KUALA LUMPUR 3 Sept. - Seorang lelaki Bosnia menyaman bekas kekasihnya untuk menuntut ganti rugi RM600,000 kerana mendakwa wanita tempatan itu mempergunakan spermanya bagi mendapatkan anak daripada genetik orang Eropah yang dikatakan berkualiti tinggi.
Ervin Ahbabovic, 41, yang bekerja sebagai pengarah komersial di syarikat tempatan memfailkan saman tersebut menerusi firma guaman, Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat lalu.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu diperoleh oleh pihak media daripada Ahbabovic yang hadir ke mahkamah itu hari ini bersama peguam, Mohamad Fauzi Abdul Samad untuk membuat pengesahan berhubung dokumen yang telah difailkan itu.
Menurut Mohamad Fauzi, tuntutan yang dikemukakan oleh Ahbabovic merupakan kes saman pertama melibatkan dakwaan seumpama itu di negara ini.
Ahbabovic yang berstatus Penduduk Tetap (PR) di negara ini mendakwa menjalin hubungan dengan pihak defendan yang berusia 29 tahun (nama tidak didedahkan) sejak 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.
Bagaimanapun Ahbabovic selaku pihak plaintif mendakwa, selepas anak mereka dilahirkan, mereka kerap bergaduh dan dia menyedari keinginan seksualiti teman wanitanya melangkaui kadar biasa sehingga menjadi rutin harian yang terpaksa dipenuhi.
Malah, ujar plaintif, defendan seringkali berkeinginan melakukan hubungan seks sebanyak enam kali sehari yang mana setiap sesi mencapai tempoh satu jam.
Dakwa plaintif, defendan juga seringkali mengugut untuk membunuh diri sekiranya keinginan tersebut tidak dipenuhi dan menyebabkan jiwa dan emosi plaintif terganggu. - UTUSAN ONLINE-MAHKAMAH.( Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.32 am on Sept.,04,2013.
No comments:
Post a Comment