Thursday, September 19, 2013

Program Masyarakat Tolak Rasuah: Anjuran Rukun Tetangga Kg.Tengah Lembah,di Kompleks Muhibah Taman Bolton,Gombak,pada tanggal 12/10/2013,Jam 8 pagi.

Dari kiri: Tuan Haji Latif bin Salim,Pengerusi Kawasa Rukun Tetangga Kamung Tengah Lembah,Batu 6 1/2,Gombak.Sebelahnya ialah Puan Siti Nordiyana binti Abd.Rahman,wakil dari Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor. Sebelahnya iala Sdr. RahmanAbdullah,dari Raya Bersih Sdn.Bhd.,anak syarikat UIA Gombak.


Jumaat,September 20,2013 at 3.45pm.

Takrif perkataan RASUAH ini sebenarnya ia berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi "al-risywah".

Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umumnya ialah batil,iaitu meliputi juga perbuatan jenayh lain seperti merompak,memeras ugut dan menipu.Dalam bahasa Inggeris ia disebut corruption.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama.Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak  memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa,padahal kamu mengetahui salahnya".

Umumnya, rasuah itu merupakan satu perbuatan yang sangat jijik sifatnya. Sama ada anda memberi atau mnerima sesuatu suapan yang berbentuk wang ringgit ataupun barang-barang yang berharga atau  yang murah,sebagai upah atau suapan bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu.

Sebagai contohnya,seorang ahli perniagaan memberi wang tunai atau baranag-barang hadiah tinggi atau rendah nilai harganya kepada seorang pegawai kerajaan bagi meluluskan sesuatu projek atau memberikan tender-tender kepada syarikat kepunyaan seseorang ahli perniagaan itu?

Tindakan itu adalah rasuah namanya. Perbuatan ini adalah salah dari moral iindividu itu sendiri dan sekaligus dri segi undang-undang negara,apatah lagi dari segi hukum Allah s.w.t.
Puan Siti Nordiyana binti Abd.Rahman

Diantara punca utama yang menyebabkan boleh berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam adalah berpunca dan bertitik tolak dengan adanya:

* Kecenderungan untuk mempunyai gaya hidup di luar kemampuan.

* Sikap tamak dan haloba.

* Dengan ujudnya ruang atau peluang terbuka untuk melakukan perbuatan rasuah dan menerima rasuah.

* Lebih parah lagi ialah, berhubung dengan tahap integriti di kalangan pegawai terbabit.

Perbuatan Memberi dan menerima Rasuah ini dilaknati oleh Allah

Tuan Ruslan Tun Mat
Di sisi Allah s.w.t. bahawa pelaku yang melakukan  perbuatan rasuah ini? Berdosa besar dan di hari akhirat nanti akan di dakwa di mahkamah perhitungan Allah s.w.t sekaligus ia dilaknat oleh Allah s.w./t. BalasanNya amat berat di hari perhitungan itu nanti. Ada di antara perasuah itu, di dunia ini dah dilihat telah menerima hukuman dari Allah s.w.t.

Di sisi undang-undang negara pula? Hukumannya pun sangat berat dan akan dipenajarakan padahnya,jika telah di tangkap,kemudiannya dituduh dan bicarakan di mahkamah dan jika didapati sabit kesalahannya?Mereka itu akan dihukum dengan hukuman yang setimpal dengn perbuatan rasuah yang telah mereka lakukan.

Dengan kata lain? Bahawa perbuatan rasuah ini dibenci,dilaknat oleh Allah di dunia dan di akhirat dan di sisi masyarakat pula? Perbuatan rasuah ini ia merupakan satu-satunya perbuatan yang amat jijik,tidak brmoral dan jadi musuh nombor satu pada negara.

Perbuatan itu harus dibasmi,ditolak oleh masayarakat secara positif. Jangan dibiarkan " kuman vairus rasuah"ini akan terus menerus menjalar biak mengasak negara kita yang tercinta.

Sesebuah negera itu akan boleh jadi papa kedana dan muflis akibat perbuatan rasuah telah menjadi-menjadi di sesebuah negara itu?

Atas kesedaran yang yang tinggi untuk membasmi perbuatan rasuah itu agar tidak akan menjadi satu penyakit barah pada masyarakat dan negara kita yang boleh dikatakan amat teruk dan sedang melanda negara Malaysia?

Maka Tuan Haji Latif bin Salim,selaku seorang aktivis,sealaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga
Kampung Tengah Lembah Dalam,di Batu 6 1/2 Gombak dan Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di bawah pimpinan mantan Ahli Parlimen Umno Gombak,Datuk Dr.Rahman Ismail.

Dari kanan: Tuan Haji Latif bin Salam.Sebelahnya Tuan Ruslan Tuan Mat,Penolong Pesuruhjaya SPRM Selangor dan sebelahnya ialah Encik Effezul Azam bin Abd.Manaf,Pemangku Penolong Kanan SPRM Shah Alam,Selamgor. Sebelahnya yang nampak sedikit aje wajahnya itu  ialah Mohd Zamani Othman,Penolong Penguasa.
Mereka telah mengambil satu keputusan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dengan cara untuk memberi penerangan kepada masyarakat dengan cara menganjurkan satu majlis penerangan bertali temali denga perbuatan rasuah itu hingga ke akhr umbi masyarakat, di mana mengadakan sebuah Program yang bertajuk "Masyarakat Tolak Rasuah".

Majlis tersebut akan di adakan pada pagi Sabtu,pada jam 8 pagi hingga jam 1 tengah hari,bertempat, di Kompleks Muhibbah Taman Bolton,Batu Caves, Daerah Gombak,Selangor,pada tanggal 12 hb.Oktober 2013 yang akan datang ini.

Dari kanan: Encik Effezul Azam bin Abd.Manaf.Sebelahnya yang memakai uniform SPRM itu ialah Encik Mohd Zamani Othman.Sebelahnya ialah penulis, Haji Abu Bakar Ninggal,wakil dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak.Sebelahnya ialah Syed Azizi,Inspektor Hal Ehwal Awam,dari (IPD) balai polis Gombak sedang nenak menikmati juadah minum pagi sebelum mesyuarat di mulakan.
Untuk maklumat masyarakat di sekitar Daerah Gombak itu sendiri khasnya.Bahawa majlis perjumpaan "Masyarakat tolak rasuah" yang akan berlangsung pada tarikh seperti tersebut dia atas itu, adalah merupaka kerja sama yang amat erat dari agency-agency kerajaan,iaitu dari SPRM Seangor dan Agency Biro Pengaduan Awam  negeri Selangor.
Sekaligus ia dibantu lebih dari 20 buah lagi agency-agency kerajaan yang lain turut terlibat,seperti Pejabat Agama Islam Negeri Selangor, Pejabat polis IPD Gobak,Jabatan KEMAS Daerah Gombak,Pejabat Perpaduan Daerah Gombak,Pejabat Penghulu Mukim Gombak dan lain-lain l;agi .

Pada mesyuarat pertamany,tiada wakil dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak terlibat.Penulis sendiri selaku Ketua Biro Cyber,mewakili Badan Gabungan Ngo-Ngo Gombak. Gabungan Ngo-Ngo Gombak ini telah bergerak cergas dengan program-program mendekati rakayat akar umbi di Gombak.

Gabungan Ngo-Ngo Gombak ini mempunyai sebanyak 153 buah Ngo-Ngo kecil yang lain yang telah bergabung di dalamnya. Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan mantan Ahli Parlimen Umno Gombak, Datuk Dr.Rahmana Ismail bagi penggal PRU TAHU 2004-2008.

Jumlah ahli-ahli dari 153 buah badan-badan Ngo kecil itu ialah sebanyak 115,000 orang ramainya.Gabungan Ngo-Ngo Gombak ini merupakan satu-satu badan NGO yang begitu aktif di Daerah Gombak.

Penulis bersama Kpt (B) Mohd Yusof,Naib Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak telah dipilih oleh Presiden kami, mewakili di dalam mesyuarat itu bersama-sama dengan Naib Presiden, Gabungan Ngo-Ngo Gombak, pada pagi, tanggal 19/09/13 ke mesyuarat ke 2 itu,bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Setapak,di Jalan Penghulu,di Gombak Setia,Gombak..

Dari kanan : Tuan Ruslan Tuan Mat.Encik Effezul Azam bin Abd.Rauf dan Encik Mohd Zamani Othman dari SPRM..Photo nombor 4 dan 5.Maaf...penulis tidak sempat mencatitkan nama-nama mereka.
Persatuan Rukun Tetangga Kg.Tengah  Lembah,Batu 6 1/2, Gombak,merupakan penaja utama dalam usaha hendak menganjurkan program "Masyarakat Tolak Raasuah",di bawah pimpinan Tuan Haji Latif Salim,satu-satu aktivis masyarakat,walaupunyang sudah vetran dari segi usia,tetapi masih ,muda pada semangatnya dan usaha-usahanya.

Beliau ini boleh dikatakan sangat aktif dan lebih aktif dari kalangan muda mnudi di tempat beliau, dalam rangka usaha mendekati dan memberi khidmat mulia kepada masyarakat setempat di Daerah Gombak itu sendiri.

Lebih dari 20 buah  badan dari agency -agency kerajan di bawah kekeuasan Kerajaan Pusat terlibat di dalam program ini. Dari SPRM telah menghantar 3 orang pegawainya yang diketuai oleh Tuan Ruslan Tuan Mat,Pesuruhjaya SPRM di Shah Alam, Selangor denga diringi oleh dua lagi pegawainya iaituEn.Mohd Zamani Othman,Penolong Penguasa dan Encik Effendy Azam bin Abd.Manaf,Pemangku Penolong Kanan Penguasa.

Sementara dari Agency Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor pula telah menghantar wakilnya Puan Siti Nordiana binti Abd.Rahman. Dan dari IPD Gombak pula telah menghantar Tuan Syed Azizi,Inspector Hal Ehwal Awaam di IPD Gombak.

Disamping itu,banyak lagi individu-individu yang mewakili badan agency-agency kerajaan Selangor di bawa jagaan Kerajaan  Persekutuan yang telah hadir juga di mesyuarat itu,tetapi tidak dapat penulis sebutkan nama-nama mereka kesemuanya, disebakan penulis tidak punya kesemaptan untuk mencatit nama-nama mereka itu.

MERASMIKAN PEMBUKAAN MAJLIS

Oleh kerana majlis program "Masyarakat tolak rasuah" anjuran Persatuan Rukun Tetangga Kawasan Gombak Lembah,merupakan usaha badan Ngo yang berusaha untuk bersama-sama berikhtiar mencegah Rasuah di mana SPRM merupakan Pesuruhjaya yang bertanggung jawab melestarikannya?

Penulis difahamkan bahawa majlis pembukan itu akan di rasmikan oleh YBHG Tan Sri Haji Abu Kassim bin Mohamad,sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. .

Photo ini penulis hanya kenal di tengah-tengah itu ialah Kpt(B) Tuan Haji Yusof,Naib Presiden Badan Gabungan Ngo-Ngo Gombak. Gambar kiri dan kanan itu penulis tidak tahu nama-nama mereka dan tidak berkesemopatn untuk mencatitkan nama-anama mereka. Haraf maaf.
Selain dari acara ceramah yang motifnya ada bersangkaut paut dengan rasuah,punca-punca rasuah dan jenis-jenis hukumanany terhadap para pelaku rasuah itu sendiri? Maka di sekeliling Kompleks Muhibah Taman Bolton yang luas itu,akan diadakan acara pamiran  gambar-gambar yang ada sangkut pautnya dengan kisah-kisah rasuah itu sendiri dan sebagainya.

Ditaksirkan oleh penganjur bahawa sebanyak 500 orang akan mendaftarkan diri sebagai peserta di majlis tersebut dan tiap-tiap satu dari peserta dan penganjur itu kelak akan dihadiahkan "sijil penyertaan" selaku tnada ingatan berhubung dengan majlis "Masyarakat Tolak Rasuah" anjuran bersama Rukun Tetangga Kg.Tengah Lembah,Gombak.

Jika ada yang berminat untuk hadir ke majlis tersebut ? Dengan segala perasaan rendah hati,penganjur majlis bersama itu, mengalu-alukan kehadiran anda dengan segala hormatnya.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot.com.at 1545 hrs on September 20,2013).

No comments: