Tuesday, September 17, 2013

PAS tolak program pemerkasaan Bumiputra

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK 
SEPTEMBER 17, 2013 LATEST UPDATE: 


SEPTEMBER 17, 2013 07:03 PM.   PAS tidak bersetuju terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera pada Sabtu yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak ekoran insentif itu hanya diberikan kepada satu kaum dengan meminggirkan kaum minoriti di Malaysia, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Menurutnya Presiden PAS itu, mereka lebih mengutamakan kerajaan berkebajikan yang tidak hanya memfokuskan kepada kaum Bumiputera sahaja.

"Kita sedar kaum bukan Bumiputera turut berdepan dengan masalah kemiskinan oleh kerana itu PAS menjunjung prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi menghapus kemiskinan. Kerajaan melakukan perkara yang salah kerana atas nama Bumiputera, agenda bukan Bumiputera telah diabaikan.

"Perlembagaan jelas memelihara kepentingan kaum lain seperti penduduk yang tinggal di perumahan yang perlu diberi tanah kerana itu adalah hak rakyat dan hak asasi manusia yang dijunjung di serata dunia," katanya semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Hadi berkata pemilihan PAS yang akan berlangsung November ini tidak akan memanggil jawatankuasa pemantau luar seperti yang dilakukan DAP kerana menurutnya kondisi pemilihan PAS berbeza dengan DAP.

Katanya, kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapatkan undi majoriti rakyat perlu diberi perhatian kerana menurutnya Pakatan Rakyat (PR) berada pada kedudukan selesa pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"PAS secara keseluruhannya mencatatkan peningkatan pada PRU13 apabila Selangor berjaya menambah tiga kerusi daripada 15 kerusi pada pilihan raya umum 2008.

"Kemerosotan BN semasa pilihan raya umum lalu melihatkan parti itu meraba-raba 'mencari kawan'. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui Umno kini sudah uzur dan bakal mati," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Muktamar PAS akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini di Shah Alam. Katanya, jawatankuasa parti itu sedang melihat peraturan perjalanan muktamar supaya perjalanan parti pada November ini berjalan lancar. – 17 September, 2013(The Malaysian Insider0.Posted abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2148 hrs on Sept 17,2013.

No comments: