Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad |
Beliau berkata, golongan tersebut sebenarnya sukar untuk diperbetulkan dan sebarang saranan termasuk mengadakan solat hajat yang jauh lebih baik daripada perhimpunan itu tetap tidak memberikan sebarang faedah kepada mereka.
Sebaliknya kata beliau, peserta perhimpunan itu tetap akan melakukan apa yang mereka fikirkan, meskipun mendapat tentangan banyak pihak.
"Mereka memang suka begitu. Dahulu sebelum pilihan raya, sudah ada perhimpunan sebegini, saya ingat akan berakhir. Namun, selepas pilihan raya, mereka masih lagi tidak puas hati. Itu tidak puas hati, ini tidak puas hati.
"Sekarang saya nampak kalau kita hendak menentang situasi ini, kita terlalu bergantung pada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ulama, padahal itu hanya melibatkan isu politik dan sepatutnya ahli politik yang perlu menyelesaikannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 10.35 am on June 2,2013.
No comments:
Post a Comment