Friday, August 16, 2013

Anwar bohong dakwa PM tawarkan kerajaan perpaduan-Blog

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan
METRA SYAHRIL MOHAMED TEMU EMPAT MATA...

Gambar fail pertemuan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang disiarkan oleh blog rbfonline dalam entri terbaharu hari ini.

TIBA DI KL... Gambar fail pesawat peribadi Jusuf Kalla yang membawa bekas Naib Presiden Indonesia ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri atas pujukan Anwar, yang disiarkan oleh blog rbfonline dalam entri terbaharu hari ini.

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran kepadanya untuk membentuk kerajaan perpaduan adalah suatu pembohongan.

Sebaliknya dedah sebuah blog, rbfonline, Anwar sebenarnya yang menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat pada bulan Ramadan lalu.

Tiga syarat Anwar itu dakwa rbfonline adalah: (i) melantik beliau (Anwar) sebagai Timbalan Perdana Menteri (ii) melantik empat Ahli Parlimen PKR sebagai menteri (iii) beliau (Anwar) akan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Najib akan memilih siapa pengganti kekosongan itu. 

Dakwa blog berkenaan, tawaran Anwar itu sekali lagi dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu bersama rombongan antaranya Ade Dwi Irawan, Hamid Awaludin serta Emir Chairullah.

Menurut rbfonline, rombongan itu datang menaiki pesawat peribadi Jusuf dengan nombor pendaftaran PK-JKM dan mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 8.20 malam, tetapi semua tawaran Anwar dikemukakan Jusuf ditolak Najib.

"Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali lagi kerana beliau ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi orang tengah dalam kes perjanjian pilihan raya umum lalu. Namun, pujukan demi pujukan membuat Jusuf mengalah dan bersetuju.

"Selesai bertemu Najib, Jusuf terus menyampaikan berita penolakan kepada Anwar. Jusuf pulang dengan pesawat yang sama keesokannya," dakwa blog itu menerusi entri Kisah Sebenar-Anwar Yang Tawarkan Perpaduan Dengan Najib.

Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel Isnin lalu mendakwa kononnya Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PKR tetapi beliau menolaknya.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot. com. at 2045 hrs on Ogos 16,2013.


No comments: