Tuesday, July 9, 2013

Tengku Zaihan calon BN bagi PRK DUN Kuala Besut

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
TENGKU Zaihan Che Ku Abdul Rahman hari ini dipilih sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM
MUHYIDDIN Yassin memakaikan topi BN kepada Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang diumumkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut di Dataran Kuala Besut hari ini. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KUALA BESUT 9 Julai - Bekas Jurutera Awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pemilihan calon muda anak tempatan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran jentera UMNO dan pengumuman calon di sini petang ini.

Beliau berkata, bagi menunaikan tanggungawab yang menuntut kepada gerak kerja yang lebih kuat, Barisan Nasional (BN) mengetengahkan tokoh yang lebih muda untuk memacu masa depan rakyat dalam kawasan tersebut. - (UTUSAN ONLINE -Dalam Negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal. blogspot. com. at 1921 hrs ob July 09,2013.

No comments: