Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Ahad,Oktober 13,2013 at 2.12 pm.
Dari hasil keputusan yang dicapai oleh Ketua Pemuda,Khairy Jamaluddin Abu Bakar,Ketua Wanita,Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri,Mas Ermieyati Samsuddin itu?
Jelas menunjukkan bahawa para perwakilan Umno di seluruh Malaysia sebanyak 146,000 orang kurang lebih itu,boleh dikatakan cukup matang untuk mengambil keputusan serta membuat pilihan bijaksana.
Pilihan yang bijaksana hasil dari "homework" mereka yang telah lama mengikuti segala perkembangan yang bersangkut paut pada pemilihan Umno pada tahun ini,di semua perengkat jawatan, sebelum tiba ke detik mereka akan membuat pilihan yang bijaksana di hari mengundi.
Jelas sekali, para perwakilan Umno di seluruh Malaysia,dilihat tidak begitu memberi fokus yang serius terhadap calon-calon bidan terjun itu.
Mereka ini boleh dikatogerikan sebagai tokoh-tokoh baru yang hanya mahu buat kacau daun dan menyibuk sahaja sifat penyertaan mereka itu atau pun inginkan nama-nama mereka akan tercatit di buku pemilihan pada tahun 2013 ini sebagai calon-calon yang kalah?
Pengikut-pengikut Puteri Mas Ermiyati Samsuddin kelihatan sedang hendak masuk ke dewan mengundi,di tempat mengundi,di Bahagian Puteri Umno diMasjid Tanah,Melaka. |
Apakah itu semua merupakan kemahaun mereka sendiri atau pun ada dalang-dalang yang miang keladi di belakang mereka yang menggalakkan mereka turun kepadang walau pun tanpa persiapan yang kongkrit? Jika mereka ini turut sekaki bertanding disebabakan ada dalang yang mengorbitnya?
Perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral yang telah dilakukan oleh dalang-dalng itu? Sangat dikesalkan dan kenapa di saat Umno sedanag berdepan dengan situsasi getir bermula sejak tahun 2008 hingga kini (PRU-13),tetapi masih ada dalang-dalang bukan hendak menyatu padukan orang-orang Melayu di dalam Umno tetapi disebaliknya? Rupa-rupanya,masih ada kitol di dalam Malaysia ini?
Senario Pemuda Umno Bukit Bintang sedang menjalankan majlis pemilihanya semalam. |
Cuma yang tidak manis dilihat? Ialah cara-cara dan alasan kenapa mereka terpanggil untuk turut bertanding itu? Tidak dinyatakan dan sekaligus tidak membawa bersama-sama isu-isu yang hebat,tiada blue print,tiada gagasan baru yang bersifat akan memberi manfaat pada Umno dan rakyat Malaysia.
Tiada gagasan-gagasan yang mampu menggambarkan kenapa perlu mereka itu bertading.untuk mengalahkan para penyandang jawatan tersebut yang mnampu membuat penyokong-penyokong yang taat setia pada penyandang itu akan buat U turn kepada mereka.
Para pemilih dari sayap pemuda saedang mengundi di Dewan mengundi di Batu Cave,Gombak,Selangor Darul Ehsan. |
Telah berduyun-duyun diserbu oleh tokoh-tokoh "bidan terjun" mahu mencabar kedudukkan penyandang-penydang yang sedang bertugas.
Sebelum mereka mahu menyatakan hasrat mereka itu untuk mencabar kedudukan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita yang seang menyanang jawatan-jawatan tersebut.
Tidakkah mereeka itu sedar bahawa penyandanag- penyandang jawatan itu adalah merupaka pemimpin lama yang tidak asing lagi bagi penyokong-penyokong Umno di akar umbi di seluruh Malaysia?
Orang-orang ini pula sedang memegang jawatan menteri dan sebagainya dan sekaligus mereka itu adalaha tokoh-tokoh yang menjadi regu Datuk Seri Najib Tun Razak,Presiden Umno dan merangkap sebagai Perdana Menteri Malaysia yang mana kedudukan beliau di dalam Umno itu sendiri,sudah semakain mantap dari ke hari.
Jika mereka tidak kuat? Mampukah Datuk Seri Najib Tun Razak telah menang tanpa bertanding selaku Presiden Umno itu sendiri. Begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin,sebagai Timbalan Presdien Umno Malaysia.?
Ujung-ujungnya? Akibat dari sesuatu keputusan yang diambil tanpa kajian yang mendalam dan teliti? Bila keputusan cara tidak rasmi diumukan menerusi TV 1 dan TV 3.
Penulis lihat 4 orang para pencabar Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hingga jam 4.00 pagi tadi, masih belum mendapat undi walaupun dari satu Bahagian Pemuda Umno se Malaysia.
Kita akui adat bertanding begitulah kesudahannya.Tetapi senario yang di alamai oleh para pencabar Khairy Jamaludin Abu Bakar itu, sangat menyedihkan .Mereka dilihat semacam dagangan yang tidak laku gayanya. Dipandang langsung tidak,apatah lagi untuk disentuh.
Penomena ini! Harus dijadikan tauladan untuk masa-masa yang akan datang.Tanpa strategi yang ampuh tak usahalah terjun di medan juang untuk mengalahkan musuh anda.
Kegembiraan yang dicari,akhirnya anda bertemu dengan senario ayang amat memilukan hati dan jadi bahan jenaka pula pada rakan-rakan anda sendiri.(Posted by abnmulya/ Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1412 hrs on Oktober 13,2013.
No comments:
Post a Comment