Gambar hiasan sahaja. Lihatlah begitu ayu dua remaja ini memakai tudung. |
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, perkara berkenaan (menanggalkan tudung) tidak pernah dijadikan syarat oleh mana-mana majikan di negeri ini sebelum ini.
"Perkara itu perlu dikaji dari banyak sudut termasuk dari segi kesahihan laporan berkenaan. "Apa pun sekiranya berlaku, itu merupakan satu perkara yang amat dikesali, kita kena menjaga hak sensitiviti agama, jangan diusik," katanya ketika kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas 'surat pembaca' dalam sebuah akhbar hari ini yang mendakwa anak saudara penulis berkenaan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja di hospital itu. - BERNAMA (Utusan online-).Poste by abnmulya at 12.45 am on June 19,2013.
No comments:
Post a Comment