Saturday, July 20, 2013

Datuk Dr.Rahman Ismail: Merasmikan majlis penutup " Tadarus Al-Quran" anjuran Persatuan Ibu-Ibu tunggal Lembah Keramat,di Hulu Kelang.


Sebahagian dari para ibu-ibu tunggal itu sedanag khusyuk mendengar ucapan dari Datuk Dr. Rahman Ismail yang merupakan nasihat yang tulus ikhlas.
                         
                         

Oleh:Haji Abu Bakar Ninggal
July 20,2013 at 8.48pm.

Bulan Ramadan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, " Apabila tiba bulan Ramadan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan  pintu-pintu neraka lalu diikat semua syaitan,".

Sabda baginda dalam hadis yang lain: "Jika umat manusia ini mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadan."
Dari kiri:Cikgu  Zakariah Husin, Pengurus Dewan Rukun Tetangga, Dautk Dr.Rahman Ismail,Prsiden Gabungan NgoNgo Gombak dan Kpt.(B). Hj.Yusof,Naib Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak

KELEBIHAN YANG ADA DI DALAM BULAN RAMADAN.


1.Setiap amal kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

2.Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

3.Ramadan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertama dipenuhi dengan rahmat Allah,bahagian keduanya dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.

4.Dituntut suopaya mengerjakan solat sunat terawikh,wirir dan solat-solat sunat yang lain.

5.Banyakkan berdoa,berzikirselawat,membaca al-Quran,bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

6.Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

7.Memberi makan kepadam mereka yang hendak berbuka puasa.

8.Menggandakankan amalan sunat terutamanya pad 10 hari terakhir Ramadan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam "Lailatul Qadar" seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

9.Menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mendirikan  qiamullail terutama pada 10 hari terakhir.
Puan Rosnah Abdul,sedang berucap

Berdasarkan dengan kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan Ramadan itu? Maka "Persatuan Ibu-Ibu Tunggal"Lembah Keramat,di Hulu Kelang,di bawah pimpinan Puan Rosnah Abdul telah mengadakan majlis amal itu.

Puan Rosnah Abdul dan AJK-nya dilihat semacam tidak mahu ketinggalan mengambil kesempatan untuk melakukan amal ibadah yang besar ganjarannya di bulan mulia,pada bulan Ramadan,pada tahun ini,denga cara mengadakan majlis Tadrus al-Quran secara beramai-ramai di Dewan Rukun Tetangga,di Lembah Keramat,di Hulu Kelang,Selangor,pada pagi ini.

Penulis difahamkan oleh Puan Rosnah Abdul,bahawa majlis tersebut bermula kira-kira jam 9.00pagi dan berakhir kira-kira jam 11.00 pagi dalam suasana yang penuh dengan kemeriahan.
Datuk Dr.Rahman sedang memberi ucapannya

Sebanyak 140 orang golongan ibu-ibu tunggal di kawasan Lembah Keramat,Hulu Kelang, telah menjayakan majlis amal "Bertadarus al-Quran" bersempena dengan bulan yang mulia dan penuh berkat itu iaitu di bulan Ramadan pada tahun ini.

KAMI dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang diketuai oleh Datuk Dr.Rahman Ismail dan diiringi oleh Naib Presiden Gabungan, Tuan Kpt. (B).Hj.Yusof dan penulis, tiba di majlis tersebut,kira-kira pada jam 11.15 pagi..

Kehadiran kaim di majlis tersebut disebabkan Datuk Dr.Rahman Ismail,Mantan Ahli Parlimen Umno Gombak,bagi penggal 2004-2008,dan pada PRU 13 ini beliau diangkat bertanding sekali lagi,selaku Ahli Parlimen (MP) Umno Gombak.

Sekaligus Datuk Rahman Ismail,sebenarnya adalah merupakan Penasihat Eksekutif kepada Persatuan Ibu-Ibu Tunggal,Lembah Kelang,dan beliau diminta oleh pihak penganjur majlis tersebut untuk melakulan majlis penutup majlis "Tadarus al Quran" itu.

Datuk Dr.Rahman Ismail, ketika memberi ucapan sebelum merasmikan majlis penutup majlis "Tadaru al-Quran" itu telah memberi ucapan rengks.

Secara santai beliau dilihat telah melontarkan nasihat-nasihat kepada ibu-ibu tunggal itu dan isi kandungan ucapan beliau itu boleh ditakrifkan bahawa beliau semacam mahu menghiburkan hati nurani ibu-ibu tunggal itu, walaupun hidup di dalam keadaan penuh delima sebagai ibu-ibu tunggal?
Sebahagian lagi: Ibu-Ibu Tunggal yang mengambil bahagian pada majlis 'Tadarus al-Quran" di Dewan Rukun Tetangga,di Lembah Keramat,Hulu Kelang pagi ini.
"Anda hendaklah selalu berkata-kata dan membayangkan soal-soal yang baik-baik belaka di setiap ketika iaitu di ketika anda yang sedanag mengharungi kehidupan yang mencbar itu.

"Jika anda sering membayang-bayangkan hal-hal yang positif? Insya Allah anda akan menemui soal-soal yang positif kemudiannya kelak, percayalah..., "katanya.

Dalam konteks nasihat-nasihat yang diberikannya itu adalah lojik? Beliau telah memberi satu contoh yang menarik,bertitik tolak dari hasil kajian oleh ahli-ahli sains kedotoran yang mana kajian-kajian mereka itu telah dilakukan oleh ahli-ahli sains kedoktran yang arifbillah dan ketepatannya hasil dari kajian itu amat positif sekali.Contoh yang diberi oleh Datuk Dr.Rahman Ismail itu amat senang sekali untuk difahami.,

"Anda ambil dua mangkok besar. Pada magkok pertama dan kedua itu anda isikan dengan air. Kemudian air yang ad di dalam magkok yang pertama itu,hendaklah anda sebutkan dengan perkataan yang baik-baik belaka,dan lakukan tiap-tiap hari hingga seminggu lamanya.

Datuk Dr.Rahman sedang menyampaikan hadiah bunga telor
"Pada mangkok yang satu lagi itu,pada air itu anda sebutkan setiap hari juga dengan perkataan dan kata-kata yang negatif sifatnya iaitu, dengan kata-kata supmah seranah dan sebagainya dengan bermacam-macam hal yang bersifat negatif, hingga seminggu juga." ujatnya.

Menurutnya,pada hari ketujuh anda akan mendapati bahawa air yang ada di dalam dua mangkok itu keadaannya akan berubah sama sekali.

Disebabakan pada air di dalam mangkok yang pertama itu, setiap hari, anda telah bercakap dan berkata-kata dengan menggunakan perkataan yang baik-baik yang bersifat positif belaka?

Maka air yang berada di dalam mangkok pertama itu akan menjadi suci besih dan lebih bersih dari air yang asalnya yang anda masukan itu. Ia disebabkan setiap hari anda telah berkata-kata dan berdoa yang baik-baik pada air tersebut.

Manakala pada mangkok yang kedua itu pula? Hasil dari kata-kata sumpah seranah yang anda sebutkan ke air itu, setiap hari, dengan kata-kata yang berupa sumpah seranah dengan perkataan yang bersifat negatif?

Maka anda akan lihat air itu akan menjadi kotor-bolor akibat oleh perkataan-perkataan negatif yang telah anda hamburkan setiap hari ke air yang anda masukkan di mangkok yang kedua itu.

Sebelum berpisah dari majlis itu,AJK Persaatuan ibu-ibu  tunggal,Lembah Keramat itu ingin mengabadikan kenagan indah dengan bergambar beramai-ramai di Dewan Rukun Tetangga,di Lembah Kermat,Hulu Kelang,pagi ini.
"Kita harus ingat! Bahawa setiap perkataan yang kita sebut dan yang kita telah keluar dari mulut kita itu,ia merupakan doa.Justeru itu hendaklah kita sentiasa membayangkan soal-soal positif dan berkata-kata dengan hal-hal yang baik-baik belaka.

"Jika doa kita bersifat baik dan positif? Insya Allah! Kita akan dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan benda-benda yang baik belaka," katanya.

Dalam konteks ini katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:" Janganlah bercakap melebhi dari zikirullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah."

MEMBERI PUJIAN

Ketika hendak mengakhiri ucapannya di pagi yang mulia dan penuh dengan berkat itu? Penulis lihat Datuk Dr.Rahman Ismail,dilihat telah memuji-muji Persatuan Ibu-Ibu Tunggal,di Lembah Keramat,Hulu Kelang.

Sekaligus beliau telah melontarkan ucapan tahniah atas kejayan Persatuan Ibu-Ibu Tunggal,Lembah Keramat,Hulu Kelang yang telah berjaya mengadakan program majlis "Tadarus al-Quran" bersempena dengan bulan puasa( bulan Ramadan) yang merupakan bulan untuk umat Nabi Muhamad s.a.w.

Sesungguhnya,apa yang telah dilakukan oleh Persatan Ibu-Ibu Tunggal,Lembah Keramat,Hulu Kelang ,di pagi ini,di bawah pimpinan Puan Rosnah Abdul,ia merupakan satu usaha yang paling suci murni di sisi Allah s.w.t.dan diharapkan akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.1000 kali ganda pahalanya.

Ketika hendak meninggalkan Dewan Rukun Tetanga itu, Datuk Dr.Rahman Ismail,mengambil kesempatan kepada semua  ibu-ibu tunggal, di Lembah Keramat yang masih berada di dalam dewan tersebut itu dengan melafaskan ucapan ribuan terima kasih kerana telah mengundi beliau selaku calon Ahli parlimen Umno, di Gombak,pada PRU-13,pada tanggal 5 hb.Mei 2013 walau pun beliau telah tewas pada pertandingan itu.

Beliau begitu yakin bahawa dari jumlah undi yang beliau dapat dari kawasan Parlimen Gombak sebanyak 50,093 undi itu? Bahawa ibu -ibu tunggal dari Persatuan Ibu-Ibu Tunggal,Lembah Keramat,adalah di antara
pengundi tegar yang mengundi beliau.

Azmin ditaksirkan mendapat undi orang Melayu,dari penyokog PKR dan PAS di Parlimen Gombak, paling banyak,setakat 30,000 pengundi sahaja.Undi Cinalah yang menyelamatkan Azmin dari teresungkur.(Posted by abnmulya at 2048 hrs on July 20,2013).

No comments: