Saturday, October 26, 2013

Serawak tewas.Penantian Pahang 16 tahun berakhir.Kelantan lawan Pahang pada 03 hb.November 2013 di stadium Shah Alam

Oleh FARHANA JONI 
sukan@utusan.com.my 

KUCHING - Impian Pahang untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia akhirnya tercapai selepas 16 tahun menanti apabila menunjukkan pintu keluar buat juara Liga Perdana, Sarawak dengan agregat 4-2 setelah seri 1-1 di Stadium Negeri, Kuching, semalam.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 22,000 penonton setia Bujang Senang itu, Sarawak terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-33 menerusi penyerang berbisa mereka, Bobby Gonzales tetapi jaringan super-sub, Mohd. Fauzi Roslan pada minit ke-73 meranapkan hajat besar skuad Ngap Sayot itu untuk melangkah ke perlawanan akhir musim ini.

Kejayaan itu akan menemukan Tok Gajah dengan jiran mereka dari Pantai Timur, Kelantan pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, 3 November depan.

Malah, lakaran sejarah layak ke perlawanan akhir buat kali ketujuh itu dianggap sebagai hadiah terbaik kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang menyambut Hari Keputeraan ke-83 pada 24 Oktober lalu.
Namun, Sarawak sebenarnya perlu menyesali kegagalan menamatkan perlawanan selaku pemenang ekoran banyak peluang terbuka di hadapan pintu gol Pahang dipersiakan, terutama menerusi Bobby Gonzales dan Mohd. Hairol Mokhtar.

Walaupun beraksi cukup cemerlang, namun semuanya lebur buat tuan rumah sebaik sahaja Pahang berjaya menyamakan kedudukan.(Utusan online-sukan tempatan).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com. at 12.57 am on October 27,2013

No comments: