Senator Mohd Ezam Mohd Noor |
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor berkata, jika benar Anwar dan Karpal difitnah dalam isu surat tersebut, mengapa mereka tidak menyaman pihak terlibat.
Katanya, langkah membuat laporan polis cuma taktik Anwar sebelum Ketua Pembangkang itu menjayakan hobi jijiknya selepas ini, iaitu dengan menuduh konspirasi UMNO dan pihak berkuasa seolah-olah beliau tidak bersalah.
"Kalau benar difitnah mengapa Anwar tidak ambil tindakan kepada individu berkenaan? Begitu juga dalam kes video seks bersama wanita China yang disahkan tulen. Anwar dakwa difitnah tetapi sehingga ke hari ini beliau tidak berani menyaman trio 'Datuk T'.
"Hakikatnya, Anwar cuma mahu salah guna institusi kerajaan seperti polis untuk membuat laporan dan kemudian beliau akan menuduh UMNO dan kerajaan," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Minggu lalu, bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Mazlan Ismail mendedahkan, beliau menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus niaga' bernilai puluhan juta antara Anwar dengan peguam veteran tersebut.
Dalam pada itu, Ezam mendesak Anwar supaya memohon maaf kepada seluruh penyokongnya yang sejak dari awal berkorban wang ringgit sehingga hilang pendapatan kerana menyangka Ketua Pembangkang dalam kesusahan.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1743 hrs on Ogos 10,2013.
No comments:
Post a Comment