Mohd Fiad,Jeniri Amir |
Pensyarah Geopolitik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, dalam suasana tsunami politik yang masih kekal dan tidak berubah, Barisan Nasional (BN) memerlukan kekuatan kepemimpinan.
Menurutnya, ciri-ciri tersebut dimiliki oleh Najib dan Muhyiddin kerana keserasian kedua-dua pemimpin itu dilihat mampu menyatupadukan sebuah parti utama dan besar dalam negara ini.
"Setahu saya tidak pula dengar khabar angin menyatakan mereka tidak boleh bekerjasama, malah terbukti dalam pilihan raya lalu pun, mereka berganding sebagai satu pasukan sehingga kejayaan masih lagi milik BN.
"Saya tidak nampak relevan mengapa jawatan tersebut perlu dipertandingkan sedangkan negara sudah mempunyai pemimpin berwibawa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang menyatakan sokongan supaya dua jawatan tertinggi UMNO itu tidak dipertandingkan.
Jelasnya, kenyataan tersebut turut disokong oleh kajian pilihan raya yang membuktikan rakyat masih mahukan Najib sebagai peneraju negara kerana yakin beliau adalah satu-satunya tokoh yang boleh memerintah negara dengan baik.
"Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik UKM bagi tempoh antara Disember 2012 dan Mac lalu menyaksikan trend sokongan tersebut mencecah sehingga 68 peratus memilih Najib kerana kewibawaan Perdana Menteri itu melaksanakan program transformasi," ujarnya.
Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeniri Amir, sejarah lalu membuktikan kewujudan puak-puak apabila jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan, akhirnya hanya akan melemahkan parti itu sendiri.
Jelasnya, Najib adalah calon pilihan utama untuk mengemudi negara kerana visi dan wawasan beliau yang jelas bukan sahaja dalam BN dan UMNO tetapi juga kepada negara serta rakyat.(UTUSAN ONLINE-POLITIK).POSTED BY ABNMULYA AT 10.35 AM ON JUNE 19,2013.
No comments:
Post a Comment