Tuesday, July 23, 2013

TPM arah siasat dakwaan pelajar makan dalam tandas.

Tan Seri Muhyddin Yassin
KUALA LUMPUR 23 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di dalam tandas.

"Saya telah mengarahkan KPPM untuk siasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas. Tindakan tegas akan diambil jika ada asas," kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan di laman Twitter hari ini.

Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, kementerian telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah memandangkan kantin sekolah tersebut sedang dibaik pulih. - BERNAMA( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com., at 1820 hrs on JULY 23,2013.

No comments: