Monday, October 21, 2013

TINDAKAN POLITIK SILAP BESAR: Datuk Dr.Rahman Ismail bertanding Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak pada pemilihan kali ini?



Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Selasa,October 22,2013. at 3.43am.

Ketika diadakan Pilihan Raya Umum (PRU-13)pada 05 hb Mei,2013 sudah ada Ketua Umno,Timbalan Ketua,Naib Ketua dan Ketua Wanita dan Pemuda Umno, Ketua Puteri, di Bahagian Gombak itu sendiri yang telah dipilih pada pemilihan Umno pada beberapa tahun yang lalu.
Datuk Dr.Rahman Ismail,sedang memberi ucapan di dalam
 satu majlis mengislamkan sebanyak 21 orang-orang asli,
lelaki perempuan,di surau orang-orang asli di Batu 12,
Gombak Utara beberapa bulan sebelum PRU-13..

Tetapi pucuk pimpinan Umno pusat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Presiden parti Umno dan merangkap Perdana Menteri Malaysia,dengan tegas sanggup menentang arus.

Datuk Seri Najib mengambil keputusan tegas memilih Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak,pada (PRU-11,tahun 2004-2008) yang pada krtika itu dan juga masa sekarang ini, hanya memegang jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Taman Selayang,menjadi calon Umno sebagai calon Parlimen di Gombak pada PRU-13.

Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menyedari, sama ada suka atau tidak suka, bahawa keputusan yang beliau ambil itu pasti akan menimbulkan masalah yang berwarna warni,dan akan menjadi kemarahana oleh beberap orang tokoh pucuk pimpinan Umno di Bahagian Gombak itu sendiri.

Sebabnya? Disebabkan keputusan yang diambil oleh beliau itu merupakan tindakan itu melawan arus dan melangkah bendul di kalangan pucuk pimpinan Umno Bahagian Gombak dan mereka mesti marah.

Pada lazimnya iaitu,sebelum PRU-13. Di dalam Umno dulu-dulunya,para pucuk pimpinan Bahagian Umno diutamakan dalam banyak isu-isu yang dilihat penting.

Mengutamakan Ketua Bahagian atau Timbalan Ketua Bahagian,Ketua Pemuda  atau Ketua Wanita,Ketua Puteri,diutamakan untuk di angkat jadi calon-calon Parlimen atau pun calon-calon DUN (Dewan Undangan Ngeri) bila ada piliharaya umum yang baru.
Dari kiri: Abdullah Mansor,Datuk Dr.Rahmaan,berbaju kurungt biru Tok
 Batin orang asli Husin Ye,sersang hendak menyambut ikrar melafaskan dua
kalimah syahadah memeluk agama Islam beramai-ramai seramai 21 orang asli
lelaki dan perempuan di dalam Surau orang asli di Batu 12,Gombak Utara dua
bulan sebelum PRU-13.
Itulah di antara sebab-sebabnya, maka ahli-ahli Umno dilihat berebut-rebut hendak jadi pucuk pimpinan Bahagian Umno.Jika tidak ada wang ringgit untuk beli undi-undii perwakilan dari cawangan-cawangan? Hingga sanggup meminjam ke sana ke sini dan bertambah teruk lagi,hingga sanggup bergolok bergadai pun jadi.

Tokoh-tokoh di cawangan pula yang jadi perwakilan ( no money no talk).Go to hell. Lebih ramai yang mahu bertanding merebut satu-satu jawatan di dalam AJK bahagian,adalah lebih baik lagi.Ertinya? Lebih banyak yang masuk,lebih bagus. Durian runtuh hanya tiga tahun atau emopt tahun sekali.Bukan selalu.

Ketika musim pemilihan semacam ini? Barulah mereka (perwakilan-perwakilan) dari cawangan-cawangan itu dipandang mulia dan belai dewngan mesra oleh pucuk pimpinan dari Bahagian-bahagian Umno.Mereka dibela dengan penuh kasih sayang,bak anak dara sunti.Jadi rebutan oleh tokoh-tokoh politik dari bahagian-bahagian yang gila kuasa untuk kekal sebagai pucuk pimpinan bahagian-bahagian UmnO.

Tokoh-tokoh di cawangan ini pula?Siapa beri minyak pelicin kereta yang lebih?Tak kira ada lulusan akedamik ke atau tidak ke? Tidak penting, tidak peduli.Asalkan minyak pelicinnya bagus? Maka tokoh-tokoh yang itulah yang akan bernasib baik.Akan dinobatkan sebagai tokoh-tokoh penting di bahagian-bahagian Umno.

Hingga kini pun? Hingga pada pemilihan tahun ini dan kali ini pun, tabiat buruk itu masih berlaku? Masih jadi menggila-gila.Mereka tidak peduli Umno kalah dalam pilihanraya tidak begitu diambil perhatian oleh mereka.

Penomena ini telah berlaku dan kini pun sedang berlaku di seluruh ceruk rantau Malaysia di mana adanya cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian Umno.Penyakit ini sangat teruk melandai Umno.Semacam vairus penyakit semacam tidak dapat diuabt lagi.Dah jadi parah.Dah jadi budaya.

Umno kalah kerusi parlimen-kah atau kalah kerusi DUN-kah atau hilang kuasa politik pada sesuatu negeri-kah? Depa tidak kisah sangat.Yang penting mesti jadi pemimpin Bahagian Umno.

Satu lagi isu yang penting dan paling penting? Bila wang peruntukan dari pusat turun nanti?Kita boleh kitai-kitaikan dan korbankan walaupun bukan pada Hari Raya Korban.

Wang peruntukan kebanykan diselewengkan bukan untuk menawan dan menambat hati nurani atau menambahkan lagi pengundi-pengundi dari golongan rakyat akar umbi menyokong Umno.

Pun begitu? Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pemimpin yang tegas beliau dilihat semacam tidak peduli sangat dengan kesan akibat tindakkan "langkah bendul" yang telah dilakukannya itu.

Menurut kaca mata beliau bahawa para pemimpin Umno di Gombak itu,dilihatnya semacam tidak mempunyai mutu kepimpinan yang berwibawa kecuali Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Gombak.

Selaku mantan Ahli Parlimen Umno Gombak pada tahun 2004-2008, Datuk Seri Najib melihat bahawa Datuk Dr.Rahmman mempunyai banyak kelebihan berbanding dari pucuk pimpinan Umno Gombak itu sendiri.

Datuk Dr.Rahman Ismail merupaka seorang tokoh yang berwibawa dan selaku tokoh yang berwibawa?Justeru Datuk Seri Najib mengambil keputusan bahawa Datuk Dr.Rahman Ismaial, mesti diberi peluang untuk meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen sekali lagi dan peluang itu ialah pada PRU-13 yang baru berlaluj.

Pendek kata,jika ditinjau dari segei  latar belakanag kelulusan akedamiknya,latar belakanag ekonominya dan dari segi latar belakang aktiviti-aktivitinya mendekati masyarakat akar umbi, menerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak.? Datuk Dr.Rahman Ismail lebih dari layak diangkat sebagai calon Parlimrn UJno di Bahagian Gombak.

Datuk Dr.Rahman Ismail dilihat merupakan seorang tokoh politik yang begitu gigih bekerja ke sana ke mari memberi khidmat untuk rakyat dan menanam hububngan kemesraan terhadap masyarakat akar umbi dan sekaligus kepada ahli-ahli Umno di cawangan-cawangan di seluruh Daerah Gombak yang telah pun dikenali oleh beliau semasa jadi Ahli Parlimen Umno pada tahun 2004-2008 dulu.
Nombor 3 dari kiri: Abdullah Mansor,dari MasjidTaman Melawati,sedang siap sedia umntuk menerima ikrar melafaskan kalimah dua syahadah
dari orang-orang asli mahu memeluk agama Islam yang sedan berada di depan mereka secara rasmi,di Surau orang asli, di Batu 12,Gombak Utara,Selanmgor.
Segala aktiviti mendekati rakyat akar umbi di seluruh Daerah Gombak telah dilakukana oleh Datuk Dr.Rahman Ismail dengan begitu baik, penuh sopan santun,mesra dan sekaligus punya pengalaman sebagai Ahli Parlimen Umno 5 tahun lalu dan kini terus menyambungnya secara terus menerus.

Bagi penulis sendiri yang berfahaman luas memandang ke hadapan yang mahukan Umno kuat dan orang Melayu tetap survive dan tidak mahu terikat dengan hariki parti?

Bahawa pemilihan Datuk Seri Najib itu logik,munasabah dan adil dan tepat sekali pilihannya.Kerana pada PRU-13  Datuk Seri Najib mahu memilih dan meletakkan calon-calon apa yang beliau panggil "the winnable candidates" bukan calon sebarangan.

Kerana selepas PRU ke-12 keadaan dan kemahuan politik semasa telah jauh berubah.Tidak macam 30 atau 40 tahun dulu.Umno  letak sebarang calon pun boleh menang.

Kini pengundi dah bijak. Mereka mahu tahu dan mahu lihat siapakah calonnya dan menampilannya?Mereka mahu tahu bagaimana taraf kelulusan akedamiknya? Mereka bukan sahaja mahu calon yang vokal suaranya untuk menyuarakan keperluan rakya kepada kerajaan.

Pengundi mutakhir ini mahukan wakil rakyat itu sentiasa bersiap siaga mendambakan diri pada rakyat dan jangan berlagak sombong setalah jadi wakil rakyat.

Tanpa rakyat anda tidak boleh dipanggil wakil rakyat.Anda tidak boleh dipanggal Ahli Yang Berhormat (YB).Hakikat ini,harus dimengertikan sedalam-dalmnya.

Malah pengundi mutakhir ini, mahu calon-calon lulusan akedamiknya tinggi kerana para pengundi mutakhir ini pun dah mempunya kelulusan akedamik yang tinggi belaka dan calon-calon itu pula bersedia dan mahu berkhidmat pada rakyat dengan sewajarnya.

PRU-13 MENUNJUKKAN PRESTASI YANG BAIK.

Sebaik sahaja beliau telah disahkan dan surat watikah telah diserahkan sebagai calon yang sah sebagai calon Parlimen Umno di Gombak dan masa berkempen pada jangka masa yang telah ditetapkan oleh SPR. Maka Datuk Dr.Rahman Ismail telah mula mengorak langkah dengan memulakan kerja-kerja kempen pilihan  rayan nya secara cergas dan teratur.
Demi untuk menaikan martabat parti Umno,Datuk Dr.RahmanIsmaial,disaksikan
oleh Tan Sri Datin Zaleha Ismail,sama-samamemanjat rumah pangsa hingg tingkt 9
 melakukan  program pemeriksaan kesihatan pada ibu tuan yang lumpoh,tidak boleh
 turun berjalan ke dewan pemeriksaan di ground floor,di rumah pngsa Sri Siantan
di DUN Batu Caves, Selangor,Darul Ehsan.
Penulis dan para penyokong Datuk Dr.Rahman, disemua lapisan umur,tua dan muda,lelaki dan perempuan telah bekerja siang dan malam membantu beliau berkempen untuk memenangkan Umno Gombak, di mana Datuk Dr. Rahman Ismail menjadi calon parlimennya.

Sebenarnya,jika tidak ada orang-orang Umno sendiri( jadi musuh dalam selimut) yang sabotaj beliau pada PRU-13 akibat cemburu Datuk Dr.Rahman Ismail diangkat oleh Datuk Seri Najib sebagai calon Parlimen?
Penulis begitu yakin Datuk Dr.Rahman Ismail tetap akan menang sebagai calon Umno di Parlimen Gombak dengan bergaya.Dapat mengalahgkan Azmin Ali,dari PKR.

Pada PRU-13 beliau dengan senang dan mudah sekali mendapat undi lebih dari 50,093 undi dan boleh mengalahkan Azmin Ali. Jika beliau tidak berdepan dengan musuh-musuh dalam Umno itu sendiri.Musuh-musuh dalam selimut, yang mana dilihat lebih rela Umno kalah asalkan perasaan hasad dan dengkinya itu berjaya.

Bila postmortem dibuat selepasa PRU-13 itu? Walau pun Datuk Dr.Rahman tewas. Jelas menunjukkan prestasi beliau pada PRU-13 itu sangat baik dan dapat mengurangkan majoriti pembabngkang dan mendapat undi yang besar dari orang-orang Melayu di Parlimen Gombak.

Mengatasi calon parti pembangkang yang mana undi-undi orang Melayu terhadap parrti pembangjkang jauh merusut.Sesungguhnya parti pembangkang begitu cuak dan seram dengan Dartuk Dr.Rahman calon yang berpotensi dan berwibawa yang telah ditampilkan oleh Umno-BN untuk menentang parti pembangkang di kawasan Parlimen Gombak.
Begitu ramai penyokong Umno hadir di majlis ceramah politik Datuk Dr.
Rahman Ismail semasa kemepen PRU-13 di Batu 8  di Gombak Utara,di 
rumahTok 4 Jamal,ketika kempen ceramah politik semasa PRU-13.


Sehingga begitu TEGA mereka sabotaj parti sendiri secara terang-terangan dan kawan hentam kawan.Kenapa Melayu begini jadinya?Selangor dah hilang pada PRU-12 dan tidak dapat ditebus semula hingga selesai PRU-13 pula.
Dr.Rahman Ismail telah menang di semua kawasan pengundi dari penduduk yang merupakan kampung Tradisonal Melayu di seluruh Gombak.Itu merupakan fix deposite yang besar yang dah ada dan sedang menunggu beliau pada PRU-14 nanti.Jika beliau juga akan diangkat bertanding penulis yakin undi-undi akan bertambah.

Cuma mesti bekerja kuat dari sekarang ini juga. Kerja kuat tambah lagi undi gologan muda Melayu yang layak mengundi pada PRU-14 dan cuba sekuat mana untuk mendapatkan  sokongan undi-undi kaum Cina 20% hingga 25% sahaja.

Beliau hanya kalah di kawasan-kawasan di Taman-Taman perumahan baru di mana para penduduknya merupakan pengundi Cina dah jadi pengundi majoriti.

Faktor kenapa begitu jadinya. Kerana ketika membangun perumahan baru di Taman-Taman perumahan baru ini?Kaum Cina dan kaum lain boleh dapat QOTA membeli rumah baru itu hingga 70% banyaknya. (Geo-politik) kaum Melayu tidak dihiraukan sama sekali ketika membangun kawasan-kawasan baru bagi penduduk di Selangor.

Siapa yang salah? Para Menteri Besar sebelum dan hinggakan ke Khir Toyo-lah yang mesti bertanggung jawab dalam isu ini.Para setinggan yang kebanyakannya ada lah orang-orang Melayu telah dihalau bersepah-sepaqh entah kemana.
Gabungan Ngo-Ngo Gombak,pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail telah
 mengadakan program pemeriksaan kesihatan besar-besarab di K.K.Klub,di
Taman Melawat, sehari suntuk.Lebih kurang 1000 orang telah datang melakuan
pemeriksaan kesihatan,seperti pemeriksaan mata,darah tinggi,kencing manis,
jantung dan sebagai.Ketika itu Menteri Kesihatan Datuk Seri LiowTiong Lai hadir
merasamikan program tersebut.Gambar di atas pesakit-pesakit sedang melakunkan
 pemeriksaan jenis-jenis sakitnya
Mereka-lah  secara dengan senaja yang telah membelakngkan (geo-politik) Melayu ketika membangun penempatan baru tanpa membuat perhitungan pada jangka panjang bagi negeri Selangor.

Mahathir Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun,turut juga bersalah kerana membenartkan kerajaan-kerajaan negeri, membangun sangat cepat tanpa menjaga (geo-politik) Melayu.

Banyak orang-orang Umno di Gombak yang pro-pada pucuk pemimpin Umno Gombak itu sendiri yang membuat pertanyaan dan bantahan kepada penulis kenapa memilih Datuk Dr.Rahman sebagai calon Parlimen Umno di Gombak?

Ketika kempen pilihanraya sedang berjalan di (03) kawasan DUN di dalam Parlimen Gombak.Kenapa pengacara majlis ceramah-ceramah Umno di DUN-DUN itu semacam di arahkan tidak langsung boleh menyebut nama calon Parlimen(Datuk Dr.Rahman Ismail) ketika jadi pengacara majlis ceramah politik itu?

Kejadian ini penulis sendiri lihat dengan mata kepala penulis sendiri ketika penulis membuat tinjau semasa kempen-kempen Pilihan Raya Umum (PRU-13) itu sedang berjalan denga nrancaknya oleh semua parti-parti yang terlibat bertanding di dalam PRU-13.

Baik di permulaan membuka majlis ceramah itu atau pun di tengah-tengaha majlis ceramah itu?Malah calon-calaon DUN itu pun yang kononnya dianggap bijak dan berfikir luas,tapi tiudak juga menyebut nama calon Parlimen Gombak.Mereka begitu TEGA berbuat demikian?

Mengikut disiplin parti orang-orang begini boleh diambil tindakan disiplin parti.Disebabkan secara tidak langsung telah sabotaj dan menderhaka kepada parti Umno. Musuh di dalam selimut.Musang berbulu ayam.

Mereka ini lebih bahaya dari orang-orang pembangkang. Patut dinyahkan dari parti Umno dengan segera. Buat apa tunggu lama-lama.. nanti Umno akan mati dibuat oleh depa.

Ketika Datuk Dr.Rahman Ismail dah tiba di majlsi tersebut? Penulis lihat barulah nama beliau dihebahkan kerana merasa segan dan malu agaknya.Tidakkah ini sabotaj calon sesama parti namanya?

Sedangkan ketika Dr.Rahman Ismail berceramaha atau tidak berceramah pun juru acara majlis ceramah Datuk Dr.Rahman Ismail,di arahkan untuk menghebahkan nama-nama calon DUN juga dan mem inta agar memberi sokongan yang padu.

Kenapa sesama calon di dalam satu parti iaitu (Umno)juga boleh bergaduh-gaduh dan berhasad dengki antara sesama kawan seperjungan juga? Falasafah perjungan politrik jenis apakah yang anda semua anuti? Falasafah syaitankah ataupun falasafah iblis laknatullah?

Ujung-ujungnya kata orang Sabah,"Kau kalah lagi dan putih mata dengana aggregate 4-0 sekali lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga.Dayus betul orang-orang Melayu ini. Sejarah datuk nenek kita telah menghilangkan Singapur dari Johor. Pulau Pinang dari Kedah tidak dijadikan oleh meeka contoh kenapa itu terjadi?

Kini Selangor dan Pulau Pinang jatuh pula pada parti lain. Padan muka, bergaduh tak habis-habisan.Bodoh tidak boleh diajar."Bodoh sombong namanya tu bah..,".kata orang Sabah lagi

Nasi dah jadi bubur sekali lagi. Akirnya gigit jari.Terpkasa tunggu lima tahun lagi.Entah masih hidupkah atau dah pun mati?

Kalau amalan dengki dan hasad yang tidak bertempat ini terus lagi berlaku? Penulis takut pada PRU-14 nanti, Umno Gombak akan menerima nasib yang sama seperti yang telah terjadi pada PRU-13 dulu.Apakaah sejarah lama akan berulang lagi?  Marilah sama-sama kita tunggu.
Dari kiri Datuk Dr.Rahman.Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan
ketika itu.Baru selesai menyerahkan cendera hati pada dokter pakar yang
 telah memberi ceramah tentang berbagai-bagai jenis penyakit dan turut
 menasihatkan hadirin segera membuat pemeriksaan. Raja Riza sedang
 pengerus K.K.Klub,sedang berjabat tangan,sementara TanSri Zaliha
Ismail sedang memerhatikannya.
Diharapakan ianya tidak akan berulang lagi setelah semua anggota Umno membuat muhasabah diri. Yang penting parti Umno mesti menang di Parlimen dan juga di DUN-DUN yang ditanding oleh Umno, baik kerusi Parlimen,mhupun kerusi di DUN-DUN.disetiap negeri.

Terutama Selangor dan Pulau Pinang,yang merupakan (02) negeri yang paling kaya di antara negeri-negeri di Semenanjung, yang mana telah dibangunkan oleh parti Umno-BN di segala aspek infrstucture-nya dengan jumlah wang yang berbillion ringgit banyknya telah dibelanjakan.

Tiba-tiba dalam sekelip mata sahaja, akibat tidak menjaga (geo-politik) Melayu.Akhirnya jatuh di tangan parti pembangkang dengan cara yang amat senang sekali.

Tidak perlu lagi bekerja keras,tetapi begitu mudah mengutip hasil maksul negeri Selangor dan Pulau Pinang Men guasai dun negeri itumelalui cara yang paling mudah dengan memakah undi dalam Pilihan Raya Umum pada PRU-12 dan PRU -13.

Inilah cara untuk mengalih kuasa(tanpa perang) yang paling bahaya iaitu demokrasi ala Barat yang ditinggalkan oleh penjajah Barat sebagai (Harta Pusaka) yang boleh membawa daka kepada nasib masa depan bangsa Melayu.

Jika salah jaga? Boleh merempatkan orang-orang Melayu yang menjadi penduduk asli di Persekutuan Tanah Melayu (sebagai tetuanyang kini telah ditukar namanya iaitu bernama Malaysia.
TINDAKAN POLITIK SILAP BESAR TANDING JAWATAN TIMBALAN ( KETUA UMNO BAHAGIAN) GOMBAK.

Bila Datuk Seri Najib mengambil keputusan dengan tegas memilih dan melantik Datuk Dr.RRahman Ismail,bertanding sebagai calon Umno di Parlimen Gombak, pada PRU-13 dulu itu?

Dalam bahasa dan segi politiknyas,ia merupakan satu penghormatan yang amat besar terhadap Datuk Rahmana Ismail.Dicemburu dan di kata nesta oleh pihak penentang di dalam Umno Gombak itu sendiri.
Sedangkan beliau hanya merupakan Ketua Cawangan Umno,di Taman Selayanag sahaja?

Dari segi bahasa dan signalnya? Ia dapat difahamkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak itu sendiri, semacam telah memberi signal yang jelas bahawa beliau sangat suka,setuju,jika Datuk Dr.Rahman menjadi pemimpin Utama Umno di Bahagian Gombak itu sendiri.

Terserahlah kepada Datuk Dr.Rahmana Ismail sendiri yang perlu bertindak sendiri menyusun strategi politik sesuai dengan bahasa dan signal politik yang tekah dizahirkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak itu. Sama ada  beliau mahu menggarap dan mengatur langkah-langkah politik selanjutnya.
Add caption Berkemeja putih Datuk Dr.Rahman Ismail.Kiri sekalai Puan
Norseha Naib Ketua Wanita Bahagian Gombak.Berbaju hijau,Pengrusi ibu-ibu
tunggal di Taman Samudra.Kanan sekali Tok Batin orang asli Husin Ye yang dah memeluk
 agama Islam pada tahun 2007.
Terserahlah pada beliau untuk menggarap segala bakat politik dan kemampuan yang ada pada dirinya itu.Datuk Seri Najib terpanggil untuk memilih beliau,satu-satunya calon Umno untuk bertanding di Parlimen Gombak pada PRU-13 merupakan satu penghormatan yang besar nilainya.

Bukan senang nak dapat peluang begitu dari seorang Perdana Menteri Malaysia.Tetapi Datuk Dr.Rahman dapat perhatian yang istimewa dari Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia, disebabkana menurut penilaian politik Datuk Seri Najib bahawa kepimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail, pada hemat beliau,bahawa kepimpinan Datuk Dr.Rahman, lebih menyerlah dan dalam aspek lain pula kebolehan datuk Dr.Rahman boleh dikatakan lebih unggul berbanding  dengan pucuk pimpinan tokoh politik pimpinan Umno Gombak yang sedia ada.

Baik dari segi lulusan akedamik dan style memimpin dan ketekunan beliau memimpin penyokongnya di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak  yang mana setiap minggu ada dua program mendekati rakyat akar umbi telah diusahakan oleh Gabungan NgoNgo Gombak,di bawah pimpinan Datuk Dr.Rahman dan juga kejayaan Datuk Dr.Rahman sebagai ahli perniagaan yang tergolong tokoh-tokoh niaga yang bergelar jutawan muda.?

Beliau melihat Datuk Dr.Rahman boleh dikatakan punya banyak kelebihan yang amat ketara berbanding dengan barisan pemimpin-pemimpin Umno di Bahagian Gombak yang ada.
Datuk Dr.Rahman sedang menyampaikan Sijil SRP kepada murid-murid dari sebuah sekolah di Taman Melawati,di kawasan (DUN) Huklu Kelang,Selangor beberapa bulan sahaja sebelum PRU ke-13.Pagi-pagi lagi iaitu jam 8.30 pagi Datuk Dr.Rahman dan penulis dah tiba di sekolah tersebut.

Dengan kata lain? Datuk Dr.Rahman bukan sahaja boleh diketengahkan di perengkat Nasionl?Malah beliau juga layak dan berkebolehan untuk diketengahkan di arena politik antara bangsa guna membantu kerajjaan pimpinan Datuik Seri Najib  Tun  Razak.Semasa beliau jadi Ahli Parlimen Gombak dulu Pada tahun 2004 -2008 dulu?

Beliau sering dibawa oleh Menteri luar Malysia,Datuk Said Hamid Albar ke persidangan anatarabnagsa di United Nation dan sebagainya,Disebabkan bahasa Inggersinya hebat dan punya class.Macam Khairy Jamaluddin,ketua Pemuda Umno Malaysia yang hebat ketika bercakap menggunakan bahasa Inggeris.

Di Parlimen pula beliau semacam berperanan sebagai menteri.Diminta menjawab segala soalan lisan dan mulut dari para ahli-ahli parlimen Umno sendiri dan juga dari ahli-ahli dari parti pembangkang.

Beliau berada di England begitu lama ketika mengammbil Ijazah dokter dan kemudian lama di Amerika pula ketika hendak menjadi dokter pakar segala penyakit di bahagian dada manusia.

Ini adalah merupakan kenyataan yang hakiki berdasar kenyataan yang punya faktornya. Bukan cuba menghina sesiapa pun ketika membuat perbandingan ini.Isu ini harus difahmi dari segi intellectual bukan berdasarkan nafsu amarah yang sarakah.

HARUS TANDING KETUA UM,NO BAHAGIAN GOMBAK

Bila pemilihn para pemimpin Umno pada kali ini dan pada tahun ini berada di ambang pintu. Penulis pun telah diberi tahu oleh Datuk Dr.Rahman Ismail, bahawa beliau hanya mahu bertanding pada jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak sahaja.

Secara sepontan, penulis menentangnya dengan serius. "Dulu Datuk telah bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Gombak. Pada pemilihan kali ini pun Datuk mesti bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Gombak juga." tegas penulis.

Padanya telah penulis nyatakan bahawa di dalam politik ini, kita mesti sentiasa forward dalam segala tindakan kita. Dan tidak boleh backward.Jika kita backward?

Maka para penyokong kita sudah tentu tidak menghormati kita, disebabkan pendirian kita tidak tegas dan sering berubah-ubah, kita dilihat semacam tidak ada "will power" untuk menyambut segala cabaran isu semasa yang ujud dari hari ke hari tetap berlain dan semnakin mencabar.senarionya.

Entah apakah yang difikir-fikirkannya?Hingga hari untuk mendaftarkan nama sebagai calon yang akan bertanding berbagai-bagai jawatan dalam Umno Bahagian Gombak? Hingga masa nama untuk mendaftarkan jawatan apa yang hendak calon-calon pilih hingga jam 6.00 petang.

Penulis dapati beliau dilihat tetap bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno Bahaghian Gombak. Penulis rasa amat kecewa dengan sikapnya yang tidak ada "will power" itu.

Dalam hati kecil penulis,mula mengambil kesimpulan bahawa Datuk Dr.Rahman Ismail ini ,tidak bercita-cita besar dan tidak punya "will power" yang seharusnya mesti ada pada tokoh-tokoh politik yang ingin maju ke depan.Ingin mencipta nama dalam dunia politik tanah air.

Sekaligus di dalam hati kecil  penulis terus berkata-kata bahawa sesungguhnya,"Signal Politik" yang telah di orbitkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, ke udara itu?
Dari kiri:berbaju putih Datuk Dr.Rahmaan dengan ditemani oleh Encik Yong,pemimpin M.C.A.Gombak, dari satu meja ke satu meja,beramah mesra dengan para tetamu kaum Cina yang telah menghadiri majlis makan malam anjuran parti M.C.A ,di Padang Hill Crest,di Taman Sri Gombak,semasa kempen PRU ke-13. Seramai lebih 3,000 orangkaum Cina hadiri.Dan majlis serupa ini telah di adakan oleh M.C.A.Gombak dandi Hulu Kelang sebanyak 3 kali..Tapi bila postmortem dibuat tak sampai1,200 orang kaum Cina mengundi Umno-BN. Aapa nak dikata? Tsunami pengundi Cina dah berubah kepada parti pembangkang.
Jelas tidak dapat difahami oleh Datuk Dr.Rahman Ismail. Inilah kelemahan beliau. Beliau tidak semacam Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Walaupun agak lewat membuat pengumuman bahawa beliau ingin bertanding sebagai Naib Presiden Umno?Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mencuba nasib.Menang kalah adalah adat pertandingan.Ketentuan menang dan kalah itu adalah hak Allah s.w.t.

Jika menang bernasib baik dan jika kalah kasih belum ada rezeki lagi.Yang penting kita mesti cuba. Nasib kita terserah pada kita yang berikhtiar dan cuba untuk mengubahnya.Masalah yang lebihnya?

Bertawakal kepada Allah Yang Maha Berkuasa.Yang penting jawatan yang cuba hendak di tanding itu merupakan jawatan penting dalam parti yang ramai orang-orang lain juga mengidamkannya.

Tidak salah dan polis pun tidak tangkap jika kita mencubanya. Ringan sabut kelapa timbul.Berat batu tenggelam bila dicampakkan ke air kolah atau sungai.

Sebagai pejuang politik? Timbul sabut atau tenggelam batu itu, tak usah difikir-fikirkan sangat. Yang penting mesti ada "will power" untuk berjuang mencubanya.

KEPUTUSAN MUKTAMAD

Bila pemilihan para pemimpin Umno Bahagian Gombak berjalan pada pagi hari Sabtu,pada tanggal 21/10/2013 Hampir jam 12.00 malam baru dapat berita siapa menang dan siapa yang kalah.

Penulis baru diberitahu oleh seorang penyokog Datuk Dr.Rahman Ismail,bahawa Datuk Dr.Rahman Ismail,kalah dan Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, menang merebut jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak.
Di mata umum menerusi (body language) mereka mempamirkan semangat setia kawan yang kononnya sangat utuh.Apakah ini benar-benar betul,tulus ikhlas dan jujur?Aapa dah jadi di balik tabir? Mereka semacam anjing dengan kucing,bercakaran.Tikam menikam sesama sendiri.Akhirnya mereka kalah  dengan 4-0 di tangan pembangkang pada PRU-13.Allah itu Maha Mengetahui..Tindakkan dan permohonan yang tidak jujur dan ikhlas tidak akan direstui oleh Allah.Sang Pincipta alam ini Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tesirat.

Mendengar berita sedih itu? Seluruh anggota badan penulis jadi lemah longlai.Jika saya menerima berita dia tewas ketika bertanding jawatan Ketua Bahagian Umno Gombak?

Penulis mesti tetap bersemangat, jika penulis diberitahu bahawa Datuk Dr.Rahman kalah buat kali kedua pada pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Gombak.

Sesungguhnya Datuk Dr.Rahman Ismail telah melakukan  tindakan politik yang silap besar,kerana beliau mengambil  keputusanbertanding jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak pada pemilihan Umno Bahagian Gombak pada kali ini.

Lebih mulia dan terhormat walau pun kalah 2 kali berturut-turut? Tetapi jawatan yang ditandingi itu ialah jawataan nombor satu di dalam Umno Bahagian Gombak itu sendiri.

Sebab dulu beliau dah pun kalah ketika bertanding jawatan nombor satu di Bahaghian Gombak.Tetapi bertanding nombor 2 kali ini pun,kalah juga.

Seharusnya dalam politik kita mesti berjuang forward bukanya backward. Perwakilan Umno kini kebanyakannya lemah ketika memilih yang mana satu permata dan yang mana satu kaca?

Dan tidak menilai latar belakanag dan kelulusan sesaorang calon?Seharusnya anggota Umno Daerah Gombak harsu merasa bangga punya tokoh politik terpelajar dan berjaya di dalam dunia perniagaan berada di dalam Umno Bahagian Gombak.

Seharusnya perwakilan Umno Gombak memilih orang yang bijakasana seperti Datuk Dr.Rahman perlu disokong jika apa sahaja jawatan dalam Umno Gombak yang beliau hendak pegang? Beliau adalah tokoh politik nasional dan antarabangsa( Internasional).Bukan Tokoh politik kampungan.

Bukan menolak dan menjadikan dia kalah akibata hasutan dari orang yang merasa hasad dengki melihat beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Umno di Gombak.Beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Gombak atas pilihan pucuk pimpinan Umno Pusat.

Atas pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak.Pilihannya harus dihormati dan dipatuhi,bukan ditentang.

Bukan kerana ada masuk ke? Sebarang tokoh pun anda angkat naik. Tokoh yang menghabiskan beras pun diangkat naik? Berubahlah dari sekaranag dan ubahlah...!!!

Jika ada masuk? Tunggul pun dipilihnya.Jika penomena ini terusa dan terus berlaku?Kata Dr.Mahathir,lama-kelamaan di dalam Umno ini ujung-ujungnya tidak ada para bijak pandai yang menang jika hendak bertanding pegang jawatan penting dalam Umno.

Subhanallah! Masa'Allah! Apakah nak jadi kita orang-orang Melayu ini?Masih buta di dalam celik.Apakah akan jadi pada Umno hari esok? Sama-sama kita lihat akhirnya.(Posted bya abnmulya at 3.43 am on October 22,2013).




1 comment:

Unknown said...

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati
Dengan hormatnya sini, Kami ingin memaklumkan bahawa YIP KUM FOOK(YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) dan anaknya YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat : NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR
Harap semua rakyat Malaysia mengambil perhatian dan jauhkan orang yang tersebut kerana jangan terkena tipu
Mereka sangat jahat dan hatinya hitam(kejam), sanggup menipu wang wanita, merosak keluarga orang lain dan sendirinya memakan wang Temple, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, dan berpura-pura merepot ke polis resit hilang.........harap perhatian
Sekian dimaklumkan,
Terima Kasih
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES