Tun Dr.Mahathir Mohamad |
Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya rusuhan kaum.
"Kata benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas. Nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tidak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," katanya.
Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga Proton di Shah Alam, semalam, dan berpendapat hukuman keras harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai pengajaran.
"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.
Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai selepas memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.
Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 18 orang balu, anak-anak pekerja Proton dan 53 anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Baitul Hidayah. - Bernama,(Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com., at 1322 hrs on July 17,2013).
No comments:
Post a Comment