Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi |
Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, menurutnya, pihak polis akan menjalankan siasatan jika mendapat laporan berhubung insiden berkenaan.
Malah beliau berpendapat laporan polis perlu dibuat kerana perkara itu jelas bertentangan dengan kedaulatan negara.
"Tak sepatutnya ada orang yang mempertikaikan Jalur Gemilang termasuk mahu menggantikannya dengan bendera lain. Kita sebagai rakyat, biarpun berbeza pendapat dan ideologi politik, kita kena terima hakikat, tak semua perkara perlu ditentang termasuk keputusan terdahulu khususnya berkenaan Jalur Gemilang.
"Kita tidak boleh menghina Jalur Gemilang. Saya fikir, penghinaan terhadap Jalur Gemilang, sampai nak kata jalur temberang, perlu dielakkan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Rauf Yusoh di Ukay Perdana dekat sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa menteri Kabinet yang lain.
Ahmad Zahid mengulas tindakan beberapa aktivis propembangkang mengibarkan Sang Saka Malaya selain menggelar Jalur Gemilang sebagai 'jalur temberang' ketika sambutan Ambang Merdeka.
Ahmad Zahid berkata, siasatan akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai penglibatan pemimpin politik dalam kumpulan gangster, beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dalam hal itu termasuk melibatkan pemimpin di pihak kerajaan mahupun pembangkang.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted bgy abnmulya /Bakar Ninggal, blogspot. com. at 12.44 am on Ogos02,2013.
No comments:
Post a Comment