Wednesday, July 10, 2013

Datuk Dr.Rahman Ismail : Walaupun kalah pada pertandingan PRU-13,namun terus mendekati rakyat

Nombor tiga dari kanan: Datuk Dr.Rahman Ismail,sedang menjamu selera bersama-sama tokoh-tokoh pemimpin Gelanggang PSSGM di malam tersebut.



Oleh: Haji Abu Bakar Ninggal
July 11,2013 at 5.15 pm.

Pilihan Raya Umum (PRU-13) telah berlalu lebih dua bulan yang lalu dan keputusan telah dimaklumi oleh rakyat. Parti Umno-BN masih menguasai kerajaan pusat dengan memenangi 133 kerusi Parlimen.Sementara parti pembangkang hanya  berjaya memenangi  sebanyak 89 kerusi sahaja.

Dengan kemenangan sebesar itu? Maka kepunanlah parti -parti pembangkang untuk berada di Putrajaya. Rakyat dilihat masih belum mahu lagi memberi peluang kepada parti-parti pembangkang berkuasa di pusat pemerintahan Malaysia.
Datuk  Dr.Rahman bersama tokoh-tokoh Silat Gayung 
Hakikat ini mesti difahami oleh parti-parti pembangkang.Bahawa lazimnya langit itu tidak selalu cerah.Adakalanya langit itu diseraputi dengan jerubu akibat pembakaran hutang yang tidak menetu.

Negri Kedah yang ditawan oleh pembangkang pada PRU-12 dulu itu telah berjaya dirampas semula oeh Umno-BN pada PRU-13 ini. Kini pembangkang hanya menguasai 3 negeri sahaja iaitu Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan.Kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pun pada PRU-13 ini Umno-BN telah menambah jumlah kerusinya.

Sejak keputusan PRU  ke-13 itu telah selesai diumumkan oleh SPR dan calon-calon yang menang dan kalah semuanya sudah mengetahui akan pengaruhnya masing-masing iaitu setakat mana populariti mereka terhadap rakyat yang menjadi pengundi di kawasan-kawasan yang mereka tanding itu.

Ada diantaranya setelah kalah pada PRU ke-13 itu? Lantas tidak kelihatan muka hidungnya apatah  lagi untuk turun padang mendekati rakyat di kawasan yang mereka telah bertanding itu.

Datuk Dr.Rahman telah dikalongkan "Selendang Panglima"
Mereka itu dilihat semacam sudah putus asa akibat kekalahan itu kerana ada diantaranya sudah mencuba nasib bertanding pada dua kali PRU namun pada PRU ke-13 ini pun kecundang juga.Nasib baiknya semacam tidak ada di situ.Tak usaha cuba lagi pada PRU -14 nanti.

Ada diantaranya baru sekali bertanding? Kerana ketidak popular namanya di dalam kawasan DUN yang ditandingnya itu? Maka dia pun kecundang jua walaupan pada andainyanya dia akan mendapat kemenangan dengan laluan yang amat senang.

Beliau berpendapat bukan sahaja beliau mampu mengalahkan musuh politiknya di kawasan DUN, malah beliau beraggapan jika pucuk pimpinaan parti pusat memberi peluang bagi beliau bertanding di kawasan Parlimen sekalipun? Kononnya beliau akan menang dengan laluan yang mudah.?

Beliau langsung tidak mampu membuat penilaian bahawa pertandingan untuk menang kerusi DUN atau Parlimen,bermula pada PRU ke-12 dan ke -13  bukanlah semudah yang dikira seperti pertandingan-pertandingan pada PRU 30 tahun yang lalu.

Datuk Dr.Rahman sedang menyerahkan selendang panglima pada salah seorang murid Silat Gayng gelanggang PSSGM di Daerah Gombak Utara.
Ketika itu seseorang calon dari Umno hanya dengan letak songkok sahaja? Seseorang calon itu boleh menanag dengan mudah. Kini panaroma  politik Malaysia sudah berubah landskapnya.

Landskapnya telah berubah iaitu bermula tsunami politik Malaysia yang telah mula melanda Malaysia dari PRU -12 hingga PRU-13 dan mungkin seterusnya,jika tidak dijaga betul-betul hati nurani rakyat di kawasan-kawasan tersebut khas di Gombak? Memang susah hendak menang kucuali ada kuasa ghaib yang menolongnya.

Senario politik Malaysia telah berubah amat ketara.Jika calon-calon yang bertanding di sesuatu kawasan pilihanraya itu turun padang dengan sifat sombong dan bongkak dan tidak ambil peduli dengan nasib rakyat di kawasan yang mereka bertanding nak jadi (Yang Berhormat)itu?

Maka rakyat dan pengundi-pengundi di kawasan tersebut pun tidak ambil peduli dengan anda. Setengah-tengah  pengundi-pengundi itu kini suda ada calon-calon dan parti alternatif yang menjadi pilihan mereka.

 Murid-murid Silat Gayung dari gelanggan PSSGM sedang tangkas menunjukan silatnya pada Majlis Perasmian di malam tersebut.
Dia membuat andaian dsengan begitu yakin pasti akan dapat mengalahkan calon Parlimen dari parti pembangkang itu dengan majoriti yang besar konon.

Malangnya bila diberi peluang bertanding di kawasan DUN pun? Ternyata akibat syok sendiri dan akibat ditimpa perasaan dan akibat bergaduh-gaduhan cara senyap-senyap sesama sendiri di kalanagn calon-calon di dalam parti yang sama juga pada PRU-13.

Beliau telah kalah teruk dengan calon pembangkang yang dianggapnya begitu mudah untuk beliau  mengalahakannya tanpa membuat kajian yang lebih mendalama.

Inilah angan-angan Mat Jenin namanya.Inilah sikapa syok sendiri dan ditimpa perasaan dipanggil orang. Tanpa mahu bekerja keras terlebih dahulu? Dia/mereka dilihat begitu berani mendahului kuasa dan ketentuan Allah SWT. Beranai meramlakan bahawa dia/mereka akan menanag dengan mudah kononnya.
Berkumpul beramai-ramai sebelum acara berarak menuju ke rumah warisan.

Akhirnya, sifat syok sendiri, bak Mat Jenin,serta angkuh dan sombongnya yang tidak menentu itu? Lantas
mengakibatkan berkesudahan bahawa dia/mereka telah menikam diri mereka senidiri. Dan sakitnya tikaman itu amat parah lukanya. Tidak tertanggug badan rasanya.

Mengakibatkan dia/mereka telah menerima kekalahan dengan jumlah undi yang besar di tangan pihak pembangkang yang mana sebelumnya dianggapnya bahawa calaon-calon pembangkang itu hanya merupakan calon-calon kacang dan calon-calon kangkong sahaja itu?

Setelah kalah teruk dengan keputusan yang amat memalukan? Walaupun jawatannya di dalam parti memerlukan beliau tampil ke semua kawasan yang harus dijaganya demi kekuatan parti untuk menghadapi PRU-14 nanti?

Tetapi sayanagnya,muka hidungnya tidak kelihatan lagi di khalayak ramai.Mungkin mereka sudah putus asa ataupun merasa malu akibat mereka ini telah kepunan tidak berjaya hendak dapat gelaran Yang Berhormat (YB) pada PRU-13 itu.

Begitu segak dan gagah kelihatan ketika mereka sedang memakai  baju panglima berwarna hijau sedondong
Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin politik jenis semacam ini? Ia boleh dikatakan bahawa mereka ini sebenarnya tidak boleh jadi pemimpin sesebuah parti yang boleh diharapkan akan dapat membela nasib rakyat jelata dan mampu mempertahanklan negara agar tidak jatuh di tangan orang lain.

Mereka ini terlalu lemah semangat dan terlalu cepat berputus asa di dalam perjunagan. Sedangkan tiap-tiap perjuangan di dalam politik itu tidak boleh begitu. Ia memerlukan ciri-ciri semangat yang kental dan tenaga yang bersifat waja dan sentiasa bersiap siaga.

PENULIS KAGUM

Jika anda sanggup berbuat begitu barulah cita-cita dan harapan untuk membela negara,bangsa dan agama itu akan berjaya.Jika anda tidak sanggup? Anda hanya mahu memetik buah hasil perjuangan anda dalam masa yang begitu cepat? Sory...lah...

Adalah lebih baik anda menjauhkan diri dari parti politik yang anda ceburi itu. Dan parti Umno tidak perlu menerima orang-orang yang sikapnya mudah berputus asa dan kecewa bila menempuh kekalahan.

Kumpulan gemilan sentiasa mengiringi gendang dan lagunya ketika setiap acara silat dipersembahkan kepada hadirin pada malam itu.
Sesungguhnya,penulis sangat kagum dengan sikap yang telah ditunjukkan oleh Mantan Ahli Parlimen (MP) Umno Gombak,bagi PRU penggal 2004 hingga 2008,Datuk Dr.Rahman Ismail,Ketua Cawangan Umno, Taman Selayang dan merangkap Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang sangat aktif mendekati rakyat Gombak didalam Parlimen Gombak, sejak dua setengah tahun yang lalu hingga mutakhir ini.

Datuk Dr.Rahman Ismail ini dah pernah menjadi Ahli Parlimen (MP) Umno Gombak,pada PRU-11,pada  2004 hingga 2008. Dengan kata laian? Beliau sudah pernah memiliki panggilan hormat selaku 'Yang Berhormat" (YB) dengan majoriti undi hampir 13 ribu undi. Pada PRU-12 beliau tidak bertanding.

Tetapi pada PRU-13 ini walaupun beliau hanya sebagai Ketua Umno Cawangan Taman Selayang sahaja? Tetpai Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak,telah memilih Datuk Dr.Rahman Ismail,bertanding sebagai caloh Parlimen Umno,di kawasan Parlimen Gombak.

Akibat PRU-13 ini telah menyaksikan Tsunami Pengundi Cina telah menolak Umno-BN ? Maka Datuk Dr.Rahman Ismail kalah ditangan pembangkang di Parlimen Gombak. Datuk Dr.Rahman Ismail memungut sebanyak 50,093 undi dan pembngkang memungut sebanyak 54,827 undi.

Berdiri tegak sedang menyanyi lagu rasmi PSSGM.  Di anatra senikatanya ialah : Seni gayong  payung pusaka.Naungan anika hikmat mulia.Rahsia tersimpan dipurbakala.Ilham menyusul zahir  semua.
Pada PRU-13 ini Umno-BN Gombak,di Parlimen Gombak itu sendiri telah berjaya mengurangkan majoriti pembangkang dalam jumlah undi yang besar.

Pembangkang menang di Gombak disebabkan mendapat sokongan undi dari kaum Cina yang amat ketara. Tanpa sokongan undi Cina di Gombak? Sudah pasti pembangkang akan gulong tikar.

Sementara tiga lagi calon Umno-BN di 3 kawasan DUN pun kecundang juga.Datuk Dr.Rahman Ismail telah mendapat kurang 2% dari jumah undi Cina di dalam Parlimen Gombak itu sendiri sebanyak 29,000 oprang pengundi.

Sedangkan undi Melayu berpecah tiga.Satru bahagian untuk Umno-BN. Dan satu bahagian lagi unuk PAS.Sementara satu bahagian lagi untuk PKR.  Dengan kata lain di kawasaan m ajoriti penduduk Melayu? Undi Melayu berpecah tiga.

Tapi undi Cina tidak berpecah,bersatu padu menyokong PAS dan PKR. Faktor itulah yang menyebabkan Umno-BN kalah di Gombak.

TETAP TURUN PADANG MENEMUI RAKYAT WALAUPUN TEWAS.

Walaupun kalah untuk merebut kerusi Parlimen Gombak? Pun begitu, Datuk Dr.Rahman Ismail,tetap menganggap bahawa jumlah undi sebanyak 50,093 undi yang teklah diberikan oleh rakyat di kawasan Parlimen Gombak itu sebagai ( fix deposit) dari rakyat dari 3 kawasan DUN dan Parlimen Gombak  terhadapnya.

Justeru itu belia tetap terus dengan programnya tetap turun padang bersama rakyat dan beliau berhasrat akan  membalas segala sokongan yang telah diberikan oleh rakyat di kawasan Parlimen Gombak itu.

Pada jam 9.00 malam,pada tanggal 07 hb.Julai 2013  yang baru berlalu, Datuk Dr.Rahman Ismail telah djemput dan hadir selaku tetamu VIP pada Majhlis Malam Perasmian  Gelanggang (PSSGM) Cawangan Daerah Gombak,di Rumah Warisan,di Batu 9 ,di Gombak Utara,Gombak.

Pada mlam yang mulia dan bersejarah itu, Datuk Dr.Rahman telah dianugrerah dan dikalongkan dengan Selendang Panglima dan kemudiannya Datuk Dr.Rahman Ismail,diminta untuk menyampaikan pula Selendang keapda beberapa orang anggota di dalam kumpulan Gelanggang PSSGM itu.

Seminggu sebelum itu Datuk Dr.Rahman Ismail telah dijemput dalam satu Majlis Kenduri,semepna hendak menyambut ketibaan bulan (Ramadan Al-Mubarak) anjuran oleh Tok Batin Orang-Orang Asli Islam, di Batu 12 di Gombak Utara.

Disebabkan penulis pun punya program sendiri pada malam tersebut? Maka tidaklah dapat penulis turut sama menyertai majlis kenduri itu.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1715 hrs on July 11,2013.

No comments: