Saturday, August 3, 2013

Kami Sekeluarga Mengucapkan Selamat Hari Raya Idilfitri pada bulan Syawal tahun ini(1434H) yang akan menjelang hanya beberpa hari lagi. Maaf Zahir Batin kepada seluruh peminat blog kami khasnya dan kepada seluruh keluarga kami dan muslimin, muslimat,baik di mana sahaja anda berada!

Di barisan belakang dari kiri:Haji Abu Bakar Ninggal yang ampunya blog (abnmulya.blogspot.com) dan isteri Roslina binti Hussin. Barisan depan dari kiri Siti Marsita Mahasiwi dari UiTM Shah Alam baru sahaja tamat pengajiannya peringkat Ijazah dengan pencapaian Anugerah Naib Canselor (ANC)dalam bidang  Sains Gunaan dan keputusaan telah dihebahkan oleh UiTM cara online ,pada jam 2.30 pagi, pada 3 hb.Ogos 2013 ini.Tengah diapit oleh kakak-kakaknya ialah Lokman Hakim al-Hafiz,bermula pada Julai tahun ini sedang melanjutkan pengajian Diploma di Universiti Kuala Lumpur,Malaysian Institute of Aviation Teknology (uniKL MIAT) semester pertama dalam jurusan  ( AirCraft Engineering of Maintenance Tekonlogy and Manufacturing) selama tiga setengah tahun.Sementara di kiri sekali ialah Siti Hajar sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di UiTM Shah Alam juga dalam bidang Forensic  selama tiga tahun. Siti Hajar pada ujian semester pertama dan kedua-dua semester itu mendapat keputusan dengan pencapaian berturut-turut Anugerah Dekan. Syukur Alhamdulillah! Allah  Maha Pengasih lagi Penyanyang. Doa-doa hambaNya telah dikabulkanNya.Amin!(Posted by abnmulya at 11.52 am on Ogos 04,2013)







No comments: