ROSLI ISMAIL (aGENDA dAILY).
Chin Peng,Pemimpin Parti Komunis Malaya ( PKM) |
Semua pimpinan tertinggi negara tegas sekata tidak akan benarkan. Perdana Menteri dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu petang Isnin menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke negara ini sekalipun diminta ahli keluarga mendiang.
Beliau juga memberitahu kerajaan tidak akan terbabit sama sekali dalam urusan pengebumian Chin Peng.
"Kerajaan tidak akan membenarkan mendiang dikebumikan di Malaysia atas faktor sejarah dan kekejaman yang dilakukannya," katanya.
Mendiang Chin Peng dilahirkan di Sitiawan,Perak. Sebelum itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi tegas sekali menentang sebarang usaha untuk membawa mayatnya pulang.
Dalam satu kenyataan,beliau berkata kematian Chin Peng tidak dapat memadamkan rasa kebencian pada mendiang terutama dikalangan balu-balu polis dan tentera yang terkorban di zaman darurat.
"Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumi di Malaysia.Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana didakwa oleh beberapa pihak termasuk parti politik,NGO atau individu tertentu.
"Beliau tetap komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini (Malaysia),"tegas Zahid. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein pula berkata sewaktu beliau Menteri Dalam Negeri dulu pun beliau tidak membenarkan Chin Peng yang ketika itu sakit tenat dibawa pulang ke Malaysia.
Katanya Chin Peng mengetuai PKM yang bertanggongjawab penuh keatas kematian beribu anggota keselamatan dan rakyat waktu darurat.
"Saya amat bersetuju mayat ataupun abunya tidak dibenarkan ditanam di bumi Malaysia,"tegasnya. Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kata Chin Peng bukan warganegara Malaysia.
Beliau juga tidak pasti samaada Chin Peng warganegara Thailand,negara mana beliau tinggal dalam buangan selama ini.
Maka beliau tidak nampak sebarang sebab mengapa mayat Chin Peng harus dibawa balik ke Malaysia. Bagi beliau Chin Peng sudah mati dan tidak nampak ia harus dijadikan suatu isu.-16/9/2013
Chin Peng meninggal dunia di Bangkok pagi ini...
Chin Peng, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang mencetuskan huru hara di negara ini pada zaman darurat dulu sudah tiada.
Beliau meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada usia 90 tahun. Berita kematian beliau pada jam 6.20 pagi dilapor oleh akhbar Bangkok Post.
Chin Peng tinggal dalam buangan di Thailand sejak berakhirnya zaman darurat di negara ini yang berlarutan selama 12 tahun dari 1948 hingga 1960.
Keganasan gerila PKM semasa darurat telah mengakibatkan ramai rakyat dan anggota keselamatan terkorban.
Ramai yang hidup di zaman itu masih ingat pelbagai penderitaan yang dilalui akibat tindak tanduk PKM. Mendiang yang lahir di Sitawan,Perak cuba memohon untuk kembali menetap di Malaysia.
Permohonan itu ditolak kerajaan. Pihak-tertentu di negara ini ada menjalankan usaha untuk desak kerajaan lulus permohonan itu. Namun sebahagian besar rakyat menentang Chin Peng kembali ke negara ini.-16/9/2013(aGENDA dAILY).POSTED BY ABNMULYA/ BAKAR NINGGAL. BLOSPOT. COM. AT 2146 HRS ON SEPT.,2013.
No comments:
Post a Comment