Bangunan Parlimen Malysia |
Oleh: Haji Abu Bakar Ninggal
Julai 13,2013 at 9.34 pm.
Inilah buat pertama kali calonnya melakukan baiah (bersumpah) cara terbuka iaitu cara terang-terangan dalam majlis dan ceramah dan ketika pengumuman calon untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang berlangsung pada tanggal 24 hb.Julai 2013.
Langkah di luar kelaziman dilakukan Azlan @ Endot Yusof,selepas diumumkan Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon merebut kerusi DUN Kuala Besut yang diharapkan dapat dikuasai bagi memeberi harapan kepada parti berkenaan kembali mentadbir negeri Terengganu.
Menurut Abdul Hadi,kebiasaannya calon PAS berbaiah dengan membaca ikrar di hadapan Wakil Majlis Syura Ulama.
"Biasanya amalan ini dibuat di dalam biulik tetapi hari ini,kita buat di tengah padang dan saya meminta supaya calon kita ikut apa yang akan saya bacakan nanti," katanya ketika berucap di dalam ceramah itu.
Walau bagaimana pun Abdul Hadi tidak menjelaskan mengapa perbuatan itu dilakukan secara terbuka serta sama ada kandungan baiah tersebut sama sebagaimana yang pernah dilafaskan oleh calon-calon PAS sebelum ini.
Azlan berusia 48 tahun yang merupakan ahli perniagaan akan menentng calon Barisan Nasional (BN) yang merupakan bekas jurutera awam,Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berusia 37 tahun dalam Pilihan Raya Keil (PRK) itu.
Sementara itu,lafaz baiah tersebut berbunyi:
"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rsulnya serta patuh kepada arahan pucuk p[impinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah,Wallahi,Wabillahi,Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri ((ADUN),maka saya akan dilkaknat oleh Allah,Rasul,orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.
"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakankan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah,Wallahi,Wabillahi,Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."
Walaupun langkah yang dilakukan oleh PAS ia boleh ditakrif ianya merupakan satu-satunya langkah diluar
kelaziman. Pun begitu penulis tidak mahu mempertikaikannya.terserahlah kepada PAS dan rakyat Malaysia yang akan membuat kesimpulannya.
Selaku negara yang mengamalkan sistem demokrasi PAS memang berhak mempamirkan apa sahaja cara yang PAS fikirkan munasabah untuk dilakukan asalkan ianya tidak bertentangan dengan amalan yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
Ternyata akan ditomah dan dianggap oleh pembangkang semuanya tidak betul dan tidak munasabah belaka dan mereka akan bertegan urat merihnya memperdebatkannya dengan dalil-dalil yang kononnya betul belaka.
Contohnya? Baru-baru ini iaitu,ketika Parlimen Malayisa memangil Ahli-ahli Parliman yang menang pada PRU -13 dan kehadiran mereka di Parlimen diperlukan bertujuan agar semua ahli-ahli Parlimen yang berjumlah 222 kerusi Parlimen itu,mesti menghadirikan diri ke Parlimen untuk memilih Speaker Parlimen bagi penggal ke-13 di Parlimen.
Dalam konteks itu.Di hari persidangan itu,Setiausah Parlimen telah mengedarkan borang pengundian kerana pengundian hendak dilakukan secara sulit dan di borang itu disyaratkan setiap ahli-ahli Parlimen yang menang pada PRU-13 itu,baik dari Umno-BN mahupun dari pihak pembangkang itu sendiri hendaklah menuliskan nama mereka di borang-borang pengundian tersebut.
Pihak pembankang dari PAS,PKR dan DAP,dilihat rata-rata tidak bersetuju agar nama-nama ahli parlimen yang mengundi untuk memilih speaker itu dan menuduh Umno-BN semacam tidak percayakan pada ahli-ahli Parlimen Umno-BN itu sendiri yang sebanyak 133 orang itu.
Ada diantara Ahli-Ahli Parlimen dari ketiga-tiga parti pembangkang itu? Hanya baru berjaya jadi MP pada PRU-13,tetapi mereka adalah dari golongan peguam-peguam, dilihat begitu sibuk juga membantah dengan mengatakan tidak ada klause khas dalam peraturan Sidang Parlimen yang memerlukan nama-nama pengundi speaker itu perlu ditulis di dalam borang pengundian itu.
Dalam konteks itu? Setiusaha Parlimen, tidak ambil peduli dengan bantahan mereka itu .Setiausaha Parlimen berhujah bahawa prosuder itu telah biasa dijalankan sejak negara mula-mula merdeka dulu.Sedangkan ada diantara Ahli Parlimen itu ketika negara merdeka ternyata mereka masih belum lahir lagi ke dunia.
PERSOALANNYA SEKARANG?
DENGAN meminta Enchik Azlan Endot Yusof melafaskan Baiah terlebih dahulu seblum pun menanag dalam pertandingan itu? Tidakkah ini bererti PAS itu sendiri telah mempamirkan sikap yang TIDAK PERCAYAKAN terhadp iman,kejujuran dan keikhlasan Encik Azlan Endot Yusof itu?
Secara terang-terangan dikhalayak ramai PAS meminta Encik Azlan Endot Yusof melafaskan BAIAH (bersumpah)seperti yang tertera di atas itu.
Lazimnya! Cara ini bolehlah dikatakan tidak begitu manis,luar biasa dan sekaligus semacam memalukan Encik Azlan Endot Yusof itu sendiri. Semacam tidak begitu percayakan keimanan dan ketaqwaan beliau selaku penganut agama Islam?
Speaker Parlimen, Pendikar Amin Mulia. |
KETIKA PARLIMEN MEMILIH SPEAKER BARU-BARU INI.
Sikap PAS menuduh Umno-BN semacam tidak percayakan Ahli-Ahli Parlimen sendiri disebabkan mengenakan syarat agar Ahli-Ahli Parlimen itu mesti menulis nama-nama mereka di borang pengundian speaker Parlimen itu?
Maka samalah juga ertinya yang PAS tidak percayakan keikhlasn Encik Azlan Endot Yusof, calon pilihan PAS sendiri?
Justeru itu diingatkan di masa-masa mendatanag, agar parti-parti pembangkang janganlah sewenang-wenang menuduh Umno-BN kononya pihak yang sering melakukan kesalahan?
Permbangkang kononnya suci bersih dari segala dosa dan noda dunia. Sedangkan pada ekor parti-parti pembangkang itu sendiri masih bergelumang dengan najis? Hanya kokoknya saja dilihat berderai-derai.Lainnya kosong melopong belaka.
Pepatah Melayu ada berkata: "Kata enggang paku serpih,kata oranag, tapi akulah yang lebih-lebih....." (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com., at 2134 hrs on Jukly 13,2013).
No comments:
Post a Comment