Abdul Aziz Mohd Yus |
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan perubahan yang turut melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan negara.
"Ada perkara yang sudah kita buat tetapi perkara yang serius kita sedang mengkaji lagi dengan teliti.
"Banyak perkara sedang diteliti seperti pendaftaran pemilih secara automatik, persempadanan semula, mewujudkan badan lain yang mengendalikan pendaftaran pemilih, penglibatan badan asing dalam sistem pilihan raya umum dan sebagainya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, SPR juga akan mengkaji dengan serius sistem majoriti mudah (first past the post) yang diguna pakai sejak merdeka sama ada boleh digabungkan dengan sistem lain seperti sistem campuran (parallel system) atau sistem undi popular.
Katanya, untuk tujuan itu, SPR turut menjadikan sistem pilihan raya yang diamalkan di negara-negara lain sebagai rujukan sebelum memastikan sama ada ia sesuai dilaksanakan di negara ini.
"Kita kaji semua sistem yang ada di luar negara dan akan dibentangkan kepada parti-parti politik. Yang penting, untuk membolehkan ia dilaksanakan, semua perlu bersetuju di Parlimen. Lebih penting kita perlu kaji dengan teliti terlebih dahulu," katanya.
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pelbagai pihak mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula sistem pilihan raya sedia ada termasuk keperluan menukar kepada sistem lain yang lebih telus dan adil.
Namun, ada juga berpendapat sistem majoriti mudah yang diamalkan negara kini adalah yang terbaik kerana membawa pembangunan secara serentak di setiap kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat masing-masing.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ningfgal.blogspot.com at 11.09 am on Ogos 11,2013.
No comments:
Post a Comment