.Rahman Ismail
GOMBAK,Selasa,Jun 18,2013- Sejak ditubuhkan pada tahun 2011 hingga kini, Gabungan Ngo-Ngo Gombak,pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail telah mempunyai sebanyka 153 buah badan ngo-ngo kecil yang telah bergabung di dalam badan tersebut.

Dalam mesyuarat khasnya,pada malam semalam,yang dipengerusikan oleh Presidennya Datuk Dr.Rahman Ismail,bertempat di Pejabat Gabungan tersebut,di Taman Selayang telah mengambil keputusan bahawa Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu akan mengadakan mesyuarat agong ke :3 pada jam 8 malam,pada tanggal 01 hb.Julai 2013 yang akan datang ini.

Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail,penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak,dijangka akan merasmikan majlis mesyurata tersebut, di Pejabat Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di Taman Selayang juga.

Mengikut undang-undang pertubuhan Gabungan Ngo-Ngo Gombak,maka semua pertubuhan badan Ngo-Ngo kecil yang menjadi ahli Gabungan Ngo-Ngo Gombak,bolehlah menghantar 3 orang perwakilan mereka ke mesyurat agong itu yang diputuskan oleh pertubuhan masing-masing .

Justeru itu,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Datuk Dr.Rahman Ismail menyeru kepada semua para pemimpin pertubuhan ngo-ngo itu agar dapat hadir di masa dan di hari majlis mesyuarat agong itu demi untuk bersama-sama meraiekan majlis tersebut.

Surat edaran bersabit dengan mesyuarat agong tersebut akan dihantar dengan segera ke alamat Pertubuhan-pertubuhan ngo yang menjadi ahli gabungannya.(Posted by abnmulya at 2035 hrs on 18,Jun,2013).

No comments: