Ketua Pergerakan Umno, Khairy Jamaluddin |
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tohmahan berkenaan merupakan satu bentuk hasutan politik yang berniat jahat, serius serta keterlaluan. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan jahat itu bertujuan mempengaruhi rakyat supaya membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.
"Kenyataan Chieng Jen yang merupakan pemimpin kanan DAP dan Ahli Parlimen Bandar Kuching jelas menampakkan tembelang pihak pembangkang yang memperjuangkan politik kebencian serta perpecahan dalam kalangan rakyat.
"Atas rasa cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat serta prinsip perjuangan politik matang, Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan politik kotor Chieng Jen itu dan berharap perkara tersebut membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran serta perjuangan politik pemimpin pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Chieng Jen menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Sarawak, The Borneo Post hari ini mendakwa kes pembunuhan melibatkan senjata api di negara ini dibiarkan berleluasa bagi membolehkan kerajaan BN menggubal undang-undang baharu menggantikan Ordinan Darurat (EO).
Dakwanya, undang-undang baharu itu kemudiannya akan disalahgunakan oleh para pemimpin atasan BN untuk menganiayai pembangkang.
Mengulas lanjut, Khairy memberitahu, Pergerakan Pemuda UMNO juga membuat laporan polis terhadap Chieng Jen supaya satu tindakan undang-undang yang tegas serta adil dapat dikenakan ke atas pemimpin DAP itu.
Dalam laporan polis yang dibuat, Pemuda UMNO Malaysia diwakili Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam. Turut membuat laporan mewakili Pemuda UMNO Pahang ialah Penolong Setiausaha Pemuda negeri, Datuk Suhaimi Sulong. Yang turut hadir Ketua Penerangan Pemuda UMNO Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 8.11 am on Ogos 15,2013.
No comments:
Post a Comment