Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan,Tan Sri Dr.Rais Yatim,semacam berperanan untuk menautkan semula air yang dicincanag demi kemanfaat bangsa Melayu seluruhnya. |
Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Khamis,Oktober 03,2013 at 3.20am
Pepatah Melayu yang sering disebut-sebut oleh orang tua-tua kita di zaman dahulu kala yang sangat popular yang berbunyi,"Dicincng air tidak akan putus." Sementara satu lagi pepatah Melayu yang mempunyai erti dan maksud yang sama juga ialah "Sebusuk-busuk daging itu? Masih boleh dibasuh dan dibersihkan, kemudiannya dimasak dan akhirnya boleh dimakan juga."
Maksud utama pada dua peribahasa dan pepatah Melyau yang seperti tersebut diatas itu ialah,mahu memberi pengertian dan merungkaikan jika terjadi isu perbalahan atau pun sengketa yang telah terjadi di antara kita bangsa Melayu dengan bangsa Melayu lain di dalam Malaysia ini?
Ia merupakan seperti tindakan kita mencincang air di lautan.Pada bila-bila pun air itu tidak akan putus. Sebaik sahaja selepas dicincang,air itu akan bertaut semula.Begitu juga jadinya dengan sebusuk-busuk daging.Masih boleh dibasuh hingga bersih,kemnudiannya dimasak gulai kari dan pada akhirnya,daging itu boleh dimakan juga.
Sekaligus merupakan buat kali pertama terjadi peristiwa sedih,bahawa Umno-BN hilang kuasa majoriti ( dua per tiga) kerusi di dalam Parlimen Malaysia yang mempunyai 222 kerusi semuanya.Umno-BN hanya menang sebanyak 140 kerusi sahaja termasuk kerusi-kerusi dari Sabah dan Sarawak.
Negeri-negeri yang berjaya mereka tawan(parti pembangkang) itu ialah,negeri Selangor,Perak,Kedah,Pulau Pinang dan PAS terus kekalkan kuasa politiknya di Kelantan.Tidak seorang pun yang dapat menduga sebelummnya, bahawa senario politik di negeri-negeri tersebut akan terjadi sedemikian rupa? Itulah ketentun Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa.
Kekalahan teruk yang telah dialami oleh Umno-Barisan Nasional pada PRU tersebut?Ia tidak boleh dinafikan sungguh mengejutkan para pemimpn tertinggi Umno-BN itu sendiri khasnya dan orang-orang Umno-BN di seluruh Malaysia amnya.Tak disangka-sangka,buah cempedak dah jadi nagka.
Itulah yang menyebabkan trajedi yang amat malang yang telah menimpa ke atas Umno-BN yang tidak pernah terjadi sebelumnya sejak mencapai kemerdekaan tanaha air dari penjajahan British? Trajedi i ni sangat menyedihkan.
Maka mulai dari tarikh tersebut maka lahirlah perkataan tsunami politik telah menjadi begitu popular dan mula meniti di setiap bibir rakayat Malaysia,sekaligus ia ditakrifkan bahawa tsunami politik telah melanda pantai politik Malaysia.
KEPUTUSAN (PRU-13) PADA 5 hb.Mei, 2013 PULA?
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang telah diadakan pada tanggal 5 hb.Mei 2013 pun tidaklah boleh menggembirakan hati Umno-BN dari segi keputusannya.
Walaupun Umno-BN dapat menawan semula negeri Kedah dari Pakatan Rakyat,di mana parti PAS menjadi tunjang kuasa politiknya dapat dikalahkan di Kedah?
Datuk Hasan Ali pun pernah terlibat berusaha untuk mengujudkan "Kerajaan Perpaduan" antara Umno dan PAS.tetapi menemui kegagalan secara total |
Ini,bererti kerusi parlimen Umno-BN telah susut sebanyka 7 kerusi lagi berbanding pada PRU-12 dulu dimenagi oleh Umno-BN 140 kerusi. Dari segi politik? Biar siapa pun yang menjadi Perdana Menteri Malaysia?
Kedudukan politik semacam ini? Ia tentu amaat menggusarkan pada siapa sahaja yang sedang jadi Perdana Menteri Malaysia? Justeru itu,selaku seorang ahli politik yang berwawasan besar dan bertanggng jawab pada nasib masa depan rakyat Malaysia di masa-masa yang akan mendatang?
Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikenali merupakan seorang tokoh politik yang sentiasa gigih bekerja untuk rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.Jauh disudut hati beliau?
Sudah pasti beliau berazam kuat akan mencari dan terus mencari jalan keluar dalam usaha untuk mendapatkan satu formula yang mantap,agar sebuah kerajaan yang punya suara majoriti ( dua per tiga) di dalam Parlimen Malaysia, harus segera diujudkan dengan apa cara sekalipun.
Melayu yang berada di dalam PKR dan PAS mesti difahamkan dan disatukan semula dengan menggunakan santunan yang luar biasa,supaya boleh menjadi satu saf di dalam kerajaan di mana Umno yang berpaksi sebagai tunjangannya.
Hikmah pepatah Melayu yang sering mengatakan, "Air dicincang tidak akan putus" mesti dijelmakan jadi di alam kenyataan dengan menggunakan santunan menang-menang buat kedua-dua belah pihak.
Orang-orang tengah untuk memulakan dailog mesti diujudkan untuk melakukan perundingan secara sulit pada permulaan untuk merisik-risik respon dari pihak sebelah sana.
Begitu juga dengan perkataan bidalan Melayu yang telah digunakan oleh orang tua-tua zaman dahulu kala yang mengatakan bahawa,"Sebusuk-busuk daging? Jika ia dicuci dengan bersih dan sebrsihnya?Akhirnya ia boleh dimasak gulai dan ia boleh dimakan".
KENYATAAN YANG MENGEJUTKAN?
Syukur Alhamdulilah ! Pada tanggal Oktober 01,2013 menerusi Utusan online telah menyiarkan satu kenyataan dari Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan,Tan Sri Dr.Rais Yatim, mendedahkan usaha untuk mempertemukan para pemimpin ketiga-tiga parti politik orang Melayu kini semakin hampir menjadi kenyataan.
Beliau berkata,jika menjadi kenyataan kelak,pertemuan melibatkan wakil-wakil daripada Umno,PKR dan PAS akan diadakan di Kelantan,Terengganu dan Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Beliau berkata,usaha mempertemukan wakil-wakl daripada ketiga-tiga parti teresebut dibuat oleh bebeapa pihak termasuk pemimpin dan intelektual Melayau serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Namun,jelas beliau,pertemuan tersebut bukanlah atas dasar politik,sebaliknya perpaduan bangsa Melayu dan kepentingan Islam.
"Pertemuan itu kelak bukanlah tentang politik UMNO,PAS atau PKR,tetapi bertjuan membincangkan tentang perjuangan Melayu.
"Mereka Umno,PAS dan PKR) janganlah takut untuk bersemuka kerana pertemuan tersebut untuk membincangkan isu ekonomi,agama,bangsa,budaya dan bahasa Melayu. Semua isu ini sebenarnya sangat dekat di hati orang Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perpaduan Ummah Dalam Peradaban Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) di Tanjung Malim,Perak.
SAYA TERUS BERJUANG SEHINGGA IMPIAN MENAWAN PUTRAJAYA TERCAPAI.
PADA tangga Sept 29,2013 Menerusi Utusan online,Pengerusi DAP,Karpal Singh menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur daripada arena politik selagi pakatan pembangkanag belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.
YB Karpal Singh,Pengerusi DAP |
Karpal yang merupakan Ahli Parlimen DAP di Bukit Gelugur juga membayangkan untuk terus bertanding pada pilihanraya umum akan datang sekiranya dicalonkan oleh parti.
"Saya akan berjuang bersama parti sehingga impian (menawan Putrajaya) tercapai.Pada pilihanraya akan datang,pakatan pembangkang berpeluang merebut kuasa daripada kerajaan pusat," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mengundi sempena pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada tanggal 29 hb.Sept.,2013.
Selaku seorang ahli politik kanan di dalam DAP? Sesungguhnya Karpal Singh memang bebas dan dibolehkan memasang impian menurut perhitungannya bahawa pada PRU ke-14 nanti pakatan pembangkang kononnya berpeluanag merebut kuasa daripada kerajaan pusat (menawan Putrajaya).
Itu merupakan hak Karpal bercakap selakau Pengerusi Parti DAP.Demokrasi sama sekali tidak menegah ataupun melarangnya untuk berkata demikian.
RAIS YATIM MENDEDAHKAN
Tetapi malangnya, Tan Sri Dr.Rais Yatim pula telah mendedahkan bahawa usaha untuk mempertemukan para pemimpin ketiga-tiga parti politik orang Melayu kini semakin hampir menjadi kenyataan.Beliau berkata, jika menjadai kenyataan kelak.
Pertemuan itu melibatkan wakil-wakil dari UMNO,PKR dan PAS akan diadakan di Kelantan,Terengganu dan di Kuala Lumpur di dalam masa yang terdekat. Dari kenyataan yang didedahkan oleh Tan Sri Dr.Rais Yatim itu? Ia membuktikan bahawa Air dicincang tidak akan putus.
Jelas dilihat,walau bagaimana pun busuknya daging itu? Ia,masih boleh dicuci jadi bersih,lantas dimasak gulai kari daging.Akhirnya boleh dimakan semula beramai-ramai oleh orang-orang yang tidak ego serta tidak sombong,bukan pada orang yang ego, kononnya beliau sahaja yang maksum dan arifbillah. Poorlah.. .ha... ha...ha. segera bersaralah.....
Penulis rumusankan di sini,jika apa yang telah didedahkan oleh Tan Sri Dr.Rais Yatim itu akan segera jadi nyata? Ini bererti satu petanda baik kurniaan dari Allah s.w.t. yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Sekaligus dan secara otomatik,impian Karpal yang tinggi menggunung untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 yang akan tiba selama 5 tahun lagi itu? Akan terkubur di liang lahad,di dalam bumi yang gelap gulita.
Impian Karpal itu? Ia tetap tinggal jadi impiannya dan sekaligus bolehlah dikatakan Karpal Singh dan kawan-kawannya di dalam DAP akan merasa kepunan untuk berada dan berkuasa di Putrajaya.
Satu-satunya,harta pusaka bangsa dan negara Melayu yang harus dijaga,dengan apa cara sahaja, pada bila-bila masa jua dengan segala daya upaya yang ada di tangan kita,hatta walaupun terpaksa mengorbankan jiwa dan raga kita semua.(Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com at 3.20am on Oktober 03,2013).
No comments:
Post a Comment