Thursday, September 5, 2013

Tindakan Noh Omar harus diikuti oleh semua lapisan pemimpin Umno.Jawatan tidak penting.Komitmen anda yang lebih penting...

Pada Mesyuarat Agung Umno pada kali ini Datuk Seri Noh Omar telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan memepertahankan jawatan Majlis Tertinggi (MT) yang di sandangnya.Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor,belian berazam mahu menumpukan sepenuh tenaga untuk memfokuskan usaha-uasah memperkasakan Umno Selangor untuk menghadpi peperangan politik dengan pembangkang (Pakatan Rakyat) pada PRU-14 agar Selangor dapat di tawan semula oleh Umno-BN.



Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Sepetember 06,2013,at 10.36pm.

Boleh dikatakan semua orang-orang Umno di seluruh Malaysia dan Selangor khasnya mengetahui bahawa sebaik sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia dan jawatan Presiden Umno dari Pak Lah,pada tahun 2009.

Selaku Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil tanggung jawab sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor dari Khir Toyo dan Datuk Seri Noh Omar diangkat sebagai Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangordan Jr.Mohd Zain selaku Ketua Penyelaras Pilihan Raya di Selangor.

Lihatlah sambutan yang telah diberikan oleh kaum Cina semasa PM membuat lawatan Kg.Pandan anjuram YB Tee Keat. Keputsan pengundian Umno-BN kalah di Parlimen Kg.Pandan pada PRU-13.
Tujuan dan matlamatnya utamanya perubahan itu dilakukan ialah semata-mata untuk memperkasakan Umno-BN Selangor dalam usaha untuk merampas semula kuasa politik di Selangor yang telah tewas dan hilang kuasa politik pada PRU-12 pada tahu 2008 di bawah pimpinan Pak Lah di mana Umno-BN hanya menang 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari jumlah 56 kerusi DUN Selangor.

Sementara di Parliman pula Umno-BN tidak lagi mempunyai suara majoriti ( dua per tiga) dari jumlah ahli-ahli parlimen berjumlah 222 kerusi.

Beberapa hari lagi tiba hai mengundi pada PRU-13 Datuk Seri Najib Tun Razak selaku PM dan Presiden Umno-BN melawat kawasan Denkel ,dalam Parlimen Sepang yang disandang oleh Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed pada PRU-12..Sambutan dari kaun Cina ketika lawatan itu sungguh hebat. Pada PRU-13 beliAu sebagai penyelaras pilihanraya Selangor.Keputusan PRU-13 meyaksikan  Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed ,tewas di Parlimen Sepang pada PAS. Ini bererti pengundi-pengundi Cina di Parlimen Sepang tidak mengundi beliau.
Kekalahan Umno-BN pada PRU-12 merupakan tsunami politik telah melanda Umno-BN pada PRU tersebut derngan teruknya. Umno-BN hilang kuasa politik bukan hanya di Selangor sahaja,malah hilang kuasa politik di Pulau Pinang,Kedah,Perak dan Kelantan.

Sesungguhnya,tsunami politik yang melanda Umno-BN pada PRU-12 itu sama sekali tidak disangka-sangka oleh para pucuk pimpinan Umno-BN itu sendiri.Dalam konteks ini ternyata bahawa "perisik politik" Umno-BN telah gagal menjalankan tugas risikan mereka.

Lebih dari 3000 orang tetamu dari kaum Cina hadir pada Majlis Makan Malam anjuran MCA  di Padang Hill Crest,di Taman Sri Gombak, seminggu sebelum tiba hari mengundi.Jumlah kaum Cina dalam Parlimen Gombak lebih kurang 29,000 orang. Keputusan PRU-13 di Parlimen Gombak setelah dibuat post mortem Datuk Dr.Rahman Ismail hanya dapat 4% saja undi kaum Cina dari jumlah tersebut.  Iaitu lebih kurang 1200 undi saja pengundi dari kaum Cina mengundi telah mengundi beliau.Pada PRU-11 dulu Datuk Dr.Rahman Ismail menang kawasan  Parlimen Gombak,lebih kurang 12,000 undi majoriti. Iniah senario mutakhir ini.Kaum Cina manis di luar tapi pahit di dalam.Ketika itu pengundi Cina menyokong parti MCA dengan kuat.
Tak tahu apakah kerja-kerja yang telah mereka buat? Harapkan pagar! Rupa-rupanya pagar itu sendiri memakan padi.Pembanguna pesat yang dibangunakan selama 46 tahun oleh Umno-BN di Selangor dan Pulau Pinang?

Dua negeri yang sangat kaya di dalam Malaysia,dalam sekelip mata sahaja,jatuh dan hilang di tangan oarang lain tanpa membuat kerja apa-apa pun.Mereka datang menikmati kemewahan Selangor dan Pulau Pinag yang telah dibangun oleh Umno-BN dengan titik peluh membasahi anggota,tiba-tiba mereka ambil dengan tangan kosng sahaja.
Datuk Yong Ketua MCA  Gombak berdiri berbaju biru kanan memperkenalkan Datuk Dr.Rahman(berkemeja putih) dari satu meja ke meja mengenalkan beliau sebagai calon Parlimen Gombak dari Umno-BN dan mengharapkan kaum Cina di  Parlimen Gombak  memilih beliau. Lawatan beliau dari meja ke meja itu disambut mesra,tetapi mereka sudah set minda bahawa undi adalah untuk calon PR.
Beberapa bulan kemudian Perak dapat dirampas semula oleh Umno-BN akibat 3 orang ADUN dari parti pemabangkang keluar dari gabunga Pakatan Rakyat. Dua orang dari PKR dan satu dari DAP.

PADA PRU-13 TSUNAMI PENGUNDI CINA PULA MELANDA

Akibat dari kekalahan teruk yeng telah dideritai oleh Umno-BN pada PRU-12 itu? Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah bekerja kuat dan menambakan diri,menemui rakyat,semua kaum, di serata seantero Malaysia,tidak menentu masa,iaitu ketika siang dan malam.

Bermacam-macam usaha dan bermacam-macam bantuan untuk kaum Cina dan India telah diberi dan sekolah-sekolah Cina dan India boleh dikatakan mencurah-curah bantuan telah dihamburkan menjelang tibanya PRU-13 dengan harapan agar pengundi dari kaum Cina dan India yang telah menyokong "Pakatan Rakyat" dari parti (PKR,PAS,DAP) akan mengubah sikap mereka agar menukar sikap akan mengundi Umno-BN pada PRU-13.
Datuk Dr. Rahman terus mengenalkan diri sebagai calon Umno-BN di Parlimen Gombak, dari meja ke meja pada  Majlis Makan Malam itu, di Padang Hil Crest. Beliau bekerja kuat,malangnya nasib tidak menyebelah beliau pada PRU-13 itu. Cempedak dah jadi nangka. Ini harus kaji untuk masa depan bagi Umno-BN.Majlis yang sama juga telah diadakan oleh MCA Gombak di DUN  Hulu Kelang sebanyak 2 kali.Tetamu dari kaum Cina yang hadir lebih dari 3000 orang pada 1 majlis.
Ketika Datuk Seri Najib hadir di majlis sambuatan-sambutan kebudayana India di Batu Caves, pulohan ribu kaum India menyambut beliau dan menyaurakan sokongan pada Umno-BN.Tapi pada PRU-13 calon Barisan Nasional dari parti MIC kalah teruk di DUN  Batu Cave. Dimanakah keikhlasan pengakuan kaum India yang mengatakan akan menyokog Barisan Nasional? Penulis turut hadir di majlis tersebut.Gambar di atas diambil ketika kesibukan kaum India berpusu-pusu nak berjabat tangan dengan PM.
Usaha-usaha Datuk Seri Najib dan Datuk Sri Muhyiddion Yassin itu dibantu pula oleh pemimpn besar Umno lain-lainnya dan termasuk juga beribu-ribu orang tokoh masyarakat dari badan-badan NGO seluruh Malaysia yang pro-Umno-BN terutama oleh badan-badan NGO Melayu yang patriotik.

CITA-CITA DAN HARAPAN TIDAK JUGA KESAMPIAN

KITA merangcang! Akan tetapi perancangan Allah swt., itu lebih tepat dari yang kita agak-agakkan itu. Ternyata segala jerih payah yang telah diusahakan oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Sri Muhyiddin Yassin itu ia tidak menjadi kenyataan. Ini mungkin kesalahan para pemimpin Umno yang telah lalu selama 50 tahun yang lalu.

Mereka dilihat asyik membangun penempatan dan perumahan baru dengan pesatnya.Banyak taman-taman perumahan baru dibina.Tetapi pada yang sama mereka tidak merancang dan membangunkan  (geo-politik) bangsa Melayu,sebagai kubu pertahanan di tempat-tempat perumah baru itu

Pada PRU ke-13 di Parlimen Malaysia sebanyak 222 kerusi itu? Umno-BN hanya menang 133 kerusi sahaja.Walau pun Kedah dapat dirampas semula. Akan tetapi kerusi Parlimen yang diharap-harapkan akan bertambah tetapi sebaliknya pula. Pada PRU 12 di Selangor Umno-BN menang 20 kerusi DUN dari jumlah 56 kerusi DUN di Selangor..

Tapi pada PRU-13 Umno-BN hanya menang 12 kerusi DUN sahaja dan pihak pembangkang menang 44 kerusi.Pembangkang berjaya menambah kekuatan, sedangakn Umno-BN mengurang pula.Kekuatannya di Selangor itu sendiri jadi semakin lemah. Difahamkan peruntukan kewangan pilihan raya untuk Serlangor berlipat kali ganda ditambah,tapi hsilnya terbalik,kemenangannya dilihat ia semakin merusut.

Kemerosotan kekuasaan itu? Boleh dikatakan sangat membahayakan pada nasib masa depan Umno-BN dan dan sekaligus kepada bangsa Melayu itu sendiri.

Selepas selesai mendaftarkan namanya sebagai calon Parlimen Umno yang rasmi pada hari penamaan calon pada SPR di Sekolah Meng.Sungai Pusu, di Gombak.Datuk Dr.Rahman Ismail dikalongkan bunga malai oleh penyokong kaum India dari MIC pada PRU-13 pada tanggal 5 hb.Mei 2013.Beliau kalah tipis.Pun begitu beliau  memberi tahu penulis beliau berazam akan bertanding lagi pada PRU-14 nanti jika diminta pucuk pimpinan Umno pusat..Beliau mendapat undi besar berjumlah 50,093 undi di kawasan Parlimen Gombak dan berjaya mengurangkan majoriti calon PR.
Akhirnya, negeri Selangor yang kaya raya akibat pembanguna dan pembaharuan yang telah dilakukan,telah dibangunkan oleh Umno-BN itu?Kini hilang dari kekuasaan Umno-BN akibat oleh kelalaian dan kelekaan oleh para pemimpin Umno-BN itu sendiri di semua peringkat di seluruh Malaysia.

Mereka semacam menyangka nikmat yang mereka nikmati sejak merdeka pada tahun 1957 hingga PRU-12 (2008) itu,ianya akan terus kekal abadi buat selama-lamanya,tidak akan mengalami perubahan.Senseviti hati-nurani rakyat kaum Melayu terhadap Umno-BN tidak dijaga dengan sebaik-baiknya oleh Umno

Tidak boleh dinafikan,begitu banyak diantara pucuk pimpinan Umno-BN dan di peringkat atas,bahagian dan cawangan yang sombong dan bongkak belaka akibat kemewahan yang telah mereka miliki.Mereka menmyangkan rakyat Melayu ini boleh dibodoh-bodohkan sepanjag masa.

Prestasi Umno memberi khidmat pada rakyat dilihat semakin teruk. Pada Mereka menyangkan bahawa pansa hingga ke petang? Rupa-rupanya hujan di tengah hari. Pada PRU-12 dan 13 menyaksikan Umno-BN kecundang lagi.Suara di dalam parlimen semakin mengurang dan mengecut.

Beberapa negeri berjaya dirampas oleh parti pembangkang. Selangor dan P.Pinang yang kata raya itu? Tetap masih berada di tangan pembangkang.

Ini,disebabkan kebanyakan kawasan pengundi di bandar-bandar dikuasai oleh pengundi-pengudi lain kaum,terutama para pengundi etnik Cina yang mana peratus bilangan pengundi-pengundinya Cina di kawasan bandar-bandar dah meningkat dah lebih ramai dari masa ke masa berbanding dengan pengundi Melayu.

Mereka ini(pengundi etnik Cina) bermula dari PRU-12 dan PRU-13 dilihat jadi semakin dah bersatu padu dan sudah bertekad untuk menyokong DAP.Mereka tidak peduli langsung pada parti MCA.Kaum Cina dilihat telah menolak pimpinan parti MCA secara menyeluruh dengan ketara sekali.MCA semacam menunggu masa untuk berkubur.

Sedangkan kita Melayu? Kini dah pecah pada 3 buah parti, iaitu dengan memberi sokongan  pada Umno,PKR dan PAS. Bila PAS dan PKR bersengkokol dengan Cina DAP. Maka tenggelamlah Umno.

Kenapa Tun Dr.Mahathir yang telah berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia 22 tahun lamanya, tidak beri garis panduan,tidak melarang Menteri Besar-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri kerajaan-kerajaan negeri agar jangan membangun penempatn baru di bandar-bandar terlalu cepat.

Boleh membuat pembangunan penempatan perumahan baru,tapi mesti juga membangun(geo-politik) pengundi bangsa Melayu tidak boleh di abaikan di tempat-tempat penembatan baru di taman-taman tersebut.

Penulis dah lama.. faham dah...bahawa kerajaan -kerajaan negeri memang punya kuasa otonomi dalam soal agama, tanah dan pembangunan penempatan baru di dalam di negeri masing-masing di  Malaysia?Agar jangan cepat sangat membangun penempatan baru di bandar-bandar baru.

Kerajaan pusat  boleh menyekat jika mereka mahu? semua menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri di semua negeri adalah dilanti oleh Perdana Menteri.Jadi? Segala arahan Perdana Menteri sudah pasti akan dipatuhi oleh mereka.

Caranya ialah untruk membatasi kuasa otonomi mereka dengan tindakan menggubal akta seketan kuasa otonomi negeri-negeri, agar jangan terlalu bebas membangun penempatan baru,di bandar-bandar dengan mengubal undang-undang baru menerusi parlimen.Tapi ini tidak dilakukan.Kenapa?

Yang dilakukan oleh Umno-BN ketika membangun taman-taman penempatan baru di Bandar-bandar,terutamanya  di Selangor?Kaum Melayu hanya diberi qota membeli rumah baru hanya 30% sahaja,sedang kaum asing diberi qota 70%.Kenapa jadi begitu?

Tolol sangat orang-orang Melayu berpolitik dan menjaga ketruanan bangsa Melayui..Berkorban apa saja,asalkan anda cepat kaya raya,sedangkan rakyat jadi papa kedana. Bila dah kalah pada PRU -12 dan 13 barulah anda rasa.Betapa pedihnya hilang harta pusaka peninggalan nenek moyang kita!Berpindah kepada si pendatang.

Ertinya jika 100 buah rumah dibina di tamana-taman baru itu,macam di Selangor dan di OP.Pinanag? Melayu hanya berhak membeli hanya 30 buah sahaja.Qota ini ditetapkan kononnya orang-orang Melayu tidak punya kuasa membeli yang kuat?

Maka negara kononnya akan lambat maju dan tidak membangun, jika tidak dibuat qota sedemikian. Siapa yang bersalah dalam soal ini? Nasi dah jadi bubur.

Tun Dr.Mahathir Mohamad,satu-satunya tokoh politik Umno paling lama memegang jawatan Perdana Menteri Maalysia.iaitu selama 22 tahun.
Semasa Tun Mahathir berkuasa dulu?Di Parlimen, Umno-BN masih punya kuasa majoriti .Tun boleh ubah perlembagan UNTUK  mewngurangkan kuasa raja-raja melalui kuasa di Parlimen ketika itu dengan kuasa majoriti yang ada di tangan kerajaan pusat.

Tetapi kenapa kuasa otonomi negeri-negeri sewenang-wenangnya terhadap kuasa tanah dan pembanguan di tanah-tanah negeri tidak di sekat? Kenapa cetak sekali pandangan Tun Dr.Mahathir?

Tiap-tiap pembangunan penempaatn baru di bandar-bandar di setiap negeri, mesti membangun (geo-politik) Melayu seperti yang dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura.Membangun rumah pangsa dan sekaligus membangun (geo-politik)untuk kaum Cina di sana.

Banyakan membina rumah pamgsa murah untuk Melayu yang kebanyakan miskin dan tidak mampu membeli rumah-rumah mahal dan rumah-rumah kedai mahal,hingga 3 atau 4 tingkat tingginya,seperti yang telah terjadi di Selangor dan di Pulau Pinang.

Dulu di Singapura 10 kawasan,ketika masih berkerajaan sendiri,iaitu sebelum merdeka melaui Malaysia, solid molid,ada penduduk Melayu di 10 tempat.Umno buka cawangan Umno di zaman Lim Yeu Hock. Umno-BN menang 8 kerusi pada dua kali piliharaya di sana..Hamid Jumaat jadi Timabaln Ketua Menteri atas tiket Umno.

Tetapi setelah Lee Kuan Yew berkuasa. Di seluruh Singapura, pada masa itu hingga kini,di semua kawasan di Singapura? Paling banyak Melayu ada setakat rata-rata di anatara10-15% sahaja dari jumlah penduduk Cina yang begitu padat.Lee Kuan Yew boleh buat di Singapura?Kenapa kita tidak boleh baut di Malaysia? Apa lebihnya Lee Kuan Yew?

Para pemimpin Malaysia,( YANG MELAYU)dilihat semacam  tidak ada program jangka panjang ketika hendak membuat pembangunan.Yang ada di otak mereka program jangka pendek yang memberi keuntungan cepat pada tokoh-tokoh besar Melayu yang sedang memegang tampuk kuasa.

Berdasarkan apa yang telah menimpa Umno-BN pada PRU-12 dan 13? Menyaksikan bahawa mereka (pemimpin melayu termasuk(Tun Mahathir sekalai)yang dianggap sangat bijaksana sebahagian besar orang-orang Melayu? 

Dilihat nyata tidak pernah memikirkan bahawa program jangka pendek itu biasanya selalu akan menikan diri sendiri jika tidak disertai dengan menyusun (geo-politik) bangsa Melayu di seluruh kawasan parlimen dan juga kawasan-kawasan DUN di Malaysia termasuk Sabah/Sarawak yang kini masih jadi(FIX DEPOSITE) pada Umno-BN.

Itulah sebabnya Singapura hilang dari Johor dan Pulau Piang hilang dari Kedah.

Kini Selangor dan Pulau Pinang terlepas pula dari tangan mereka setelah berhempas pulas membangunkan hingga jadi negeri-negeri yang kaya raya. Bilakah kedua-dua negerei kaya raya ini akan dapat dikuasai semula Umno-BN? Hanya Allah swt.dan masa sahaja yang menetukannya dan mengetahuinya.

Sekarang nasi telah jadi bubur.Dulu kita tidak pernah memikirkan dan menyangka bahawa pada suatu masa PKR/PAS/ DAP akan bergabung menentang Umno-BN. Kini apa yang kita tidak sangka? Ia sudah jadi kenyataan?Kaum Cina lebih 50 tahun lamanya telah menyokog MCA yang menjadi parti gabungan Barisan Nasional?

Kini sudah bertukar kiblat menyokog DAP akibat hasutan yang licin yang telah dilakukan oleh DAP, satu-satunya parti Cina yang rasis.Ada di anatara mereka(pengundi Cina) kini,telah bersumpah di depan penulis,bahawa mereka tidak akan menyokong MCA lagi.

Menurutt mereka MCA ketika berkuasa diliaht kononnya tidak peduli langsung terhadap nasib mereka selama 50 tahun yang lalu ini.

Melayu di dalam PKR dan di dalam PAS pula? udah pasti sangat seronok.Kenapa tidak? Dengan adanya gabungan Pakatan Rakyat buat penggal kedua PRU.Maka PAS berjaya menang 15 kerusi DUN di Selangor dan di lain-lain negeri yang tidak pernah mereka rasai.

Mereka kini dah dapat merasai nikmat berkuasa di Selangor dan di P.Pinang yang sekian lama mereka tidak pernah rasai.Justeru itu,mereka sudah tidak fikir lagi fasal survival bangsanya.Mereka kini sedang berikhtiar bagaimana boleh berusaha agar pengundi-pengundi Cina akan terus menyokong PAS dengan cara berbuat baik dan setia kawan dengan DAP.


Aapa sahaja perkataan dan perbuiatan DAP yang menyentuhi dan menyinggung hati nurani orang Melayu mutakhir ini? PAS akan mengambil sikap membisu tidak akan memmbuat komen. Baik yang golongan ulama dan golongan -golongan yang lain. Bangsanya Melayu tiodak penting bagi mereka.

Yang penting? Menjaga hati para pemimpian agar jangan tersinggung dan setia kawan mesti dipupuk seerat-eratnya.PAS bertukar sikap 1000 darjah? Di dalam dunia ini betapa tinggi pun ilmu ke aliman akidah agama Islam seseorang itu pun?

Tidak ada orang yang mahu menolak nikmat dunia. Kini nikmat dah berada di dalam tangan mereka dan sedang menikmartinya sepertri Umno-BN telah nikmati 56 tahun yang lalu di ketika MCA mendapat sokongan dari kaum-kaum Cina.

Bertahun-tahun lamanya PAS berputih mata untuk menang dalam banyak pilihan raya umum? Namun tidak kesampaian.Dengan adanya idea Anwar Ibrahim berjaya memujuk DAP mempercayai PAS?

Bermula pada PRU ke-12 barulah PAS berjaya menambah kemenangan di beberapa kawasan Parlimen dan DUN di serata negeri walaupun tidak begitu banyak dengan adanya sokongan dari kaum Cina membuang undi menyokong dan memilih PAS pada PRU 12 dan 13.

Akan jadi tolol dan bodohlah mereka,jika mereka mahu berkorban melepaskannya.Noway....habib...

MUSIM PEMILIHAN PEMIMPIN DI SEMUA PERENGKAT

Kini di dalam Umno! Musim pemilihan para pemimpin dari Cawanag sedang berjalan.Mesyuarat Bahagian dan pemimpin tertinggi Umno akan juga berlangsung hanya beberapa bulan lagi.

Pemilihan perengkat cawanagn kini sedang berjalan dan akan tamat pada 15 September 2013 ini.Kemudiannya akan diikuti ke peringkat bahagian dan pimpinan pucuk tertinggi di pusat pula.

Dari tinjauan yang penulis buat? Semua cawangan-cawanagn Umno di Gombak? Mereka dilihat sedang sibuk melobi untuk kekal berkuasa di cawangan-cawanagan.Yang paling sibuk sekali ialah para pemimimnya.Baik di cawanagan dan di bahagian.

Tokoh-tokoh di Bahagian ini, dilihat begitu sibu berkempen agar mesyuarat cawangan -cawangan akan memeilih rejim ke mesyuarat bahagian yang diharapkan akan mengundi tokoh-tokoh yang mahu mempertahankan dan merebut jawatan Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian dan sekaligus untuk mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa di Bahagian .

Kesibukan mereka ini dilihat lebih sibuk dari semasa kempen PRU ke-13.Pada kempen PRU -13 dulu itu,jika hendak tubuh bilik gerakan pilihanraya di cawangan-cawangan ? Dilihat begitu sukar untuk mendapat tenaga kerja.

Tetapi ketika hendak mengadakan mesyuarat agung cawangan-cawangan? Jika hendak dapat 70 atau 80 orang ahli hadir di mesyuarat tersebut dilihat senang sekali.Apakah formula yang telah dilakukan sukar untuk diketahui.

Mesti ada rahsianya?Agaknya mesti ada masukkk.....kata budak-budak nakal?. Bila ada masuk? Sudah pasti di sana ada taukehnya.Bila dah jadi taukeh? Mesti ada banyak wang.  Mereka yang begitu sibuk mahu terus mempertahankan tampok jawatan-jawatan di Bahagian ini? Sedang kerja kuat ke sana ke mari melobi para perwakilan dari cawangan-cawangan.

Mereka dilihat lebih rela kalah dalam pilihanraya sebagai ADUN dan sebaliknya semacam tidak mahu kalah dalam pertarugan jadi pucuk pimpinan cawangan dan bahagian-bahagian Umno.Mereka dilihat berpendapat
semacam jawatan MP dan ADUN itu tidak penting.

Anih nya? Mereka sering bercakap soal transformasi pemimpin? Tetapi mereka sendiri tidak mahu melakukan transformasi? Cakap tidak serupa bikin.

Mereka semacam tidak mengetahui kalah bayak kerusi DUN di negeri? Makan hilanglah kuasa politik Umno di negeri-negeri itu.Sekaligus merka dilihat semacama tidak  faham bahawa jika banyak kalah kerusi-kerusi di Parlimen?

Maka Umno-BN akan hilang kuasa majoriti di dalam Parlimen Malysia.Tanpa kuasa ( dua per tiga) di dalam parlimen? Maka tidak boleh baut apa-apa jika perlembagaan Malaysia mahu diubah suai.

"Kalau menang baik,jika kalah tidak apa.Asalkan aku tetap jadi Ketua cawangan-cawangan dan Ketua Bahagian atau jawatan yang lain dalam bahagian," kata mereka dengan muka-muka toya aje..Kenapa jadi begitu?

Mereka tahu,jika kalah pun,sebagai ADUN di Bahagian Umno? Tetapi masih kekal berkuasa sebagai para pemimpn di bahaghian Umno.Segala pertuntukan akan diberi kepada mereka.Bagaimana cara mengagih-agihnya.

Maka terpulang pada kuasa yang ada di tangan pucuk pimpinan bahagian Umno itu sendiri yang akan menguruskannya.Adakah adil atau sebaliknya peruntukan itu tiba pada sasaran yang  pucuk pusat mahukan? Itu tidak begitu penting bagi mereka.Itu soal remeh aje...

Pucuk pimpinan Umno pusat harus mengkaji sedalam-dalamnya dan perlu dibanteras segera dan melakukan perubahan-perubahan (reformasi) yang drastik dalam konteks ini.Jika tindakan tidak di ambuil secara drastik?
Sebaik sahaja mengambilallih kuasa sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden Umno.Pada Pilihan Raya Umum yang pertama di bawah pimpinan beliau? Pak Lah telah menang besar dalam PRU -11 pada tahun 2004.Kemenangan besar Pak Lah itu tidak pernah dicapai semasa Mahathir jadi PM. Akibat lena tidur oleh kemenangan itu dan akibat kegagalan pasukan "perisik politik" Umno? Umno-BN masih di bawah pimpinan Pak Lah kalah teruk pada PRU-12 pada tahun(2008).Disangkankan panas hingga ke petang?Rupa-rupanya hujan di tengah hari....

Yang pastinya? Penyakit ini akan terus menerus menular dan kekuatan Umno akan menjadi semakin lemah.Sangat bahaya pada nusa dan bangsa.

Jika persepsi ini berlanjutan?Maka inilah sebab utama membuatkan Umno mengalami kekalahan pada PRU ke-12 dan ke -13 ini. Ahli-ahli dan para pemimpn cawangan-cawangan dan Bahagian-Bahagian tidak begitu komited terhadap jawatan yang mereka pegang.

Apatah lagi tentang peruntukan yang telah disalurkan kepada mereka?Tidak sampai ke matlamat sasaran yang dihasratkan oleh pucuk tertinggi parti Umno di pusat untuk mendapatkan kemenangan pada PRU-PRU yang akan datang. Perlu ada odit untuk melakuan pemeriksaan yang rapi.

Kerana cinta dan kasih sayang mereka terhadap parti sungguh longgar dan tidak berfungsi samasekali untuk memberi jaminan kepada kemenangan Umno pada setiap ketibaan pilihanraya umum di masa-masa yang akan mendatang..

TINDAKAN DATUK SERI NOH OMAR  HARUS DICONTOHI.

Dalam kesibukan para pemimpin Umno seluruh Malaysia mengumunkan akan bertanding jawatan ini dan itu? Ia berbeza sekali dengan sikap politik yang telah ditunjukan oleh Datuk seri Noh Omar,Pengerusi Badan Perhubung Umno Selangor.

Utusan online,ruangan politiknya pada  tanggal 5 hb.Sept.,2013 telah menyiarkan pengumuan Datuk Seri Noh Omar mengambil keputusan mengejut bahawa beliau akan menarik diripada dicalonkan bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti pada bulan Nobember ini.

Beliau memberi empat sebab keputusan utama keputusan tersebut diambil antaranya bagi menumpukan tumpuan sepenuhnya kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri selepas melihat senario  politik Selangor yang memerlukan pihaknya memberi komitmen sepenuh tmpuan.

"Berdasarkan senario politik semaa dalam Umno,saya dengan rasa rendah diri telah mengambil satu ketetapan untuk tidak mencalonkan diri dalam pemilihan ahli MT yang akan datang.

"Saya mengambil keputusan ini sebagai tanda terima kasih kepada Presiden Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak akan kepercayaan melantik saya sebagai Pengerusi Perhubugan Umno negeri dan akan berusaha akan merealisasikan hasrat Perdana Menteri  supaya Umno kembali berkuasa di Selangor," katanya ketika berucap dalam majlis Aidilfitri dan Kemerdekaan Pergerakan Wanita Umno Selangor pada dua malam yang
lalu.

Menurutya,beliau juga memebri tumpuan sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri Selangor dalam memastikan segala projek dan peruntukn kerajaan Persekutuan bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan berkesan tetapi dinikmati dan dihargai oleh rakyat Selangor.

Datuk Seri Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang berkata,langkah menarik diri daripada dicalonkan jawatan MT juga adalah bagi menghormati suara sayap dalam Umno yang mencadangkan wakil mereka bertanding jawatan MT.

"Secara kebetuan antara calon-calon sayap tersebut datangnya dari Selangor iaitu Ketua Wanita Umno negeri Datuk Raja Rupiaah  Raja  Abullah,Exco Pemuda,Datuk Sohaimi Shahadan yang juga Ketua Pemuda Umno Selayang dan Datuk Mohd Satim Diman yang telah menawarkan diri bertading Ahli Majlis Tertinggi," katanya.

NOH OMAR BERJAYA MENANG DI TANJUNG KARANG DAN DUA LAGI KAWASAN DUN DI BAWAH JAGAANNYA.

Datuk Seri Noh Omar Ketua Umno Bahagian Tangjung Karang.Pada PRU-13 beliau telah berjaya mempertahankan kerusi parlimen Tanjung Karang untuk Umno-BN dan dua lagi kerusi DUN yang berada di dalam kawasan Parlimen Tanjung Karang.

Umno-BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,pada PRU-13 yang baru lalu,walaupan Umno-BN dapat merampas kuasa politik di Kedah dan berjaya mempertahankan kuasa politik di Perak? Namun hakikatnya?Kerusi Umno-BN di Parlimen Malaysia semakain mengecut.Umno-BN hanya menang 133 kerusi Parlimen Malaysia dari jumah 222 kerusi.Kerajaan Perpaduan Melayu harus ditubuhkan.Datuk Seri Najib harus diizinkan berusaha ke arah itu.Para pemimpin Umno yang "cetek fikiran"cepat melenting bila tersiar berita Anwar Ibrahim(pembangkang) menawarkan perundingan (dailog) dengan kerajaan pimpina Datuk Seri Najib Tun Razak.Kenapa jadi gitu beb.....cepeat sangat melenting...takut jawatan terpelanting ke...mahu tidak mahu politik perpaduan Melayu jangka panjang mesti diujudkan demi survival Melayu beb....cubalah belajar berfikir jauh beb....?
Pecahan para pengundi di Parlimen Tanjung Karang adalah sama juga dengan pengundi-pengundi di kawasan-kawasan PARLIMEN yang UMNO tewas.

Apakah formula dan strategi yang telah digunakan oleh Noh Oamr itu? Harus dipelajari oleh Ketua-Ketua Umno Bahagian yang telah tewas dengan teruk di kawasan Parlimen dan DUN masing-masing di Selangor.

Jangan malu untuk belajar dan bertanya.Malu bertanya akan sesat jalan,kata orang tua-tua kita di zaman dahulu kala.Walaupun jawatan MT dan sebagainya adalah amat penting?Pun begitu Noh Omar tidak mahu mempertahankannya.

Bagi Noh Omar ialah terus bekerja dan bekerja untuk kekuatan parti Umno adalah lebih penting dari jawatan.Ada jawatan? Tetapi tidak punya idea,malas bekerja? Ianya merupakan perbuatan yang telah derhaka dan menikan Umno dari belakang.

Pada hemat penulis tindakan Datuk Seri Noh Omar tidak mahu memepertahankan jawatan (MT) itu merupakan satu langakh yang baik,bijak dan ianya harus dicontohi oleh para pemimpin Umno lain di semua perengkaa di seluruh Malaysia,agar pertandinag yang bakal terjadi itu tidak akan jadi begitu bercelaru,sia-sia sahaja dan ia semacam pesta.

Terutama pada tokoh Umno yang telah tewas teruk pada PRU-13 di kawasan DUN dan parlimen yang mereka tandingi itu.Rakyat di kawasan tersebut ternyata dah tidak sukakan pimpinan mereka. Hidung tak mancung?Maka pipi janganlah tersorong-tersorong jadinya.

Ukurlah baju dengan badan sendiri.Berundurlah dengan hormat.Berilah peluang kepada orang yang lebih berwibawa dan rajin bekerja dari anda.Apa guna jadi ketua itu dan ini?

Tetapi telah gagal memahami hati nurani rakyat Melayu setempat dan gagal menambahkan lagi penyokong terhadap Umno?Bila bertarung di setiap pilihanraya umum tewas dan memalukan diri anda sendiri.Jadi bahan ketawa di kalangan pengundi-pengundi tempatan.

Kekuatan Umno bukanlah terletak pada jawatan yang dipegang oleh seseorang itu.Tetapi ia bergantung kuat pada komitmen yang akan disumbangkan oleh setiap individu yang menjadi pemimpin pada ahli-ahli Umno itu secara gigih dan ikhlas bekerja untuk memperkasakan kedudukan parti adalah lebih penting dari jawatan yang anda sandang.T

Terutamanya, anda mesti mampu menentang dan memperjelaskan persepsi buruk (fitnah-fitnah buruk) yang telah dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang.

Taka ada guna anda memegang jawatan itu dan ini pada parti, jika anda tidak berwibawa dan tidak aktif secara bersungguh-sungguh untuk menguatakan parti anda.Umno itu hanya wadah.Andalah yang mesti bijaksana dan benar-benar rajin untuk mewarnainya.

Tanpa jawatan pun anda boleh menyumbangkan transformasi fikiran ,tenaga bakti anda secara jujur dan ikhlas demi survival parti Umno itu sendiri dan sekaligus untuk survival bangsa Melayu,agama dan negara Malaysia di masa depan Umno jika anda berwawasan.

Tidak dapat dinafikan bahawa parti Umno merupakan satu wadah parti politik yang telah banyak berjaya dan berbakti kepada reformasi negara iaitu reformasi pertumbuhan dan perkembangan dan kemajuan  bangsa Melayu itu sendiri pada nusa-bangsa sejak mencapai kemerdekan tanah air yang tercinta ini bermula pada tahun 1957 hingga kini.Pun begitu?

Transformasi dan reformasi untuk kebaikan negara,rakyat.agama harus diteruskan mengikut reformasi masa yang terus menerus berubah denagn cepatnya.Para ahli Umno di serta Malaysia dibolehkan bertanding merebut sebarang jawatan bila tiba musim pemilihan para pemimpin parti anda.Sebelum melangkah untuk ke medan pertandingan?

Ukurlah baju di badan sendiri.Jauhkan diri anda dari menjadi pak sibuk aje.Orang bertanding anda bertanding.Apakah kensep pertandingan itu tidak anda fahami.

Saugiya diingatakan!Tiap-tiap pertandingan itu mesti akan yang menanag dan yang kalah?Keputusan itu?Sudah tenttu akan melahirkan sedikit sebanyak bibit-bibit rasa tidak paus hati di antara para petanding ketika proses pertandingan itu berjalan.

Ini tidak dapat dinafikan.Peristiwa dan kisah pertanding lama telah membuktikannya banyak buruk dari baiknya.Formula yang lebih baik ialah demokrasi terpimpin untuk anda.

Kadang-kadang kita terlatah juga,kononnya hendak menjunjung tinggi system demokrasi ciptaan penjajah Barat. Akhirnya? Menang sabung ayam,tapi negara tergadai pada pendatang.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com. at 2236 hrs on Sept.,06,2013.









No comments: