Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan kesan dakwat kekal pada jarinya selepas enam hari kepada media di Dewan Serbaguna Pangkalan Udara Gong Kedak, Kuala Besut semalam.
BESUT 20 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan berhadapan masalah untuk melaksanakan sesuatu pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan jika Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) digugurkan.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, seksyen itu melarang campur tangan mahkamah ke atas daftar pemilih yang diwartakan, tidak boleh digugurkan bagi melancarkan proses pilihan raya.
"Jika kita benarkan daftar pemilih dicabar di mahkamah, bila kita nak buat pilihan raya? SPR nak guna daftar pemilih yang mana kerana orang asyik mencabar di mahkamah.
"Kalau parti politik atau orang ramai secara berterusan mencabar keputusan mahkamah, kita tidak dapat buat pilihan raya," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas gesaan pembangkang supaya kerajaan menggugurkan pindaan Syeksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak.
Wan Ahmad berharap, semua pihak termasuk pembangkang yakin dengan daftar pemilih SPR kerana ia melalui beberapa proses perundangan sebelum diwartakan.
"Sebelum SPR gazetkan daftar pemilih, ia telah melalui pelbagai peringkat proses undang-undang.
"Kita buka kepada proses bantahan, siasatan awam, pengesahan bantahan sebelum ia boleh digazetkan," katanya.(Utusan online-Dalam Negri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com., at1445 hrs on July 21,2013.
No comments:
Post a Comment