Datuk Mustapa Mohamed,Menteri (MITI). |
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed berkata, Hari Terbuka MITI mengenai TPPA hari menerima lebih 1,000 peserta dari semua golongan masyarakat.
"Sementara kami telah melakukan banyak rundingan dengan orang ramai, kami perlu membincangkan cara terbaik untuk melibatkan orang ramai tentang isu berkenaan TPPA," katanya kepada satu sidang media pada hari terbuka itu.
Ini, katanya, adalah perlu kerana orang ramai mahu mengetahui tentang bagaimana TPPA akan memberi kesan kepada mereka dan negara ini.
"Walaupun negara-negara lain mungkin mempunyai templat tentang TPPA, kita juga ada templat kita sendiri," katanya sambil menambah ini akan memastikan kepentingan dan kedaulatan negara akan dilindungi.
Beliau berkata, kebimbangan yang disuarakan oleh orang ramai tentang TPPA akan dibentangkan di Kabinet awal minggu depan. - BERNAMA(Utusan online-ekonomi).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.bogspot.
com.at 1842 hrs on Ogos 02,2013.
No comments:
Post a Comment