Mohd. Isa Abdul Samad bersalaman dengan peneroka yang menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri bersama Pengerusi Felda anjuran Felda Wilayah Mempaga di Bentong, Pahang, semalam.
BENTONG 4 Sept. - Individu yang menawarkan diri bertanding jawatan dalam pemilihan UMNO bulan depan perlu berkempen secara sihat dan memastikan tidak menjejaskan keutuhan parti itu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden berkata, mereka bertanding perlu mematuhi segala peraturan parti.
"Pemilihan ini merupakan pertandingan dalam sebuah keluarga, jadi tidak perlu kita menimbulkan perkara yang boleh mengaibkan orang lain.
''Berkempenlah secara sihat kerana jika kita melakukan sesuatu di luar daripada sepatutnya hanya akan menjejaskan imej parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Mesra Aidilfitri bersama Pengerusi Felda anjuran Felda Wilayah Mempaga di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.
Menurut Mohd. Isa, mereka yang bertanding serta penyokong masing-masing perlu menerima sebarang keputusan dalam pemilihan itu kelak secara terbuka.
Katanya, pemimpin yang tewas hendaklah memastikan tidak wujud amalan berpuak-puak dalam parti selepas pemilihan tersebut kerana perkara yang harus menjadi keutamaan adalah kekuatan parti.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.29 am on Sept.,05,2013.
No comments:
Post a Comment