WARTAWAN AGENDADAILY
KEMASKINI: Dalam sidang media pertama hari ini di Ibu Pejabat UMNO PWTC, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata keputusan sehingga jam petang calon Ketua Puteri UMNO Pusat Mas Ermieyati Samsudin kini mendahului saingannya dengan tujuh berbalas dua.
Datuk Abd.Rauf Yusoh,Setiausaha Kerja Umno Malaysia. |
Mas pula memperolehi undi daripada bahagian Sungai Petani, Tambun, Jempol, Labis, Kota Melaka, Tapah dan Sekinchan.
Sementara itu, untuk jawatan Ketua Wanita UMNO Pusat, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat satu undi dari bahagian Labuan manakala untuk jawatan Ketua Pemuda masih di dalam proses pengiraan.-12/10/2013
Sehingga berita ini ditulis jam 2.30 petang Sabtu - kecuali beberapa kelemahan kecil...proses pemilihan sayap Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO di 191 bahagian di seluruh negara berjalan lancar.
Keseluruhannya 573 mesyuarat ketiga-tiga sayap bermula serentak sejak jam 8 pagi. Pemilihan kali ini menyaksikan 110,765 perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memilih kesinambungan kepimpinan sayap parti itu untuk penggal 2013 hingga 2016.
Bagi pergerakan Pemuda, 94 calon disahkan layak bertanding di peringkat pusat manakala 7,125 calon di peringkat bahagian.
Bagi pergerakan Wanita pula, 51 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 6,758 calon di peringkat bahagian. Seramai 35 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 4,955 calon di peringkat bahagian pergerakan Puteri.
Debaran menanti keputusan khususnya peringkat pusat yakni ketua ketiga-tiga sayap dan barisan exco masing-masing dijangka bermula pada jam malam.
Ia akan diumumkan di Pusat Dangan Dunia Putra. Manakala keputusan pemilihan peringkat bahagian pula akan diumumkan di bahagian masing-masing. umno-undi2 Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Azmi Khalid berkata pihaknya menjangka keputusan awal tiba di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn,PWTC sekitar 7 malam.
"Pengerusi Tan Sri Tajol Rosli akan mengumumkan dari semasa ke semasa yang dijangka berlarutan sehingga awal pagi," katanya.
Ditanya mengenai perjalanan mesyuarat perwakilan dan pemilihan yang bermula sejak 8 pagi, beliau berkata sehingga kini semuanya berjalan lancar.
"Masalah kecil yang dilaporkan juga berjaya diselesaikan dengan kadar segera," katanya. Azmi berkata bahagian-bahagian yang tidak mempunyai banyak anggota perwakilan mungkin menutup proses pemilihan seawal 1 tengah hari manakala bahagian yang besar seperti di Sabah, dijangkakan agak lewat.
Sementara itu kalangan rata-rata perwakilan Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umn
o berpuas hati dengan pelaksanaan sistem 'Electoral College' dalam pemilihan parti hari ini bagi menentukan pemimpin di peringkat bahagian dan pusat.
Mereka berpendapat sistem itu boleh dipraktikkan dalam pemilihan akan datang kerana bersifat demokratik selain memberi peluang mereka mengenali lebih dekat calon-calon.
Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Ab Rauf Yusoh berkata maklum balas daripada 146,000 anggota perwakilan yang terlibat dalam pemilihan menggunakan sistem 'Electoral College' kali ini akan dijadikan rujukan bagi penambahbaikan untuk proses pemilihan parti akan datang.-(Postedd by abnmulya/ Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1729 hrs on October 12,2013.
No comments:
Post a Comment