Perdana Menteri Malaysia ke-6,Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berucapa di Parlimen. |
Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Sabtu,July 27,2013. at 4.06 pm
Tepat pada jam 10.00 malam,pada tanggal 24 hb.July 2013 semua orang di Malaysia telah dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya,oleh En.Rahim Jusoh,di Pusat penjumlahan rasmi,di Dewan Majlis Daerah,Gong Gemuntong,Jertih, menerusi TV bahawa Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut,di Terengganu yang dikuasai berterusan sejak 2004 memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada pagi hingga jam 5.00 petang di hari tersebut.
Tengku Zaihan Che Ku Abd.Rahman |
Keputusan yang sekali lagi dibuat oleh pengundi,di kawasan majoriti
Melayu itu memberikan signal dan makna yang amat besar bagi Umno-BN untuk kembali mengstabilkan pemerintah negeri Terangganu dengan kelebihan kerusi (17-15).
Dengan keputsan itu sekaligus menutup rapat peluang PAS yang mengharapkan pengundi di Kuala Besut memenangkan PAS untuk mencipta sejarah untuk menjadikan DUN Terengganu tergantung tidak bertali apabila jumlah kerusi dapat disamakan melalui kempen 16-16 dan memaksa pilihan raya Negeri Terangganu diadakan.
Ini adalah ketentuan Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui dan Maha Adil.Harapan PAS itu tidak direstuiNya. Pasti ada hikamhNya disebalik keputusan itu kenapa Allah s.w.t.menyebelahi Umno-BN.
En Endot @Azlan Yusof |
Apa yang lebih menggembirakan Umno-BN kerana telah memenangi di semua pusat daerah mengundi (PDM) termasuk di Kampung Nangka dan Bukit Puteri yang tewas sebelum ini.
Pada (PRK) di Kuala Besut yang telah berlangsung pada 24 hb.July,2013 (BN) telah mencatatkan sedikit pertambahan majoriti yang dikaitkan dengan penurunan peratus keluar mengundi daripada 87% pada PRU-13 pada 5 hb.Mei 2013 yang lalu kepada 80% pada (PRK) 24 hb.July 2013.
Sebanyak 16,534 pengundi termasuk 55% daripadanya merupakan pengundi-pengundi muda telah menunaikan tanggungjawab mereka di (PRK) Kuala Besut itu.Sebelum itu iaitu pada hari Sabtu,sebanyak 1,148 orang pengundi terdiri daripada anggota tentera udara dan isteri-isteri mereka telah mengundi.
Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut diadakan akibat kematian Dr.Rahman Mokhtar,pada 26 Jun 2013 yang mewakili Umno-BN pada PRU-13 yang lalu. Semasa Allah Yarham mempertatahankan kerusi yang disandang oleh beliau sejak PRU-12,pada tahun 2008 dengan majoriti 2,434 undi untuk menewaskan calon PAS,Napisah Ismail.
ULASAN OLEH PARA BLOGER
Menjelang tibanya hari mengundi pada 24 hb.July,2013,lazimnya boleh dikatakan begitu ramai pengulas-pengulas politik tanah air telah membuat ulasan.Ada yang bersifat posotif dan ada yang bersifat negatif terhadap Umno-BN.
Dari tulisan-tulisan yang begitu banyk itu, penulis lihat terlalu sedikit yang membuat ulasan yang positif bahawa Umno-BN akan dapat mempertahankan kerusi penting DUN di Kuala Besut itu.Demi mengelakkan agar tiodak terjadi kerusi DUN Negeri Terengganu itu tergantung jadi (16-16).
Penulis 2 hari sebelum tiba hari mengundi pada (PRK) di Kuala Belut itu? Penulis dengan tegas telah menulis di blog penulis,dengan tajuk:
Setelah keputusan (PRK) di Kuala Besut itu menyaksikan Umno-BN menang dengan majoriti yang bertambah.Banyak kawan-kawan politik penulis dan para pembaca yang sentiasa mengikuti tulisan-tulisan penulis di blog penulis telah mengucapkan tahniah bersabit dengan ketepatan ulasan yang penulis buat itu.
ULASAN YANG BERSIFAT PERANG PSIKOLOGI
Jika diteliti segala ulasan-ulasan yang pro PAS di Harakah Daily on line? Rata-rata kita lihat ulasan-ulasan yang mereka buat itu tidak lojik sama sekali,tidak berpijak di bumi nyata.
Hujah-hujah yang mereka paparkan itu, rata-rata bersifat "perang psikologi" untuk menyedapkan hati pengikut-pengikut PAS itu sendiri agar bekerja dan terus bekerja kuat menjalankan kempen-kempen politik mereka di (PRK) Kuala Besut itu hingga tiba hari mengundi dan jangan mudah berputus asa.
Macam-macam ulasan politik yang negatif telah dilemparkan oleh para pemimpin PAS terhadap Umno-BN pada kempen PRK di Kuala Besut itu.Sehinggakan projek yang bernilai ratusan juta ringgit untuk membangunkan beberapa projek yang bakal akan dilakukan oleh Umno-BN dituduhnya semua resuah belaka.
Isu majoriti yang Umno-BN perolehi sebanyak 2434 undi yang Allahyarham Dr.Abdul Rahman Mokhtar miliki pada PRU-13 akan dapatkah mereka kejar? Langsung tidak disentuh dan diperkatakan oleh pemimpin besar PAS?
Jumlah majoriti sebesar itu bukan senang hendak dikejar? Salah-salah kejar akan tersungkur kerana kepenatan yang tidak dapat ditanggung oleh anggota tubuh badan.
PENENTU MASA DEPAN MOHD NAJIB TELAH TERJAWAB PADA (PRK) KUALA BESUT.
Sebenarnya penulis tidak mahu mengulas tentang keputusan rasmi berhubung dengan (PRK) di Kuala Besut,di Terengganu ini.
Ia disebabkan ulasan penulis yang mengatakan "Menurut hukum akal sukar PAS nak menang pada PRK di Kuala Besut," itu telah jadi kenyataan. dan Umno-BN telah menambah majoriti kemenangan di Kuala Besut.
Yang membuat penulis terpanggil untuk menulis dan membuat ulasan di sini ialah disebabkan bertitik tolak dengan sebuah tulisan oleh penulis blog dan wartawan tempatan yang terkenal yang pernah bekerja di akhbar Straits Times dan Berita Harian suatu masa dulu.
Tulisan beliau itu tidaklah diketahui semada disengaja atau tidak sengaja?Yang nyata dalam tulisan itu beliau dilihat semacam tidak begitu tertarik dengan mutu kepimpinan Datuk Seri Najib.
Dalam isu Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut pula?Beliau dilihat tidak merasa begitu optimis bahawa Umno-BN akan menang pada (PRK) di Kuala Besut.
Beliau sedar bahawa majoriti yang di sandang oleh Allahyarham Dr.Abdul Rahman Mokhtar,dari Umno, adalah besar dan sudah pasti susah bagi penetangnya(PAS) akan dapat mengatasinya.Majoriti yang dimiliki oleh arwah Dr.Rahman bukan berjumlah 10 undi,100 undi atau 500 undi.Bahkan lebih dari 2000 undi.
Apatah lagi kawasan DUN di Kuala Besut itu telah dirampas oleh Umno-BN sejak PRU pada tahun 2004 dan pada PRU 2008 pada PRU-13 pun telah dimenangi oleh Umno-BN yang di wakili oleh Dr.Abdul Rahman Mokhtar sebagai calonnya.
Dengan kata lain kawasan DUN Kuala Besut adalah merupakan kubu kuat Umno yang sukar hendak diganggu gugat oleh PAS.Kawasan DUN Kuala Besut itu termasuk di dalam Kawasan Parlimen Besut,dimana Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Ketua Bahagiannya.
Semua orang tahu bahawa pengundi-pengundi di dalam kawasan Parlimen Besut dan di Dun Kuala Besut sangat hormat dan sayang pada Datuk Seri Idris Jusoh yang merupakan panglima besar yang berjaya merampas semula kuasa politik dari PAS di Terengganu pada PRU-2004 dulu.
Keputusan yang dicapai oleh Dr.Abdul Rahman Mokhtar dengan majoriti 2434 tidak boleh di samakan dengan isu UMNO-BN di Kuala Terengganu pada PRU-2008,Ahli Parlimen Umno-BN,Razali Ismail, meninggal dunia. Allah Yarham menang pada PRU-2008 dengan majoriti 628 undi saja.
Pada ( PRK) di Kuala Terewngganu itu Wan Farid Wan Salleh,calon Umno-BN kalah kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan defisit undi sebanyak 2,631.Menurutnya tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 hb.July 2013 akibat penyandang kerusi DUN Kuala Besut,Dr.Abdul Rahman Mokhtar meninggal dunia.
Kejadian itu tidak sesiapa pun menafikan ianya telah terjadi? Tetapi harus diingat bahawa senario politik di tahun 2008 itu sangat berbeza denagn senario politik di hari ini.
Pada tahun 2008 adalah merupakan tahun tsunami politik telah melanda Malaysia akibat angin reformasi laungan Anwar Ibrahim berada di kemuncak kegemilangan., Dan dasar dan konsep perjuangan parti PAS pada masa itu masih tulin iaitu PAS berjuang bersama Islam.
Kewibawaan tokoh-tokoh parti-parti dalam "Pakatan Rakyat" ketika itu masih belum diuji pada tindakan dan kebolehannya?Dari segi pidato sahaja mereka dilihat hebat dan pempesonaka terutama dengan krisma Anwar Ibrahim yang pakar berpidato.
Tetapi setalah diuji oleh Allah S.W.T. kebolehan mereka di 4 negeri yang mereka kuasi pada PRU-12,pada tahun 2008? Ternyata mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai mentadbir negeri selicin dengan pentadbiran oleh Umno-BN.
Setelah diuji oleh Allah s.w.t. denagn diberi kuasa politik pada 4 negeri.Di Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan di Kelantan? Mereka di dalam Pakatan Rakyat ini? Nyata hanya indah khabar dari rupa. Kosong melopong. Pakatan Rakyat hilang kuasa politik di Kedah pada PRU-13. Umno menambah kemenangan kerusi di Parlimen dan di DUN di Kelantan.
Ini membuktikan rakyat Kedah telah menolak PAS dan Pakatan Rakyat akibat tidak cekap menguruskan kepentigan rakyat Kedah itu sendiri?
Parti PAS pula kini dasarnya telah berubah lebih pentingkan rakan kompononnya dari isu yang penting-penting PAS dilihat mutakhir ini telah mengambil sikap membisu. Contohnya? Pada isu Morino,Duta Vatican City ke Malaysia dan juga tentang isu Alvin dan Vivian? PAS dilihat mengambiul sikap membisu 1000 bahas.
Selaku parti yang berkonsepkan "berjuang bersama Islam" seharusnya PAS mesti mengeluarkan kenyataan yang tegas mengkutuk keras bersabit dengan kedua isu itu. Bukan dengan cara mengambil sikap membisu pada soal yang paling asas dan penting pada penganut agama Islam di Malaysia yang sudah ada golongan asing berani memperkecil-kecilkan kedaulatannya?
JanganlahPAS berfikir bahawa sikap membisu yang telah dipamirkan oleh PAS itu tidak akan menggoreskan hati-nurani umat Islam di Malaysia? Penyokong Melayu Islam tidak sebodoh apa yang dianggap oleh PAS.Mereka sentiasa mengikuti dan meneliti segala gerak geri PAS dari masa ke masa.
Pada hemat penulis jika PAS terus bersikap demikian rupa? Percayalah! Penyokog-penyokog PAS yang beragama Islam secara perlahan-lahan akan menjauhkan diri dari PAS dan keyakinan orang Melayu yang beragama Islam akan terhakis.
Justeru PAS harus ingat kemenangan yang mereka dapat di Selangor? Adalah disebabkan undi Cina semuanya mengundi PAS dan PKR.Begitu juga terjadi di kawasan-kawasan lain di lain-lain negeri di dalam Malaysia.
Jika Umno akan bekerja kuat menambah dan mendaftarkan undi Melayu dengan serius di kawasan-kawaan yang Pakatan Rakyat menang itu untuk mengatasi undi Cina? Insya Allah! Umno akan dapat merampas semula kuasa politik di kawasan-kawasan tersebut.
Undi-undi orang-orang Melayu telah kembali mengundi Umno-BN. PKR/PAS hanya mendapat undi DARI pengundi Melayu di kawasan Bandar,di Selangor setakat 30% sahaja. Contohnya! Di (PRK) di Kuala Besut?
Kawasan yang kurang pengundi Cina? Maka tewaslah PAS dewngan teruknya. Ini harus direnungkan oleh PAS secara detail dan secara teliti. Kini rakyat tidak lagi boleh dibodohkan retorik-retorik yang palsu.
Rakyat akan menghakim PAS/PKR/DAP berdasarkan apa yang anda cakap dan kemudiannya menghitung apa pula yang anda telah lakukan.Adakah anda menepati segala janji-janji anda?
Anda jangan mengira bahawa anda boleh menipu rakyat sepanjang masa. Orang boleh tertipu hanya sekali. Tidak mungkin untuk kedua dan ketiga kalinya. Soprrylah.....beb....
ULASAN PM DAN TPM TERHADAP KEMENANGAAN (PRK) DI (DUN) KUALA BESUT.
Kemenangan Umno-BN pada (PRK) di (DUN) Kuala Besut itu adalah merupakan penentu masa depan bagi Mohd Najib masih menyerlah dan segala kesangsian oleh orang-orang tertentu tentang kewibawaan Mohd Najib selaku pemimpin Umno yang agung sekaligus telah terjawab.
Diharapkan pada orang-orang yang ragu-ragu tentang kewibaan Perdana Menteri kita, eloklah mengubah persepsinya itu. Jika dilihat PM kita agak tersasar pada isu-isu tertentu? Marilah sama-sama kita tegur dan meminta beliau membaiknya.Janganlah kerana sedikit kesilapan? Maka kita mahu segera mahu menukar pemimpin parti Umno-BN.
Suasana politik di dunia mutakhir ini, boleh dikatakan begitu kronik sifatnya.Walau pun kita berjaya menukar para pemimpin negara? Ia belum pasti keadaan politik dunia dan negara kita tidak bergolak? Keamana yang kita harapkan?
Sebaliknya keadaan politik yang tidak menetu pula yang akan menimpa negara kita.Lihatlah apa yang telah terjadi di banyak negara di dunia mutakhir ini? Sepeerti di Mesir,di Syria,di Tunisia,di Libya dan sebagainya.
Setelah mereka berjaya menukar para pemimpnnya? Bukan keamanan politik dan kestabilan ekonomi dapat diujudkan di negara mereka? Sebalik hura hara menjadi bertambah serius.Rakyat jadi sengsara. dan merana. Kita tidak mahu keadaan huru hara dan ekonomi yang tidak stabil itu terjadi di negara kita di Malaysia ini.
KEKUATAN UMNO MASIH MENYERLAH
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengulas kemenangan yang telah dicapai oleh Umno-Bn di DUN Kuala Besut itu? Beliau berkata, bahawa kemenangan Umno-BN pada (PRK) di DUN Kuala Besut itu merupakan bukti nyata bahawa kekuatan Umno masih menyerlah.
Sementara Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan bahawa kemenangan Umno-BN pada ( PRK) di DUN Kuala Besut itu merupakan manifestasi sokongan dan kepercayaan rakyat berterusan terhadap segala usaha yang diracang dan dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN. ( Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot,com at 1606 hrs on July 27,2013).
No comments:
Post a Comment