Thursday, July 18, 2013

Ashraf kahwin lain,Dayana tertekan

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN 

KUALA LUMPUR 18 Julai - Perkahwinan kali kedua pelakon Mohd. Ashraf Muslim, 32, dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, pada 7 Julai lalu di Thailand, memberi impak besar kepada isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26.

Noor Dayana walaupun secara zahir nampak tenang tetapi sebenarnya dia tertekan dengan perbuatan suaminya yang berkahwin secara rahsia.

Bapanya, Lokman Abdul Hamid, 54, ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini berkata, anak perempuannya itu tidak mahu diganggu buat masa sekarang.

"Anak saya sangat tertekan ketika ini dan harap dia tidak diganggu dalam tempoh terdekat ini," katanya. 

Lokman yang juga Pengasas Pusat Perubatan Islam Al- Hidayah itu berkata, apa yang terjadi bukan sahaja memberi tekanan kepada anaknya, malah seluruh ahli keluarga.

Media hari ini melaporkan pelakon drama bersiri popular Ustaz Amirul membuat pengakuan yang dia telah bernikah kali kedua dengan Wan Sakinah dan menarik balik permohonan untuk berpoligami di mahkamah. - UTUSAN ONLINE -HIBURAN.( Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com., at 1846 hrs on July 18,2013.

No comments: