Joe Robinson membuktikan kemampuannya menghasilkan seni taman yang cantik walaupun matanya buta di kawasan rumahnya di Kampung Crook, Durham, timur laut England. - AGENSI
LONDON 5 Sept. - Seorang lelaki buta di England menunjukkan kemampuannya menghasilkan seni taman kebun bunga yang berwarna-warni di rumahnya untuk memenangi anugerah pekebun terbaik di kawasannya sebanyak beberapa kali.
Joe Robinson, 74, menjadi buta sejak 20 tahun lalu, namun masih mampu menghasilkan seni taman yang cantik sehingga menarik perhatian jiran, kawan serta orang yang melintasi rumahnya di kampung Crook, Durham, timur laut England.
Bekas pekerja kilang itu berkata, sejak menjadi buta, dia tidak pernah berputus asa untuk membuktikan kemampuan dirinya kerana masih boleh berbuat sesuatu dengan menggunakan deria sentuhan dan bau.
"Pada mulanya, saya bimbang tidak dapat menanam pokok bunga dengan baik, namun tidak sangka semuanya tumbuh subur, malah turut mendapat perhatian daripada sepasang kekasih dari New Zealand untuk melihat hasil kerja saya.
"Saya sangat sukakan semua jenis bunga tetapi tidak dapat menanam bunga ros dengan banyak kerana pokok itu mempunyai duri," jelasnya.
Robinson berkata, kebiasaannya dia mula menyemai benih dari bulan Mac hingga April dengan melakukan kerja secara berhati-hati agar bunganya tumbuh dengan subur.
Jelas pesara itu, isterinya, Heather tidak dapat membantu kerana alah terhadap bunga, namun cucu lelakinya, Jamie sering menolong dengan menggantungkan bakul bunga dan membersihkan taman.
Bekas pesara tersebut sebelum ini memenangi beberapa kali trofi pertunjukan bunga di kawasannya sejak beberapa tahun lalu, tetapi pertandingan tersebut dibatalkan pada tahun ini ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.
Isterinya, Heather berbangga dengan kemampuan suaminya itu yang boleh menghasilkan taman bunga yang cantik dan indah walaupun buta. - AGENSI(Utusan online-=Luar negara).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.26 am on Sept.,06,2013.
No comments:
Post a Comment