Saturday, August 3, 2013

Anwar,Karpal dicabar saman Mazlan

Dr.Mazlan Ismail
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar mengambil tindakan saman fitnah terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pelbagai pendedahan melibatkan mereka menerusi 6,000 keping surat misteri semalam.

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan itu bagi mengelak pelbagai spekulasi yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.

Apatah lagi, kata beliau, Karpal sendiri sudah menafikan tuduhan yang terkandung dalam surat-surat tersebut dengan dakwaan kandungannya tidak berasas.

"Karpal juga telah memberi amaran kepada Dr. Mazlan untuk bersedia menghadapi akibatnya. "Memandangkan tuduhan itu serius, maka Anwar dan Karpal tidak perlu teragak-agak memulakan saman fitnah terhadap Dr. Mazlan sebagai usaha membersihkan nama mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Choo Keong mengulas kemunculan surat misteri itu yang mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang berkenaan yang menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.

Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ningal.blogspot.com.at 3.25 am on Ogos 04,2013.

No comments: